Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Transcription:

24 Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid Khuraisah Mohd Abthar khuraisah_mohamed_abthar@moe.edu.sg Salamah Massa id salamah_massaid@moe.edu.sg Sekolah Rendah Junyuan Abstrak Kosa kata dikenal pasti sebagai aspek penting yang perlu dikuasai dalam pembelajaran Bahasa Melayu berbanding aspek linguistik yang lain. Namun, melalui analisis pencapaian tahunan yang dijalankan, penguasaan kosa kata murid-murid berada di tahap yang membimbangkan. Mereka didapati sering berhadapan dengan masalah penulisan karangan, kurang memahami kandungan teks bacaan serta kesukaran bekomunikasi semasa peperiksaan lisan. Kertas kajian ini mengetengahkan keberkesanan strategi pembelajaran Rutin Berfikir atau Visible Thinking Routine yang dirasakan mampu membina kemahiran berfikir murid dan sekali gus membina penguasaan kosa kata murid. Strategi pembelajaran ini didapati efektif bagi meningkatkan minat serta motivasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Perisian 2.0 Mindomo juga telah diintegrasikan bagi menyokong strategi Rutin Berfikir ini. Daripada dapatan kajian yang dijalankan, didapati penerapan strategi Rutin Berfikir dalam pengajaran bahasa dapat menggalakkan setiap murid berfikir secara kreatif, kritis, logikal serta mewujudkan budaya berfikir yang lebih aktif. Keberkesanan strategi ini dapat dilihat dalam kebolehan muridmurid mengembangkan idea semasa peperiksaan lisan serta meningkatkan keyakinan murid untuk menyumbang secara aktif di dalam bilik darjah. Kata Kunci: rutin berfikir, penguasaan kosa kata, Mindomo 312 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

PENGENALAN Dalam era globalisasi ini, kemahiran bertutur atau berinteraksi serta kemahiran menulis dianggap sebagai dua daripada empat aspek kemahiran yang penting dan sangat dititikberatkan. Memandangkan betapa pentingnya kemahiran berinteraksi dan menulis ini dalam kehidupan manusia, Kementerian Pendidikan, Bahagian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah turut memberi penekanan kepada kedua-dua aspek kemahiran ini bagi membolehkan murid-murid untuk mengumpulkan, memproses dan saling bertukar informasi serta menjana idea melalui penulisan supaya setiap murid mempunyai daya saing yang tinggi dan akan lebih bersedia mengharungi kehidupan dan cabaran abad ke-21. Menurut White (1987), kemahiran menulis perlu dikuasai oleh pelajar untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Namun, tanpa penguasaan kosa kata yang baik dan memiliki jumlah kosa kata yang besar, seseorang individu tidak akan mampu berkomunikasi dengan berkesan (Celce-Murcia, 1991). Lewis (2000) pula menegaskan bahawa perbezaan antara pelajar berkemampuan tinggi dan rendah tidak dinilai dari segi pengetahuan tatabahasa tetapi penguasaan saiz leksikal. Che Radiah & Norhayuza (2011) berpendapat bahawa saiz leksikal ini memperlihatkan betapa pentingnya pembelajaran kosa kata yang dianggap sebagai kunci yang dapat menentukan tahap kefahaman seseorang dalam aspek pembacaan serta penulisan mahupun dalam situasi komunikasi. Decarrico (2001) pula mengatakan bahawa penguasaan kosa kata juga dianggap sebagai faktor kejayaan bagi penguasaan sesuatu bahasa. Namun demikian, penguasaan kosa kata muid-murid berada di tahap yang membimbangkan. Mereka didapati sering berhadapan dengan masalah penulisan karangan, memahami kandungan teks bacaan serta kesukaran berkomunikasi semasa peperiksaan lisan. Dari itu, strategi Rutin Berfikir seperti I Used To Think but Now I Think, What Makes You Say That dan Circle of Viewpoints telah diaplikasikan bagi mengasah kemahiran berfikir murid secara kritis, logikal dan kreatif di samping membina penguasaan kosa kata murid. Strategi Rutin Berfikir serta perisian 2.0 Mindomo yang telah 313 Seminar Bahasa Melayu 2017

digunakan juga terbukti efektif bagi meningkatkan minat serta motivasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1. meningkatkan kosa kata murid supaya mereka dapat menjawab bahagian kosa kata dalam kertas peperiksaan, dengan tepat; 2. menilai keberkesanan strategi Rutin Berfikir yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata; dan 3. mencari jawapan bagi soalan-soalan kajian seperti berikut. Adakah strategi Rutin Berfikir berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan-soalan yang memerlukan mereka memilih kosa kata yang tepat dan sesuai dalam peperiksaan? PERNYATAAN MASALAH Kemahiran berinteraksi dan juga menulis sangat penting dalam kehidupan setiap masyarakat. Dengan kemampuan berinteraksi secara berkesan, apa yang tersirat akan dapat diungkapkan bagi menyampaikan idea-idea atau pendapat yang bernas. Begitu juga halnya dengan kemahiran menulis di mana hanya murid-murid yang mempunyai keupayaan menulis dengan baik akan dapat melontarkan apa yang ingin disampaikan dalam bentuk tulisan dengan jelas dan tepat seperti apa yang dimaksudkan. Ini dapat dicapai dengan penggunaan kosa kata yang tepat dan baik. Namun, dapatan daripada ujian kosa kata yang dilaksanakan bagi mengumpulkan maklumat dan memastikan permasalahan yang dihadapi oleh murid, menunjukkan murid-murid agak lemah dalam bahagian kosa kata. Murid-murid yang gagal kebanyakannya merupakan murid-murid berkebolehan sederhana dan lemah yang mempunyai penguasaan kosa kata yang amat terhad. Tambahan pula, budaya berfikir secara aktif, kreatif dan kritikal kurang menyerlah di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, telah menjadi 314 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

tanggungjawab setiap guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik, inovatif dan interaktif dengan menerapkan strategi Rutin Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membina penguasaan kosa kata murid. KAJIAN LEPAS Menurut kajian yang dijalankan oleh Ron Ritchhart (2006), strategi Thinking Routine atau Rutin Berfikir sangat berkesan dalam mewujudkan budaya yang mampu membantu murid berfikir dengan lebih teratur dan berstruktur. Memandangkan Rutin Berfikir bersifat fleksibel dan meliputi berbagai topik pengajaran, guru dapat mencorak atau mengubah pengajaran mengikut tahap keupayaan serta cara pembelajaran murid bagi mencapai objektik pengajaran dan pembelajaran yang diinginkan. Dalam satu kajian Projek Zero yang dijalankan, Ron Ritchhart & David Perkins (2011), menegaskan bahawa Rutin Berfikir sangat berkesan bagi meningkatkan tahap pemikiran dan peluasan idea murid. Ini kerana guruguru dapat menilai dan memahami pemikiran para murid mereka dan hal ini memudahkan guru untuk merancang pengajaran yang lebih bermakna dan berkesan untuk para murid berdasarkan keupayaan kognitif mereka. Melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh Marcia F. Hildebrand & Helen S. Simpson (2009) tentang keberkesanan penerapan Rutin Berfikir di kalangan pelajar Gred 4 dan 5, memperlihatkan keberkesanan penggunaan strategi-strategi Rutin Berfikir. Ini kerana pencapaian para pelajar didapati jauh lebih baik dalam ujian-ujian subjek Pelajaran Sosial (Social Studies) setelah didedahkan kepada beberapa strategi Rutin Berfikir yang memerlukan daya pemikiran secara kreatif dan kritikal serta penglibatan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini diperkukuh lagi oleh pandangan Cox dan Abbott (2004), yang bersependapat bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran secara terancang, berstruktur dan bersesuaian mampu meningkatkan kecekapan serta merangsang minat murid dalam pelajaran. Namun untuk meraih manfaat secara maksimum dan berkesan, guru haruslah bijak menggabungjalinkan 315 Seminar Bahasa Melayu 2017

pembelajaran dengan strategi pembelajaran yang sesuai. Duffy, Lowyck dan Jonassen (1993) menyokong pendapat ini dan menyatakan bahawa reka bentuk pengajaran sangat penting bagi memudahkan murid belajar menggunakan platform yang terdapat dalam talian internet. Oleh itu, kajian ini telah mengaplikasikan strategi Rutin Berfikir yang disesuaikan dengan pengajaran topik kosa kata supaya mampu meningkatkan penguasaan kosa kata murid serta menggalakkan penglibatan murid melalui proses pembelajaran berkumpulan yang lebih bersifat global. KAEDAH KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tindakan yang mempunyai reka bentuk eksperimen. Pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik berdasarkan 5-mata Likert telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif. Borang soal selidik ini penting untuk mendapatkan persepsi murid tentang penggunaan Rutin Berfikir bagi pengajaran and pembelajaran kosa kata. Soalan dalam borang soal selidik ini juga telah dikaitkan dengan objektif kajian dan berbentuk kualitatif. Bagi data kuantitatif pula, data keputusan praujian dan pascaujian murid digunakan untuk dibuat perbandingan dan dianalisis bagi menilai keberkesanan strategi rutin berfikir yang digunakan. Subjek Kajian Seramai 94 orang murid Darjah 1 telah terlibat dalam kajian tindakan ini. Muridmurid dalam kumpulan ini ada yang gagal dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah Rutin Berfikir Apa yang Menyebabkan Awak Berkata Begitu?, (What makes you say that?), Dulu Saya Fikir... Kini Saya Berpendapat... (I used to think, Now I think), praujian dan pascaujian dan borang soal selidik. Borang soal selidik ini digunakan untuk memahami 316 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

persepsi murid terhadap strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata. Jenis soalan tertutup telah dipilih bagi mendapatkan keseragaman jawapan responden dan lebih mudah untuk dianalisis. Prosedur Kajian Pada peringkat awal kajian ini, murid telah menduduki kertas praujian untuk mengetahui keupayaan mereka menjawab soalan jenis Kosa Kata. Pada peringkat ini, murid belum lagi didedahkan kepada strategi pengajaran yang bakal digunakan dalam kajian ini. Langkah ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci tentang permasalahan yang dihadapi murid ketika menjawab soalan yang memerlukan pemahaman kosa kata mereka. Melalui praujian yang dijalankan, didapati bahawa antara masalah utama yang dihadapi murid adalah seperti berikut: Murid kurang atau tidak memahami soalan-soalan yang terdapat dalam kertas ujian. Murid kurang atau tidak memahami perkataan yang jarang digunakan. Murid memberikan jawapan yang salah. Murid tidak dapat menjana idea dan bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik disebabkan penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad. Langkah pertama Murid telah didedahkan dengan strategi rutin berfikir, Dulu Saya Fikir... Kini Saya Berpendapat (I used to think... Now I think...) atau Apa yang Menyebabkan Awak Berkata Begitu? (What makes you say that?) pada awal tahun. Ini memudahkan lagi tugas guru untuk memastikan murid dapat memberikan respons mengenai pilihan mereka. Guru dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dan dapat menyediakan bahan pengajaran yang berkesan dengan menerapkan rutin berfikir. Murid dibimbing menggunakan rutin berfikir dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Strategi ini membantu murid memahami isi dan sekali gus mengecam kosa kata yang terkandung dalam teks bacaan. Kaedah ini menggalakkan minat ingin tahu murid pada makna perkataan yang dipelajari. Ini memastikan murid dapat 317 Seminar Bahasa Melayu 2017

mengecam dan kemudian membina ayat mudah. Sebanyak dua pelajaran telah direka dan dicetak untuk digunakan sebagai latihan dalam langkah ini. Langkah kedua Pelbagai aktiviti berkumpulan, berpasang dan individu disediakan dalam pelaksanaan pembelajaran. Murid lebih terangsang apabila pembelajaran Bahasa Melayu diselitkan dengan video, permainan kata, teka-teki dan interaksi. Bagi langkah kedua, guru menayangkan klip video untuk mencungkil pemahaman murid tentang maksud perkataan yang dipelajari dengan lebih jelas. Ini memandangkan cara murid belajar berbeza-beza. Satu daripada caranya adalah dengan menulis perkataan kata kerja, kata nama dan kata adjektif yang terdapat dalam video. Guru meminta murid memberikan penjelasan mengapa mereka mengatakan perkataan tersebut adalah golongan kata kerja, kata nama atau kata adjektif. Selanjutnya, murid perlu menjawab soalan berdasarkan klip video yang ditonton dengan menggunakan templat yang disediakan. Langkah ketiga Bagi langkah selanjutnya, guru mengajar kemahiran berfikir dengan menggunakan strategi Rutin Berfir Apa yang Menyebabkan Awak Berkata Begitu? (What makes you say that?). Tetapi, sebelum menonton klip video, murid diminta supaya berfikir dan memahami perkara atau mesej yang tersurat dan tersirat daripada klip video tersebut. Pengajaran seterusnya murid membina ayat mudah dengan menggunakan perkataan yang telah mereka catat itu secara bertulis. Langkah terakhir Pada langkah terakhir ini, guru menerangkan perbezaan penggunaan golongan kata dengan aktiviti yang mencungkil pemahaman mereka tentang golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Bagi mengukur pemahaman murid dan keberkesanan strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pascaujian dijalankan 318 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

untuk menentukan pencapaian murid dalam menjawab soalan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Justeru itu, perancangan yang terperinci dilakukan bagi menyiapkan dan menjalankan strategi intervensi yang dapat menangani masalah tersebut. Strategi intervensi yang dimaksudkan ialah strategi Rutin Berfikir. Setelah selesai menjalankan strategi intervensi, aktiviti pascaujian dijalankan untuk melihat keberkesanan strategi intervensi tersebut dan mengukur pemahaman serta pencapaian murid dalam menjawab soalan-soalan di bahagian kosa kata. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian data kualitatif menunjukkan peningkatan yang ketara dalam keputusan yang diperoleh murid semasa menduduki pascaujian. Berdasarkan pencapaian keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan 100% (94 orang) murid telah mencapai markah yang jauh lebih baik dalam pascaujian berbanding markah yang diperoleh dalam ujian diagnostik (59.4%) dan Ujian 3 (Mini Test 3). Dapatan kajian juga menunjukkan 96.8% orang murid berjaya untuk mendapatkan keputusan yang baik quality pass berbanding 40.6% dan 95.6% dalam ujian sebelumnya. Perbandingan markah yang diperoleh murid dapat dilihat dalam Rajah 1 berikut. Rajah 1: Pencapaian Mengikut Peratusan 319 Seminar Bahasa Melayu 2017

Strategi Rutin Berfikir yang digunakan sebagai intervensi jelas merupakan satu strategi yang dapat membantu mempertingkat penguasaan dan penggunaan kosa kata dalam kalangan murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah berjaya menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif bagi membantu mereka menjana dan menambah kosa kata. Pengkaji berpendapat jika strategi ini kerap dijalankan di bilik darjah, kemahiran berfikir para murid akan lebih dapat diperkukuh dan sekali gus memperkaya penguasaan kosa kata dalam kalangan murid. KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh ini, jelas menunjukkan bahawa penggunaan strategi Rutin Berfikir untuk meningkatkan kosa kata murid amat berkesan dan dapat membantu mereka menjawab soalan-soalan ujian. Hasil dapatan ini sangat memberangsangkan dan mendorong para guru untuk terus menggunakan Rutin Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kosa kata. Sebagai langkah selanjutnya, kumpulan pengkaji akan membina sebuah pakej kosa kata bagi murid-murid Darjah 2 dan 3 untuk digunakan sebagai latihan pengukuhan pelajaran kosa kata. Murid juga akan didedahkan kepada strategi-strategi yang telah digunakan dalam kajian ini untuk membantu mereka meningkatkan kosa kata mereka sekaligus mampu menjawab soalansoalan dalam peperiksaan. Namun, bagi menggunakan Rutin Berfikir ini dengan berkesan, kami dapati bahawa guru harus bijak menyesuaikan rutin-rutin tersebut dengan pengajaran yang akan dijalankan. Selain itu guru-guru juga mendapati bahawa proses bagi seseorang murid untuk dapat berfikir secara mendalam memerlukan latihan dan masa yang panjang. Oleh kerana masa tidak berpihak kepada guru, murid-murid hanya diberi masa yang terhad untuk berfikir bagi mendapatkan jawapan. Jika hal ini berlarutan, murid-murid terutama murid-murid yang lemah akan mudah berputus asa sekira ini berlaku, proses pemikiran secara berperingkat akan terhambat. 320 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Rujukan Celce-Murcia, M. (1991). Language teaching approaches: An overview.dlm. Celce- Murcia, Teaching English as a Second or Foreign Language (2 ed., pp. 3-11). USA: Henlei anf Henlei Publishers. Che Radiah Mezah, & Norhayuza Mohammad. (2011). Pengajaran dan pembelajaran kosa kata Arab; Teori & aplikasi. Serdang: Penerbit UPM. Cox, M. J. and Abbott, C. (Eds) (2004), ICT and Attainment A Review of the research literature. Coventry, Becta /London, DfES. DeCarrico, J. S. (2001). Vocabulary learning and teaching. In M. Celce-Murcia (Ed.), Teaching English as a second or foreign language (3 rd ed., pp. 285-299). Boston: Heinle. Duffy, T. M., Lowyck, J., & Jonassen, D. (1993). Designing environments for constructive learning. Heidelberg, Germany: Springer Verlag. Lewis, R. L. (2000). Specifying architectures for language processing: process, control, and memory in parsing and interpretation. Dlm M. Crocker, M. Pickering & C Clifton, Architectures and Mechanisms for Language Processing. Cambridge: Cambridge University Press. Marcia F. Hildebrand & Helen S. Simpson Holland Public Schools. Special Education, 23, 4. Ron Ritchhart Thinking Routines: Establishing patterns of thinking in the classroom (paper presented at the AERA Conference, San Francisco, 2006). Ritchhart, R., & Perkins, D. N. (2011). Making Thinking Visible. San Francisco: Jossey- Bass. 321 Seminar Bahasa Melayu 2017