Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational Volume 3 September 2011, Pages 67-78 /ISSN: 2231-7376 Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor Zainudin Abu Bakar¹ & Nor Hisham Muhamad Nor ² 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia ABSTRAK: Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH). Terdapat dua pendekatan pengajaran yang telah ditinjau iaitu pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran secara induktif. Instrumen yang telah digunakan ialah soal selidik. Ia bertujuan untuk melihat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar. Seramai 201 responden terdiri daripada 97 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 13.5. Statistik deskriptif telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru KH lebih gemar menggunakan pendekatan pengajaran secara induktif berbanding pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah. Didapati juga tiada hubungan yang signifikan wujud di antara pendekatan pengajaran dengan tahap pencapaian pelajar. Justeru itu para pendidik tidak hanya terfokus kepada pendekatan pengajaran yang digunakan tetapi juga lain-lain aspek berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Katakunci: Pendekatan Pengajaran Guru, Kesan Pencapaian Pelajar, Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ABSTRACT: This is a survey research that investigating the teacher s teaching approach and it relation to student achievement. There are two teaching strategies that are being investigated such as problem solving and the inductive approaches. Questionnaire is used to find out the relation between teachers teaching approaches and its effect to the student achievement. The total of 201 respondents consists of 97 male and 104 female students are involved in the study. Data is collected and analysed by using Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 13.5. Descriptive statistical analysis is used. The result shows that most of the KH teachers are more often to use inductive teaching than the problem solving strategies. It also found that there are no significant relations between teaching strategies and students learning achievement. This indicates that the teachers not require just being creative but should also consider other aspect of teaching and learning in their practices. Keywords: Teaching Approach, Effectiveness Student Achievement, Skill Course Subject 1.0 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan. Ia selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang terus meningkat dari masa ke semasa. Kerajaan terus membiayai institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan itu ialah alat ataupun mekanisme untuk membawa ke arah kemajuan, sejajar dengan kehendak dan aspirasi negara mengikut perkembangan semasa. Guru merupakan profesion yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sehingga hari ini, guru telah banyak menyumbang khidmat bakti di

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 68 dalam pembangunan agama, bangsa dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk kemajuan dan pencapaian pelajar. Secara sepintas tugas guru nampak mudah namun setiap guru harus menyedari bahawa sistem pengajaran pada masa kini memerlukan mereka melangkaui pelbagai kemahiran dan kepakaran semasa mengajar sesuatu mata pelajaran agar pendekatan yang digunakan tidak ketinggalan zaman atau kurang sesuai digunakan lagi pada masa kini. 2.0 LATAR BELAKANG MASALAH Brophy (1998), mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Sekira ini terjadi guru dapat mencetus pencapaian murid kepada yang cemerlang dan membanggakan. Pencapaian seorang pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang kompleks. Antaranya adalah pendekatan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang pelajar berminat untuk belajar, dia pasti akan mempunyai kesungguhan yang tinggi terhadap pelajaran dan begitulah juga sebaliknya. Guru merupakan salah satu daripada ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Ini dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan Atan Long (1978), bahawa untuk menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru pasti akan memberi kesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar. Pendekatan pengajaran guru mungkin dapat mempengaruhi sikap dan minat seseorang pelajar semasa proses pembelajaran. Sekiranya berlaku ia mungkin dapat mempengaruhi pencapaian. Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pandangan Brookfield dalam Ambrose (2002), bahawa guru yang berkarisma biasanya mampu memberi dorongan dan memberi sumber ilham kepada para pelajarnya. Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan berubah seiring dengan kemajuan pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran. Pembelajaran pada mulanya adalah untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar terhadap apa yang akan disampaikan oleh guru. Abd. Rahman dalam Sayuti (2000), menyatakan adalah penting untuk kita menyedari bahawa manusia berbeza dari beberapa segi, begitu juga dengan pelajar. Perbezaan di antara setiap pelajar menjelaskan kepada kita bahawa gaya atau stail pembelajaran individu atau pelajar pastinya berbeza begitu juga dengan cara pendekatan pengajaran guru. Atan Long (1978), menyatakan bahawa pendekatan pengajaran yang baik berkeupayaan untuk merangsang murid supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan konsep itu. Pendekatan pengajaran yang baik dan sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Ini pasti dapat meningkatkan tahap pencapaian murid pada akhirnya. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Kejayaan setiap pelajar haruslah dititik beratkan oleh guru. Pelajar seharusnya tidak dibiarkan datang ke sekolah dengan tidak mendapat sebarang ilmu pengetahuan dan hanya sekadar hadir ke kelas sahaja. Persoalan harus ditimbulkan kepada diri guru sendiri apakah pendekatan pengajaran yang digunakan dapat menaikkan tahap pencapaian pelajar atau sebaliknya. Justeru itu, pengkaji ingin mengenal pasti adakah terdapat hubungan di antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini memfokuskan kepada jenis pendekatan pengajaran

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 69 guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Dua. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN i. Mengetahui apakah jenis pendekatan pengajaran yang diamalkan oleh guru di sekolah dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. ii. Mengetahui apakah jenis pendekatan pengajaran yang paling dominan yang diamalkan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. iii. Mengetahui adakah terdapat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dengan pencapaian pelajar. 5.0 SOROTAN KAJIAN 5.1 Pendekatan Pengajaran Secara Penyelesaian Masalah Pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah boleh ditakrifkan sebagai proses terancang untuk mencapai tujuan yang dikehendaki dalam sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi. Pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah dikatakan mampu menggalakkan pemikiran terbuka, reflektif, kritikal dan pembelajaran secara aktif. Ia mampu meningkatkan penemuan-penemuan terbaru di dalam pemikiran dan pembelajaran. Malah ia dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dan bagaimana merumuskan masalah tersebut. Menerusi pendekatan ini, guru dapat membina peluang kepada pelajar untuk mengembangkan pemahaman mereka dengan cara menggalakkan para pelajar untuk membuat latihan dengan strategi mudah seperti meramal dan menyemak, membina rajah, melihat pola, mengklasifikasi, menyusun semula, menulis semula dalam bentuk perkataan, membilang, membuat andaian dan memperkembangkan bukti-bukti. Menurut Boud dan Feliti dalam Shahril (2001), pendekatan penyelesaian masalah adalah satu pendekatan yang menggalakkan pelajar berfikir dan seterusnya menyediakan stimulasi kepada pembelajaran. Pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah harus melibatkan pelaksanaan suatu aktiviti yang boleh memberikan penyelesaian. Berdasarkan pernyataan tersebut, Lester dalam Shaharudin (2003) telah merumuskan ciri-ciri masalah. Secara umum, pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah merupakan suatu proses pendekatan pembelajaran yang membolehkan pelajar menggunakan kemahiran pemikiran kritikal secara berterusan. Melalui masalah sebenar, pelajar dapat membuat satu perubahan daripada mendapat maklumat melalui fakta kepada satu situasi di mana mereka dapat menganalisis, menilai dan merumuskan penyelesaian maklumat tersebut. 5.2 Pendekatan Pengajaran Secara Induktif Mok Soon Sang (2001), menyatakan pendekatan pengajaran induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Manakala Syarifah Alawiyah (1983), menyatakan bahawa pendekatan pengajaran induktif ialah pengajaran yang berteraskan data yang diperolehi kepada generalisasi seperti sesuatu hipotesis yang dapat menerangkan bukti yang jelas terhadap sesuatu kejadian. Di dalam pendekatan ini perkara-perkara yang khusus disatukan agar dirumuskan kepada sesuatu peraturan, cadangan atau prinsip am.

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 70 5.3 Pengajaran Guru Dan Kaitannya Terhadap Pencapaian Pelajar Menurut Smith (1969), untuk melahirkan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan di ajar dan yang seterusnya kefahaman mengenai displin-displin yang telah melahirkan mata pelajaran yang diajar. Dalam erti kata lain kefahaman yang pertama adalah perlu untuk mengajar apa jua mata pelajaran, manakala kefahaman kedua adalah untuk mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan menggunakan isi kandungan pengajaran tersebut. Pengajaran guru mestilah jelas dan mudah difahami pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran guru. Atan Long (1980), menyatakan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Secara umumnya seseorang guru boleh menimbulkan minat pelajar terhadap apa yang diajar. Minat merupakan suatu unsur naluri yang boleh dipupuk dan begitu juga dengan minat belajar seorang pelajar. Seseorang guru yang berpengalaman seharusnya boleh menimbulkan minat belajar pelajar dengan mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya dapat meningkatkan tahap pencapaian pelajarnya. Menurut Dunkin dan Biddle dalam Shahril (2001), guru yang berkualiti adalah yang berkebolehan menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan gaya yang sentiasa menarik dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran ini membawa kepada pengajaran yang berkualiti yang mana mempunyai hubung kait dengan pencapaian Dalam kajian Sayuti (2000), pelajar mahukan masa yang cukup untuk menerima pelajaran dan penyeliaan dari guru. Pernyataan ini bermaksud bahawa salah satu sebab peningkatan pencapaian pelajar adalah bergantung kepada tempoh masa pelajar menerima dan memahami pengajaran guru serta penyeliaan dan bimbingan guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya didapati hasil dari kajian-kajian yang lepas, faktor pengajaran guru sememangnya berhubung kait dengan tahap pencapaian seseorang pelajar. Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang berhubungan dengan tahap pencapaian pelajar seperti faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor kemudahan dan sebagainya. Fraser (1977), menyatakan sikap keluarga terhadap pelajaran dan jangkaan pelajaran merupakan suatu darjah galakan terhadap kerja-kerja sekolah anak-anak berkait rapat dengan darjah kecerdasan dan pencapaian anak-anak. Pernyataan tersebut disokong oleh Jensen dalam Adzmi (2003), mengatakan kurang daripada 50% pencapaian akademik dipengaruhi oleh kefahaman, dan seterusnya menyatakan perbezaan tingkat pencapaian akademik di sekolah adalah disebabkan oleh perbezaan persekitaran keluarga pelajar. 6.0 METOD 6.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan penyelidikan dalam menuju ke arah mendapatkan maklumat dan tujuan kajian itu dijalankan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk deskriptif. Menurut Mohd Najib (2003), penyelidikan deskriptif adalah satu bentuk penyelidikan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat dan menerangkan apa yang sedang berlaku. Kaedah soal selidik digunakan kerana melalui kaedah ini adalah sesuai dan lebih praktikal untuk mendapatkan maklumat secara terperinci. Kaedah ini dapat mengurangkan perbelanjaan, masa dan tenaga bagi pengumpulan data terhadap aspek yang dikaji.

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 71 6.2 Tempat Kajian Kajian ini dijalankan ke atas pelajar yang berada di Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor 6.3 Populasi dan Pensampelan Kajian Populasi dalam kajian ini terdiri daripada 412 orang pelajar tingkatan dua yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Bilangan kelas pelajar tingkatan dua di sekolah ini adalah sebanyak sebelas buah. Dalam kajian ini sampel adalah terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Sampel kajian adalah seramai 201 daripada jumlah populasi seramai 412 orang. Pemilihan sampel kajian ini dibuat dengan berpandukan Jadual Krecie. RV. And Morgan, D.W. 6.4 Instrumen Kajian Pengkaji memilih soal selidik sebagai instrumen di dalam kajian ini. Ia lazim digunakan dalam kajian deskriptif kerana maklum balas daripada responden boleh diperolehi dengan mudah, cepat, murah dan dengan pengawasan yang paling minimum. Soal selidik dibina sendiri oleh penyelidik dan dihantarkan kepada sampel untuk mendapatkan maklumat atau data yang diperlukan. Maklumat tersebut kemudiannya dikumpulkan dan dianalisis bagi menjawab persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian. Soalan direka supaya bersesuaian dengan kehendak dan persoalan kajian yang ditentukan. Bentuk soalan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi maklumat berkaitan latar belakang responden. Soalansoalannya merangkumi jantina, keturunan, pekerjaan ibubapa/penjaga dan keputusan peperiksaan terkini di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Responden dikehendaki menandakan ( ) pada kotak jawapan pilihan yang disediakan. Bahagian ini mengandungi 44 soalan yang dibahagikan kepada dua bahagian mengikut kategori persoalan kajian. Responden dikehendaki menandakan ( ) disalah satu jawapan daripada lima pilihan yang difikirkan betul terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Bahagian B soal selidik akan menggunakan sistem skala Likert. Ia mengandungi lima skor bagi menunjukkan darjah persetujuan responden terhadap sesuatu item. Menurut Anderson (1988), kajian dalam sains social boleh menggunakan tiga, empat, lima, enam atau tujuh pilihan jawapan skala Likert. Namun begitu amalan skala Likert yang awal mengandungi lima pilihan jawapan adalah sangat sesuai digunakan. Ianya akan memudahkan responden untuk menjawab dengan lebih tepat tentang persoalan yang dikemukakan. Jadual 1 : Penskoran skala 5 mata Skala Maklumbalas 1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Tidak Pasti (TP) 4 Setuju (S) 5 Sangat Setuju (SS)

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 72 6.5 Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar tingkatan dua yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di SMK Senai, Johor. Hasil dari data yang diproses menunjukkan pekali kebolehpercayaan Alpha ialah 0.86. Menurut Mohd. Majid Konting (1994), kaedah Alpha Cronbach dapat menguji kebolehpercayaan item soal selidik dengan menganggar kebolehpercayaan alat ukur daripada satu pentadbiran pengukuran. Menurut Mohd Najib (2003), kebolehpercayaan tinggi apabila indeks kebolehpercayaannya melebihi 0.8 dan sekiranya kurang dari 0.8 maka item tersebut hendaklah diubahsuai. 7.0 DAPATAN KAJIAN 7.1 Analisis Bahagian A - Jantina Responden Jadual 2: Taburan responden mengikut jantina Jantina Frekuensi (f) Peratus ( % ) Lelaki 97 48.3 Perempuan 104 51.7 Jumlah 201 100 Berdasarkan kepada jadual 2 di atas, bilangan responden yang tertinggi adalah perempuan iaitu sebanyak 104 orang (51.7 %) dan selebihnya adalah responden lelaki iaitu seramai 97 orang ( 48.3 %). Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah responden perempuan mengatasi jumlah responden lelaki. 7.2 Analisis Data i. Pendekatan Pengajaran Guru Secara Penyelesaian Masalah Jadual 3: Peratus dapatan berkaitan penerangan guru tentang objektif pengajaran, guru memulakan pengajaran dengan menyoal topik lalu, guru membuat demonstrasi sebelum kerja Amali, guru menunjukkan gambar projek kerja amali, guru menunjukkan contoh/model projek untuk kerja amali Pernyataan Saya diberi penerangan oleh guru KH saya tentang objektif pengajaran yang akan diajar. Guru KH saya memulakan pengajaran dengan menyoal saya tentang topik yang STS TS TP S SS 1.0 3.0 10.9 52.3 32.8 1.0 8.0 16.9 32.9 41.3 lalu. Guru KH saya akan membuat demonstrasi sebelum memulakan kerja amali. 1.5 4.5 28.9 43.3 21.9 Sebelum melakukan kerja amali, saya ditunjukkan gambar projek yang hendak dibuat Sebelum melakukan kerja amali, saya ditunjukkan contoh/model projek yang akan dibuat. n=201 0.5 4.0 21.9 39.3 34.3 1.5 7.0 13.4 37.8 40.3

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 73 Jadual 3 di atas menunjukkan bahawa 52.3% pelajar bersetuju bahawa guru memberi penerangan tentang objektif pengajaran yang akan diajar, 32.8% pelajar sangat setuju, 10.9% pelajar tidak pasti, 3.0% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 1.0% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Manakala, 41.3% pelajar sangat setuju bahawa guru memulakan pengajaran dengan menyoal tentang topik yang lalu, 32.8% pelajar setuju, 16.9% pelajar tidak pasti, 8.0% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 1.0% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. 43.3% pelajar bersetuju bahawa guru akan membuat demonstrasi sebelum memulakan kerja amali, 28.9% pelajar tidak pasti, sebanyak 21.9% pelajar sangat setuju, 4.5% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 1.5% sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Dan 39.3% pelajar bersetuju bahawa guru akan menunjukkan gambar projek sebelum memulakan kerja amali, manakala 34.3% pelajar sangat setuju, 21.9% pelajar tidak pasti, 4.0% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 0.5% pelajar sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. ii. Pendekatan Pengajaran Guru Secara Induktif Jadual 4: Peratus dapatan berkaitan saya diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan, guru memberi contoh yang berkaitan dengan topik pengajaran, guru kerap menyoal saya, guru menggunakan alat sebenar semasa mengajar tentang peralatan di dalam bengkel, guru menggunakan gambar/rajah semasa memberi penerangan Pernyataan Saya diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan STS TS TP S SS 1.5 6.0 15.4 39.3 37.8 Guru KH saya memberi contoh yang berkaitan dengan topik pelajaran 2.0 2.5 14.4 40.8 40.3 Guru KH saya kerap menyoal saya. 4.0 8.5 40.3 31.3 15.9 Guru KH saya menggunakan alat sebenar semasa mengajar tentang peralatan di 4.0 4.5 15.4 35.3 40.8 dalam bengkel Gambar/rajah digunakan oleh guru KH saya semasa memberi penerangan 2.5 4.5 16.4 46.8 29.9 n=201 Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa 39.3% pelajar bersetuju bahawa saya diberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan, 37.8% pelajar sangat setuju, 15.4% pelajar tidak pasti, 6% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 1.5% pelajar sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. 40.8% pelajar bersetuju bahawa guru memberi contoh yang berkaitan dengan topik pelajaran, manakala 40.3% pelajar sangat setuju, 14.4% pelajar tidak pasti, 2.5% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 2% pelajar sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. 40.3% pelajar tidak pasti bahawa guru kerap menyoal, 31.3% pelajar setuju, seterusnya 15.9% pelajar sangat setuju, 8.5% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 4% pelajar sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Sebanyak 40.8% pelajar bersangat setuju bahawa guru menggunakan alat sebenar semasa mengajar tentang peralatan di dalam bengkel, 35.3% pelajar setuju, 15.4% pelajar tidak pasti, 4.5% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 4% pelajar sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. Dan 46.8% pelajar bersetuju bahawa gambar/rajah digunakan oleh guru KH saya semasa memberi penerangan, 29.9% pelajar

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 74 sangat setuju, 16.4% pelajar tidak pasti, 4.5% pelajar tidak setuju, manakala selebihnya 2.5% pelajar sangat tidak setuju dengan pernyataan ini. iii. Analisis Perbandingan Jadual 5: Analisis perbandingan pendekatan pengajaran guru secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran guru secara induktif Pembolehubah Nilai Min Pendekatan Pengajaran Guru Secara Penyelesaian Masalah 3.811 Pendekatan Pengajaran Guru Secara Induktif 3.832 Jadual 5 di atas menunjukkan nilai min bagi pendekatan pengajaran guru secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran guru secara induktif. Nilai min bagi pendekatan pengajaran guru secara penyelesaian masalah adalah 3.811 manakala nilai min bagi pendekatan pengajaran guru secara induktif pula adalah 3.832. Jadual di atas membuktikan bahawa guru Kemahiran Hidup Tingkatan Dua di SMK Senai, Johor sememangnya mengamalkan pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran secara induktif kerana kedua-dua nilai minnya menunjukkan nilai yang tinggi. Perbezaan min yang kecil memberi makna dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Kemahiran Hidup Tingkatan Dua di SMK Senai, Johor menggunakan kedua-dua pendekatan pengajaran dalam pengajarannya. iv. Analisis Korelasi Jadual 6: Analisis kolerasi antara pendekatan pengajaran guru dengan tahap pencapaian pelajar Pembolehubah Hubungan Kolerasi Antara Pendekatan Pengajaran Guru Secara Penyelesaian Masalah Dengan Tahap Pencapaian Pelajar Hubungan Kolerasi Antara Pendekatan Pengajaran Guru Secara Induktif Dengan Tahap Pencapaian Pelajar ** Signifikan pada aras 0.01 Nilai Korelasi 0.346 0.324 Jadual 6 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan Spearman untuk mengetahui hubungan di antara pendekatan pengajaran dengan tahap pencapaian pelajar. Dari analisis tersebut didapati nilai korelasi bagi hubungan pendekatan pengajaran guru secara penyelesaian masalah dengan tahap pencapaian pelajar menunjukkan nilai 0.346. Manakala nilai korelasi bagi hubungan pendekatan pengajaran guru secara induktif dengan tahap pencapaian pelajar pula menunjukkan nilai 0.324. Kedua-dua nilai tersebut menunjukkan pada kekuatan yang lemah, ia bermakna tiada hubungan yang signifikan di antara pendekatan pengajaran yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap tahap pencapaian pelajar.

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 75 8.0 PERBINCANGAN 8.1 Pendekatan pengajaran guru secara penyelesaian masalah Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, keseluruhan responden bersetuju bahawa guru telah menjalankan langkah yang pertama tersebut. Ini dapat dilihat dari keseluruhan purata peratusan yang diperolehi menunjukkan nilai yang tinggi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam langkah ini adalah selari seperti prinsip pendekatan penyelesaian masalah yang telah dinyatakan oleh Ee Ah Meng (1997) iaitu bantu pelajar mengenal sesuatu masalah. Aktiviti-aktiviti ini juga selari dengan prinsip pendekatan yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2001) iaitu sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru harus membimbing pelajar memahami dan mengenal pasti masalah. Aktiviti mencari maklumat merupakan langkah kedua pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah menurut Model Dewey. Dalam kajian ini didapati guru turut menentukan serta memberi bahan-bahan yang sesuai digunakan semasa pembelajaran. Ini bermakna guru sememangnya telah mengamalkan prinsip pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah seperti yang dinyatakan oleh Ee Ah Meng (1997) iaitu tentukan bahan rujukan adalah mencukupi bagi kegunaan pelajar. Selain itu murid juga digalakkan mencari dan memperolehi maklumat berkaitan tugasan dari pelbagai sumber seperti di dalam buku teks, buku rujukan malah juga di internet. Didapati murid kurang menjadikan internet sebagai salah satu medium mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran. Kebanyakan pelajar mengatakan mereka kurang menggunakan internet kerana kurangnya kemudahan tersebut di kawasan tempat tinggal selain kurang kemahiran menggunakan komputer. Manakala langkah pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah yang keempat adalah menguji hipotesis. Dalam langkah ini didapati guru telah membenarkan pelajar menilai hasil kerja masing-masing dan rakan yang lain. Guru juga telah membuat perbandingan hasil kerja setiap kumpulan dengan kumpulan yang lain. Menurut Ee Ah Meng (1997), hipotesis hendaklah dibina dan diuji. Kenyataan tersebut dapat menguatkan lagi amalan guru dalam pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran. Secara keseluruhan dapat dirumuskan bahawa guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Dua di SMK Senai, Johor sememangnya mengamalkan pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah. Ini terbukti kerana guru KH telah mengamalkan kesemua langkah yang terdapat dalam pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah seperti yang terkandung dalam Model Dewey. Antara bukti lain adalah hasil dari dapatan data yang menunjukkan kesemua nilai minnya yang tinggi dalam setiap aspek langkah-langkah yang digunakan. Nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian ini juga adalah tinggi iaitu 3.811, ia menunjukkan pada tahap penilaian yang tinggi. 8.2 Pendekatan pengajaran guru secara induktif Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik, keseluruhan responden bersetuju bahawa guru telah menjalankan peringkat perancangan tersebut iaitu guru memberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan, guru memberi contoh yang berkaitan dengan topik pengajaran, kerap menyoal pelajar serta guru menyediakan ABM yang sesuai semasa proses pengajaran. Langkah-langkah yang dijalankan ini selari seperti prinsip pendekatan induktif yang telah disarankan oleh Mok Soon Sang (2001) yang menyenaraikan peringkat perancangan perlu menjalankan aktiviti menentukan objektif pengajaran, menyediakan contoh-contoh, menyediakan soalan-soalan dan menyediakan ABM. Dengan ini terbukti bahawa guru telah menjalankan aktiviti yang terkandung dalam peringkat

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 76 perancangan. Dalam peringkat ini guru telah melibatkan anggota deria seperti memaparkan gambar/rajah semasa memberi penerangan berkaitan aktiviti yang akan dibuat, visual pelbagai produk berkenaan tugasan amali dan hasil projek pelajar terdahulu. Aktiviti tersebut selari dengan prinsip pengajaran secara induktif mengikut Ee Ah Meng (1997) iaitu pastikan seberapa banyak deria pelajar itu dipergunakan. Aktiviti tersebut juga adalah selari dengan pernyataan Mok Soon Sang (2001) yang menyatakan bahawa alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar. Pernyataan di atas dapat mengukuhkan lagi amalan pendekatan pengajaran guru secara induktif. Peringkat terakhir dalam model pengajaran Mok Soon Sang ini ialah peringkat penutup. Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru adalah membuat kesimpulan kognitif, kesimpulan sosial dan memberi aktiviti susulan. Didapati guru telah memuji pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan dengan kemas. Guru turut meminta pelajar melakukan tugasan dengan lebih teliti di masa akan datang sekiranya projek yang dihasilkan kurang memuaskan. Akhir sekali guru telah memberi aktiviti susulan iaitu lembaran kerja untuk diselesaikan oleh pelajar di rumah. Dengan ini pengkaji amat yakin bahawa guru sememangnya telah melakukan aktiviti yang terdapat dapat peringkat akhir ini. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Dua di SMK Senai, Johor turut mengamalkan pendekatan pengajaran secara induktif. Ini terbukti kerana guru KH telah mengamalkan kesemua langkah yang terdapat dalam pendekatan pengajaran secara induktif kerana ia selari dengan model pengajaran induktif yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang. Antara bukti lain adalah hasil dari dapatan data menunjukkan kesemua nilai minnya yang tinggi dalam setiap aspek peringkat perlaksanaan yang digunakan dalam model pengajaran ini. Nilai min keseluruhan bagi persoalan kajian ini juga adalah tinggi iaitu 3.832 yang menunjukkan ia berada pada tahap penilaian yang tinggi. 8.3 Kaitan Pendekatan Pengajaran Guru Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar Perbincangan seterusnya adalah melihat hubungan pendekatan pengajaran yang telah digunakan oleh guru dengan tahap pencapaian pelajar. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru KH semasa proses pengajaran dan pembelajaran tidak memberi kesan terhadap tahap pencapaian pelajar. Dengan merujuk jadual 6 didapati kedua-dua pendekatan pengajaran menunjukkan nilai pada tahap kekuatan yang lemah iaitu 0.346 bagi pendekatan pengajaran guru secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran guru secara induktif pula menunjukkan nilai 0.324. Dapatan data tersebut telah memberi makna pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kajian ini tidak mempunyai hubungan dengan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar tidak hanya berhubung kait dengan pengajaran guru sahaja malah ia turut melibatkan perkara lain seperti faktor minat minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan sebagainya. Pernyataan tersebut disokong oleh Jensen dalam Adzmi (2003), mengatakan kurang daripada 50% pencapaian akademik dipengaruhi oleh kefahaman, dan seterusnya menyatakan perbezaan tingkat pencapaian akademik di sekolah adalah disebabkan oleh perbezaan persekitaran keluarga pelajar. Pendapat tersebut juga disokong oleh Fraser (1977), menyatakan sikap keluarga terhadap pelajaran dan jangkaan pelajaran merupakan suatu darjah galakan terhadap kerja-kerja sekolah anak-anak berkait rapat dengan darjah kecerdasan dan pencapaian anak-anak.

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 77 RUJUKAN Abd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Adzmi Bin Yusoff (2003). Kerberkesanan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Bagi Sub Topik Unjuran Ortografik, Pandangan Isometrik Dan Oblik Di Sekolah Menengah Teknik Pantai Timur. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Ambrose Ak Balon (2002). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Mata Pelajaran Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Di Sekolah Menengah Teknik Matang Kuching Sarawak. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Anderson, Anne (1988). Listening. Oxford: Oxford University Pr. Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Sdn. Bhd. Brophy, Jere (1998). Motivating Students To Learn. United States of America: Mc Graw Hill Company. Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1989). Pedagogi Satu Pengenalan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Fraser E. (1977). Home Enviroment And The School. University Of London: Press London. Kamus Dewan (1997). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kerlinger, F.N. (1973). Foundation of Behavior Research. New York: Holt Rine and Winston. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan, Soal Selidik Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mansor bin Hj Harun (2003). Penggunaan Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Kreatif Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Daerah Pontian dan Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Rosrita Bte Mohd. Loddin (2006). Penilaian Pelajar Terhadap Buku TeksKemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga Dari Aspek Isi Kandungan Dan Bahan Grafik (Ilustrasi). Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Sayuti Bin Mat (2000). Kajian Faktor Pencapaian Teknologi Elektrik Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Pahang. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Shaharudin bin abu bakar (2003). Mengenal Pasti Proses Penyelesaian Masalah Dan Kefahaman Konsep Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Dalam Mata Pelajaran Lukisan

Zainudin Abu Bakar & Nor Hisham Muhamad Nor/ Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational 78 Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di Daerah Jasin Dan Melaka Tengah. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Shahril Bin Asan Barseni (2001). Kajian Kes Mengenai Hubungan Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru-Guru Teknikal Dengan Personaliti Yang Mereka Miliki Di SMT Dato Sri Mohd. Zin Alor Gajah, Melaka. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Sdn. Bhd. Smith, L.M. (1969). Group Processes in Elementary and Secondary Schools. Washington, D.C.: National Education Association of Classroom Teachers. Wan Rahimah Wan Abdul Kadir (1995). Pendidikan Masa Kini: Kaedah Melahirkan Generasi Berkualiti. Jurnal Guru. Mei. 426-436.