HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Similar documents
HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

Transcription:

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING Fazlina Binti. Abd Rahiman Aniza Suriati Binti Abdul Shukor ABSTRAK Minat yang mendalam perlu hadir dalam diri pelajar bagi melahirkan penghayatan yang baik dalam memantapkan tahap pemahaman pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043 Pengauditan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 80 orang pelajar semester empat (4) dan lima (5) Diploma Akauntansi Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi Jun 2016 sebagai responden. Analisis statistik deskriptif dan inferansi digunakan ke atas data yang dikumpul dengan menggunakan perisian IBM SPSS 23.0. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043. Oleh yang demikian, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah dalam meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti yang dapat menarik minat dan mengubah sikap yang merupakan faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar. Kata Kunci: Minat, sikap dan pencapaian

1.0 PENGENALAN Kursus (DPA3043) merupakan salah satu kursus teras yang perlu dipelajari oleh pelajar Diploma Akauntansi di Politeknik-politeknik Malaysia pada semester tiga (3) untuk melengkapkan pengkuliahan bagi mendapatkan Diploma Akauntansi. Kursus Pengauditan ini juga merupakan pra syarat untuk mengambil DPA5043. Kursus ini merupakan subjek yang berbentuk teori dan dikenali sebagai kursus yang mencabar kerana secara lazimnya pelajarpelajar ini lebih terdedah kepada kursus yang melibatkan pengiraan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat (2007), pengauditan bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). Penyemakan sistem pemprosesan untuk memastikan pengendalian urus niaga dan data yang dikendalikan adalah tepat dan sahih. Akumulasi dan evaluasi bukti tentang informasi untuk menentukan dan melaporkan tingkat kesesuaian antara informasi dan kriteria yang telah ditetapkan. Audit juga harus dilakukan oleh seorang yang bebas (Alvin A. Arens, 2011). Juruaudit perlulah bebas daripada mempunyai sebarang hubungan dengan sesebuah syarikat yang diaudit olehnya untuk membuktikan juruaudit berikut jujur dalam melaksanakan tugasnya. Selain bebas dalam melakukan pekerjaan, minat dan sikap memainkan peranan yang sangat penting terhadap suatu kejayaan. Sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh minat, pekerjaan yang dilakukan dapat diselesaikan pada waktu yang singkat mengikut kemampuan sendiri serta dapat mendorong seseorang melangkah kehadapan dengan lebih jauh berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat terutamanya terhadap kursus. Oleh yang demikian, minat dan sikap yang baik terhadap apa jua pekerjaan amatlah penting untuk mencapai kejayaan dan pencapaian yang cemerlang. Ini adalah kerana minat dan sikap mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar. Jika minat dan sikap tidak dapat diterapkan dalam diri maka kita akan mengalami kerugian dan pencapaian yang tidak cemerlang (Zulzana, Mohamed dan Roslina, 2012). Walaubagaimanapun, persoalannya, samaada minat dan sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek pengauditan? 1.1 Pernyataan Masalah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan kurikulum berasaskan kepada hasil pembelajaran ataupun disebut Outcome Based Education (OBE) kepada para pelajar bermula Sesi Jun 2010. Pelaksanaan konsep pengajaran dan pembelajaran OBE di politeknik seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk menghasilkan graduan yang selaras dengan keperluan dan kehendak negara serta standing dengan graduan-graduan daripada institusi pengajian tinggi yang lain. Walaupun pelaksanaan konsep OBE ini dititikberatkan, namun faktor-faktor lain seperti minat dan sikap para pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran perlu juga diambil kira dalam memastikan keberkesanan pendekatan OBE (Zulzana et. al, 2012). Pelajar Diploma Akauntansi di politeknik ketika ini sudah terbiasa, lebih berminat dan cenderung dengan kursus berbentuk pengiraan. Dalam kursus, terdapat lapan (8) bab berbentuk teori dan tidak mempunyai sebarang topik pengiraan. Hal ini juga boleh menjadi

salah satu punca para pelajar tidak mendapat keputusan yang baik kerana kursus ini dikategorikan sebagai kursus yang mencabar. Oleh yang demikian, timbul isu di mana pelajar kurang berminat terhadap kursus DPA3043- dan ini akan mempengaruhi sikap mereka terhadap kursus tersebut. Apabila pelajar tidak berminat dan mempunyai sikap yang negatif terhadap kursus berbentuk teori, besar kemungkinan pelajar tidak mendapat pencapaian yang cemerlang dalam kursus tersebut. Belum ada kajian yang dijalankan tentang minat dan sikap pelajar Diploma Akauntansi, Politeknik Sultan Azlan Shah terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043. Maka pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian tentang minat dan sikap terhadap pencapaian dalam kursus ini. 1.2 Objektif Kajian Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk: (a) Menilai tahap minat pelajar dalam kursus DPA3043- (b) Mengenalpasti sikap pelajar terhadap kursus DPA3043- (c) Menilai tahap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043 - (d) Mengenalpasti hubungan minat dengan pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043 (e) Mengenalpasti hubungan sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043-1.3 Kepentingan Kajian Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti sejauh mana tahap minat dan sikap pelajar terhadap kursus DPA3043- dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus tersebut. Ini adalah berikutan pencapaian pelajar dalam subjek DPA3043- pada Semester Disember 2015 adalah tidak memuaskan. Bagi mengatasi masalah ini, maka kajian dilaksanakan dengan mengandaikan faktor yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Hasil daripada kajian ini diharap dapat digunakan untuk memperbaiki pencapaian pelajar dalam subjek berkenaan pada masa akan datang. Setelah mengenalpasti hubungan yang mempengaruhi pencapaian pelajar secara langsung, maka cara mengatasi masalah pencapaian pelajar yang kurang memuaskan akan dapat dilaksanakan. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada pendidik-pendidik politeknik supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar dalam kursus pengauditan. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan mendedahkan pelajar kepada dunia sebenar dengan membuat lawatan luar ke industri. Di samping itu, pengkaji lain juga boleh menggunakan kajian ini untuk menguji sejauh mana minat dan sikap pelajar dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek yang dirasakan perlu. Sekiranya kajian dan kaedah ini dilaksanakan bersesuaian dengan permasalahan untuk subjek lain. Maka, kajian ini akan memberikan kemudahan kepada pengkaji masa akan datang bagi mengukur sejauh mana hubungan di antara faktor yang dinyatakan di atas dengan pencapaian subjek. Seterusnya mewujudkan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut. Manakala, sekiranya hasil kajian tidak menunjukkan hubungan positif ke atas faktor-faktor yang diandaikan dengan pencapaian pelajar, maka pengkaji boleh menjalankan kajian yang

menekankan faktor lain bagi mengenalpasti punca sebenar yang mempunyai hubungkait secara langsung dengan pencapaian pelajar. Secara tidak langsung kajian ini dapat mengurangkan kebarangkalian faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam DPA3043-. 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Kajian Tentang Minat Minat dan sikap terhadap pelajaran merupakan aspek penting dalam menentukan sebuah kejayaan. Minat mempunyai kaitan dengan sikap, yang bermaksud seseorang akan bersikap positif terhadap sesuatu perkara sekiranya meminati perkara tersebut. Perkaitan minat dan sikap ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan (Zulzana et.al, 2012). Nadzalinda, 2015 mengatakan bahawa kebiasaannya pelajar akan melakukan perkara-perkara yang diminati sahaja. Malah, minat juga boleh mendorong pelajar berusaha bersungguhsungguh kerana minat boleh menjadi daya penggerak dan mempunyai pengaruh yang besar kepada seseorang terhadap sesuatu matapelajaran (Syaza, Sharini & Asmawati, 2014). 2.2 Kajian Tentang Sikap Sikap mempunyai perkaitan rapat dengan pencapaian sesorang di dalam pembelajarannya. Sikap merupakan suatu yang abstrak dan hanya akan dapat dilihat atau dirasa melalui tindakan yang diambil. Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif seperti kesedaran tentang pentingnya bahasa yang dipelajarinya, maka pelajar berkenaan akan cuba menguasai bahasa tersebut dengan pelbagai cara. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa para pelajar mempunyai sikap yang positif, bersedia untuk belajar dan bermotivasi tinggi akan berjaya menguasai sasaran dan begitulah sebaliknya (Zaliza dan Zaitul Azma, 2013). Ghazali, Nik & Parilah, 2010 menyatakan bahawa sikap terhadap bahasa merujuk kepada sikap satu kelompok masyarakat atau sesuatu komuniti terhadap sesuatu bahasa seperti menarik, sedap didengar, mudah dipelajari dan sebagainya. Ahmad, Nurul Akmar dan Saifullizam, 2005 pula menyatakan sikap dan minat mempunyai perkaitan yakni para pelajar kurang minat terhadap mata pelajaran apabila sikap mereka yang menganggap sesuatu mata pelajaran adalah susah. Bahkan, sikap juga akan memberi impak pada tahap pencapaian pelajar samaada di sekolah ataupun di pusat pengajian tinggi (Jerie & Zamri, 2011). 3.0 METODOLOGI KAJIAN Gambaran tentang kekuatan sesuatu dapatan boleh dikemukakan dalam sesebuah kajian dalam metodologi kajian. Metodologi penyelidikan meliputi reka bentuk kajian yang digunakan, populasi dan pensampelan, instrumen kajian dan jenis analisis data. 3.1 Reka Bentuk Kajian Kaedah ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dalam mengkaji tentang hubungan minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043-.

3.2 Populasi Dan Persampelan Populasi kajian ini adalah pelajar semester empat (4) dan lima (5) Politeknik Sultan Azlan Shah yang mengambil kursus DPA3043- pada Sesi Disember 2015 iaitu seramai 99 orang. Rasional pemilihan sampel kajian adalah kerana pelajar-pelajar ini akan mengambil satu (1) lagi kursus audit iaitu DPA5043- dan Assurance yakni yang akan diambil selepas lulus kursus DPA 3043-. Sampel kajian pula terdiri daripada 80 orang dan responden dipilih secara rawak mengikut jadual penetuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970). 3.3 Instrumen Kajian Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pembolehubah yang dikaji. Borang soal selidik ini terdiri daripada (2) bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi iaitu bangsa, jantina, kelas dan gred keputusan pelajar pada Sesi Disember 2015. Bahagian B pula mengkaji minat yang terdiri daripada sembilan (9) soalan serta sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043- iaitu terdiri daripada sepuluh (10) soalan. Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalis menggunakan IBM SPSS 23.0 4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN Berikut adalah dapatan dan perbincangan hasil kajian berkenaan hubungan minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus. Hasil kajian ini tertumpu kepada pelajar semester empat (4) dan lima (5) Diploma Akauntansi, Politeknik Sultan Azlan Shah. Jadual 1: Bangsa Frekuensi Peratusan Melayu 56 70.0 Cina 3 3.8 India 19 23.8 Lainlain 2 2.5 Jumlah 80 100.0 Jadual di atas menunjukkan responden terdiri daripada empat (4) bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Lain-lain. Jadual 1 menunjukkan bahawa bilangan responden Melayu adalah lebih tinggi dengan peratusan sebanyak 70% atau 56 orang. Seterusnya diikuti oleh responden India dengan peratusan 23.8% atau 19 orang dan bangsa Cina seramai tiga (3) orang atau 3.8%. Responden yang terakhir adalah terdiri daripada bangsa lain-lain dengan peratusan sebanyak 2.5% atau dua (2) orang. Oleh yang demikian, hasil kajian dapati bahawa responden iaitu pelajar di Jabatan Perdagangan, majoritinya adalah berbangsa Melayu berbanding bangsa India, Cina dan Lain-lain.

Jadual 2: Jantina Frekuensi Peratusan Lelaki 12 15.0 Perempu an 68 85.0 Jumlah 80 100.0 Jadual 2 di atas menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina. Responden lelaki terdiri daripada 12 orang dan responden perempuan 68 orang. Nilai peratusan mewakili responden lelaki ialah 15.0%. Manakala, responden perempuan ialah 85%. Jadual 3: Kelas Frekuensi Peratusan DAT4A 26 32.5 DAT4B 23 28.8 DAT5 31 38.8 Jumlah 80 100.0 Jadual 3 menunjukkan bilangan responden terdiri daripada pelajar kelas DAT4A, DAT4B dan DAT5 iaitu seramai 80 orang. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah majoriti yang menjawab soal selidik ini adalah pelajar semester lima (5) iaitu seramai 31 orang atau 38.8% berbanding responden pelajar kelas DAT4A, seramai 26 orang atau 32.5% responden. Manakala, kelas DAT4B seramai 23 orang atau 28.8% adalah pelajar yang paling sedikit. Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 3 di atas jelas menunjukkan peratusan pelajar kelas DAT5 lebih ramai bilangan responden berbanding kelas DAT4A dan DAT4B. Jadual 4: Gred Frekue nsi Peratusa n A+ 2 2.5 A 10 12.5 B 19 23.8 B- 5 6.3 C+ 24 30.0 C- 5 6.3 D 10 12.5 E 5 6.3 Jumlah 80 100.0 Merujuk Jadual 4, didapati 31 orang pelajar, atau 39% mencapai tahap tinggi dan 29 orang atau 36% mencapai tahap sederhana. Manakala, 20 orang pelajar atau 25% mendapat pencapaian yang rendah. Kesimpulannya, peratusan analisis pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043 Sesi Disember 2015 berada paada tahap tinggi.

Jadual 5: Tahap minat pelajar terhadap kursus DPA3043 Tahap Minat Pelajar Sisihan Min Piawai Saya meminati bidang pengauditan 3.19 0.843 Saya amat gembira berpeluang mempelajari kursus DPA3043-3.50 0.811 Saya suka matapelajaran DPA3043- yang saya diikuti sekarang 3.43 0.808 Saya mengisi masa lapang dengan membaca berkenaan audit 2.59 0.91 Saya merujuk sumber tambahan untuk menambahkan pengetahuan 3.06 0.959 dalam bidang audit Saya sentiasa menunggu kelas mata pelajaran DPA3043-3.03 0.826 Saya sering menonton rancangan TV yang berunsurkan 2.34 0.899 pengauditan Saya membaca majalah yang mengandungi pengetahuan yang berkenaan 2.47 0.842 pengauditan Saya memberikan idea-idea yang kreatif ketika perbincangan di dalam 2.89 0.779 kelas DPA3043- Sumber: Ramlee dan Norani (2007) Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa rata-rata responden gembira dan suka mempelajari kursus DPA3043 dan berminat kepada bidang pengauditan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju merujuk sumber tambahan untuk menambah pengetahuan dalam bidang pengauditan. Namun begitu, responden kurang bersetuju mengisi masa lapang dengan membaca bahan tambahan serta menonton rancangan TV yang berunsurkan pengauditan. Oleh yang demikian, pendidik perlulah sentiasa peka dengan mempelbagaikan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat para pelajar. Jadual 6: Tahap sikap pelajar terhadap kursus DPA3043 Tahap Sikap Pelajar Min Sisihan Piawai DPA3043 menarik minat saya 3.09 0.845 Saya berazam untuk skor A dalam DPA3043-4.21 0.837 Saya mengambil bahagian secara aktif semasa sesi pembelajaran 3.28 0.795 DPA3043- Saya ingin mempelajari DPA3043- dengan lebih mendalam 3.41 0.91 Saya sentiasa melengkapkan nota subjek DPA3043-3.29 0.783 DPA3043- adalah sama penting dengan kursus atau modul yang 4.07 0.759 lain Saya akan berasa kesal, jika saya tidak menghadiri kelas DPA3043-3.89 0.968 Saya sanggup melakukan bacaan tambahan untuk memudahkan 3.29 0.944 pemahaman saya bagi topik tertentu dalam mata pelajaran DPA3043- Saya bersedia menyiapkan tugasan DPA3043- saya dalam masa 3.79 0.791 yang ditetapkan Saya memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika proses pengajaran dan 3.70 0.664 pembelajaran subjek DPA3043- Sumber: Ramlee dan Norani (2007)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden sangat bersetuju pengauditan merupakan suatu kursus yang menarik minat. Responden juga bersetuju untuk memperolehi pencapaian yang baik dalam bidang pengauditan, mereka mestilah mempunyai sikap-sikap yang positif dalam mempelajari kursus DPA3043-, menghadiri kelas, menyiapkan tugasan yang diberikan serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, responden tidak pasti untuk memperolehi bacaan tambahan bagi memudahkan pemahaman serta melengkapkan nota kursus DPA3043- supaya mendapat pencapaian yang baik. Jadual 7: Analisis Korelasi Hubungan Antara Minat Dengan Pencapaian Faktor Nilai Korelasi r Signifikan p Minat 0.296 ** 0.008 **. Signifikan pada aras 0.01 (2-tailed). Dapatan kajian dalam Jadual 7 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar dengan pencapaian dalam kursus DPA3043 (r = 0.296, p<0.05) Jadual 8: Analisis Korelasi Hubungan Antara Sikap Dengan Pencapaian Faktor Nilai Korelasi r Signifikan p Sikap 0.236 * 0.035 *. Signifikan pada aras 0.05 (2-tailed). Dapatan kajian dalam Jadual 8 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dengan pencapaian dalam kursus DPA3043 (r = 0.236, p<0.05). 5.0 KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian, didapati tahap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043- berada pada tahap sederhana. Malah, terdapat hubungan yang signifikan di antara minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar. Penemuan kajian ini juga turut disokong oleh penemuan dalam kajian Zulzana et. al, 2012. Kajian mereka menunjukkan tahap minat yang tinggi terhadap kursus CC301 serta mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar. Zulzana et. al (2012) juga mengatakan bahawa kesan dari minat dan sikap yang positif, mampu mendorong pelajar berfikiran kritis, bersikap aktif di dalam kelas, boleh bekerjasama dalam kumpulam, meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Noor Emma & Leong, 2014 yang menunjukkan sikap, minat dan pengajaran guru merupakan faktor-faktor penting dalam menentukan pencapaian murid dalam pelajaran matematik. Kajian ini diharapkan menjadi rujukan yang lebih jelas dan tepat kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran pengauditan. Malahan kerjasama dan kefahaman yang jelas tentang kepentingan minat dan sikap yang positif terhadap kursus pengauditan diharapkan dapat meningkatkan pencapaian Kursus DPA3043-.

RUJUKAN Ahmad Rizal Madar, Nurul akmar Kamaruddin & Saifullizam Puteh. (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan di Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. (2010). Sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA: Online Journal of Language Studies, 10(2), 15-33. Jerie Anak Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 1(1), 13-25. Nadzalinada Kamsur. (2015). Tahap penguasaan, sikap dan minat pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Noor Emma Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan Tingkatan 4. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 96(94.9), 1-2. Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid. (2014). Kajian minat dan motivasi murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan. Ramlee Mustapha & Norani Mohd. Salleh. (2007). Self-fulfilling prophecy and digital devide revisited: vocational and it competencies of special population in Malaysia. Malaysia Journal of Social Work, 6(1), 33-65. Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Science 134 408-415. Zulkarnain, Z., Saim, M., & Talib, R. A. (2012). Hubungan antara minat, sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus CC301 Quantity Measurement. Politeknik Port Dickson. Buku Arens, A. A, Elder, R. J & Beasley, M. S. (2012). and Assurance Services in Malaysia. Pearson Malaysia Sdn Bhd.