JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PERSONAL DETAIL CURRICULUM VITAE. Name: Mohd Nazri Bin Abdul Rahman

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Faculty Of Information and Communication Technology

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

Transcription:

APLIKASI PENDEKATAN FUZZY DELPHI UNTUK MEMBANGUNKAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK HOMESCHOOLING MENGGUNAKAN MEDIA ANIMASI INTERAKTIF Mohd. Nazri Abdul Rahman 1, Mohamad Muhidin Patahol Wasli, 2 Zanariah Ahmad 3, Aniza Mohd Said 4, Saedah Siraj 5, Norlidah Alias 6 & Zaharah Hussin 7 mnazri@siswa.um.edu.my 1, muhidin0601@ siswa.um.edu.my 2 saedah@um.edu.my 5,drnorlidah@um.edu.my 6, zaharah@um.edu.my 7 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia Abstrak: Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan fenomena baru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada pendidikan alternatif homeschooling. Animasi Interaktif merupakan pendekatan baharu yang boleh dijadikan medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling. Animasi interaktif merupakan media pendidikan yang mengintegrasikan lima elemen utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri animasi interaktif yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi. Pendekatan pembelajaran kanak-kanak Homeschooling dengan berbantukan animasi interaktif bukan sahaja dapat memudahkan proses pembelajaran tetapi juga meningkatkan motivasi kanak-kanak homeschooling. Seramai 15 orang pakar bidang pendidikan kanak-kanak homeschooling dan teknologi pendidikan telah dipilih untuk menganalisis fuzziness konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa animasi interaktif sesuai diaplikasikan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling. Kata Kunci: Homeschooling, Home Education, Pendidikan Alternatif, Animasi Interaktif PENGENALAN Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah mencetuskan kepelbagaian pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dipermudahkan dengan berkembangnya teknologi maklumat dan komunikasi (Verhoeven, Seger, Bronkhorst & Boves, 2006; Segers & Verhoven, 2009; Saedah Siraj, 2008). Fenomena ini seterusnya membawa kepada perkembangan satu bentuk kemahiran baru yang perlu dikuasai dalam abad ke-21 iaitu literasi ICT dan literasi web. Kemahiran ini merujuk kepada pelbagai kebolehan yang berkaitan secara langsung dengan ICT. Jangkauan maklumat yang merentasi sempadan sesebuah negara memerlukan keupayaan pengguna untuk mencari maklumat yang dikehendaki dengan tepat, keupayaan mengintegrasikan maklumat yang datang dari pelbagai sumber dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan dan membina pengetahuan baru (Lue & Kinzer, 2000; Graesser, Chipman & King, 2008; Jonassen, 2004; Mayer, 2005). ICT dilihat sebagai satu mekanisme yang berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran yang seterusnya mentransformasikan pengalaman pembelajaran kepada sesuatu yang lebih bermakna. Penggunaan animasi interaktif sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan melalui aktiviti pembelajaran yang memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka dan memperoleh input yang bersesuaian (Ismail, 2002; Nor Fadila Mohd Amin & Chiew Kai Wan, 2010). Bersesuaian dengan konsep pendidikan homeschooling yang memberi kebebasan kepada anak-anak belajar mengikut tahap kebolehan dan minat. Penggunaan teknologi khususnya animasi interaktif dilihat sebagai satu medium pembelajaran yang baharu yang perlu diterokai dan dikaji kesesuaiannya. Animasi interaktif merupakan satu bentuk pembelajaran berasaskan media teknologi yang mampu menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh kepada kanak-kanak homeschooling (Rozinah Jamaluddin, 2005; Wu, Yeh, dan Chang, 2010). Animasi interaktif dalam kajian ini merupakan satu cadangan untuk penyediaan siri interface/ paparan antara muka yang kolaboratif dan avatar yang berinteraksi aktif dengan pengguna berdasarkan beberapa struktur. Proses pengajaran dan pembelajaran melalui animasi interaktif ini disesuaikan dengan gaya pembelajaran kanak-kanak homeschooling. Justeru, terdapat kecenderungan kajian-kajian yang dijalankan berkaitan dengan penggunaan animasi interaktif sebagai media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 34

Dapatan-dapatan kajian berkaitan animasi interaktif ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa sebab yang mempengaruhi tindakan ibu bapa atau guru untuk memilih animasi interaktif sebagai media pengajaran dan pembelajaran (Mohd Rastom Mohd Fauzi, 2011; Nurul Farhana Jumaat, 2010; Zurita & Nussbaum, 2004) antaranya untuk meningkatkan kasediaan kanak-kanak bagi proses pembelajaran. Ciri-ciri Animasi Interaktif Dalam Pendidikan Animasi interaktif yang dibangunkan perlulah bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000) serta berupaya memberi motivasi kepada pelajar (Rozinah Jamaluddin, 2005). Bukan itu sahaja, animasi interaktif juga berperanan memudahkan pelajar dalam proses kognitif kepada kandungan dan perkara yang abstrak (Wu, Yeh, dan Chang, 2010) di samping membantu pelajar membuat visualisasi terhadap perkara kompleks (Moreno, 2007). Pendidikan Alternatif Homeschooling Pendidikan homeschooling juga dikenali sebagai home-education atau home-based school. Homeschooling atau persekolahan di rumah ialah satu amalan pendidikan yang dikawal selia sepenuhnya oleh ibu bapa pada waktu persekolahan biasa dan berlangsung pada hari yang sama seperti sekolah-sekolah arus perdana yang lain (Ray, 2000; Whitehead & Bird, 1984; Norlidah Alias, et.al, 2013). Maka, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk serta ciri-ciri media animasi interaktif bagi pendidikan homeschooling dalam konteks pendidikan kanak-kanak homeschooling pada masa depan. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan persetujuan pakar terhadap animasi interaktif sebagai medium pembelajaran kanak-kanak homeschooling. Untuk mencapai tujuan kajian ini, maka objektif kajian telah dikenal pasti. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri animasi interaktif yang bersesuaian bagi menjalankan aktiviti pembelajaran homeschooling bagi kanak-kanak homeschooling. Bagi memenuhi objektif yang digariskan ini, kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian berikut: a) Apakah bentuk penggunaan aplikasi media sosial yang utama bagi pembelajaran kanak-kanak homeschooling pada masa depan? b) Apakah ciri-ciri animasi interaktif yang sesuai bagi pembelajaran homeschooling pada masa depan? SKOP DAN BATASAN Fokus kajian ini adalah pendidikan kanak-kanak homeschooling di Lembah Klang. Seramai 15 orang pakar telah dipilih secara purposive untuk menjadi panel pakar dalam kajian ini berdasarkan ketetapan pemilihan panel pakar fuzzy delphi antara 10-20 (Adler & Ziglio, 1996). Setiap pakar yang dipilih mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan homeschooling (Ibu bapa homeschooling dan NGO homeschooling), pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, pensyarah dari Media dan Animasi di Universiti Putra Malaysia dan pegawai bahagian media penyiaran. Prosedur Pengumpulan Data Bagi pembentukan instrumen kajian untuk analisis fuzzy delphi, satu instrumen soal selidik telah dibangunkan oleh penyelidik berdasarkan literatur kajian. Seterusnya soal selidik ini dijalankan kajian rintis menggunakan sampel kajian seramai 10 orang responden iaitu ibu bapa homeschooling, guru, pensyarah bidang teknologi pengajaran, pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit Pendidikan Alternatif/homeschooling). Instrumen kajian ini mempunyai nilai kesahan Cronbach Alpha 0.941. Seterusnya, proses pengumpulan data kajian fuzzy delphi dimulakan dengan langkah-langkah seperti berikut: 1. Menentukan jumlah pakar yang terlibat iaitu antara 10-20 responden (Adler & Ziglio, 1996). Kajian ini memilih untuk mendapatkan konsensus pakar seramai 15 orang. 2. Menentukan Skala Linguistik, berdasarkan kepada triangular fuzzy number. Dalam kajian, penyelidik telah memilih skala likert 7 point. 35

Bentuk Aplikasi Media Sosial bagi Pembelajaran Homeschooling JuKu SKALA LINGUTISTIK 7 POINT Sangat-Sangat Setuju 0.90 1.00 1.00 Sangat Setuju 0.70 0.90 1.00 Setuju 0.50 0.70 0.90 Sederhana Setuju 0.30 0.50 0.70 Tidak Setuju 0.10 0.30 0.50 Sangat Tidak Setuju 0.00 0.10 0.30 Sangat-Sangat Tidak Setuju 0.00 0.00 0.10 3. Segala data dijadualkan untuk mendapatkan nilai purata (m1, m2, m3) iaitu Nilai Minimum, Nilai Munasabah dan Nilai Maksimum. 4. Menentukan jarak antara nombor bagi menentukan nilai threshold dengan menggunakan rumus berikut: 5. Menentukan kesepakatan kumpulan. Peratusan kumpulan mesti melebihi 75%. 6. Menentukan agregat Fuzzy evaluation dengan cara menambah semua nombor fuzzy. 7. Proses Defuzzification. Proses ini bertujuan untuk menentukan kedudukan (rangking) bagi setiap pemboleh ubah/ sub-pemboleh ubah. Terdapat 3 rumus yang boleh diaplikasikan: A max = 1/3 * (a 1 + a m + a 2 ) ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN Setiap kajian mempunyai keperluan tertentu (Wei-Ming Wang & Chu-Chiao Chen, 2012). Justeru, kajian ini telah menetapkan untuk memilih item yang hanya dalam lingkungan skala linguistik iaitu setuju dan sangat setuju dari skala likert point 7. Analisis dapatan dilapor berdasarkan kedudukan tertinggi item bagi setiap konstruk seperti berikut: Bentuk penggunaan aplikasi media sosial bagi pembelajaran kanak-kanak homeschooling Maklum balas pakar terhadap bentuk penggunaan aplikasi media sosial yang utama bagi pembelajaran kanak-kanak homeschooling pada masa depan adalah berdasarkan kepada soalan kajian berikut: Apakah bentuk penggunaan media sosial yang utama bagi pembelajaran kanak-kanak homeschooling pada masa depan? Jadual 1:Bentuk Penggunaan Aplikasi Media Sosial bagi Pembelajaran Kanak-kanak Homeschooling pada Masa Depan Item Sub-Item Average Response Defuzzification Value Skor M1 M2 M3 1.1 Blog 0.54 0.73 0.88 0.72 5 1.2 Facebook 0.50 0.69 0.86 0.68 8 1.3 Instagram 0.50 0.70 0.87 0.69 7 1.4 Knowledge Portal 0.71 0.88 0.97 0.85 1 1.5 Tumblr 0.51 0.71 0.89 0.70 6 1.6 Twitter 0.55 0.74 0.89 0.73 4 1.7 Website 0.70 0.86 0.95 0.84 2 1.8 Youtube 0.65 0.82 0.93 0.80 3 Merujuk kepada jadual 1, nilai defuzzification bagi item 1 (sub-item 1.1 sehingga sub-item 1.8) adalah antara 0.68 hingga 0.85 iaitu melebihi 0.6 (nilai konsensus pakar yang diterima). Ini bermakna, semua pakar telah mencapai kesepakatan untuk sangat bersetuju dengan item 1 (sub Item 1.1-1.8) dalam soal selidik ini. Nilai ini menunjukkan 36

Ciri Animasi Interaktif bagi Pembelajaran Homeschooling JuKu bahawa pakar mencapai kesepakatan terhadap bentuk penggunaan media sosial yang sesuai dengan pembelajaran kanak-kanak homeschooling pada masa depan. Item bentuk penggunaan aplikasi media sosial bagi pembelajaran kanak-kanak homeschooling pada masa depan : Knowledge Portal mempunyai nilai skor defuzzyfication yang paling tinggi 0.85 dan bentuk penggunaan aplikasi media sosial: Facebook mempunyai nilai skor defuzzyfication yang terendah iaitu 0.69. Berdasarkan dapatan data analisis ini, kumpulan pakar menjangkakan bentuk penggunaan aplikasi animasi interaktif yang sesuai dibangunkan pada masa depan bagi kanak-kanak homeschooling adalah knowledge portal. Ini diikuti dengan laman web yang kaya dengan maklumat yang tepat dan spesifik untuk pembelajaran secara maya. Namun, pakar menjangkakan bahawa bentuk penggunaan aplikasi facebook sebagai medium pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling pada masa depan kurang mendapat perhatian khususnya bagi ibu bapa yang menekankan proses pembelajaran yang berkesan. Ciri-ciri animasi interaktif yang sesuai bagi pembelajaran homeschooling pada masa depan. Kedua, untuk maklum balas pakar terhadap ciri animasi yang sesuai dibangunkan untuk pembelajaran kanakkanak Orang Asli pada masa depan. Jadual 2: Ciri-ciri animasi interaktif yang sesuai bagi pembelajaran homeschooling pada masa depan Item Sub-Item Average Respon Defuzzification Value Skor M1 M2 M3 2.1 Animasi Interaktif Mengandungi Unsur amalan dan tradisi masyarakat: Adat resam dan pantang larang 0.52 0.70 0.84 0.69 6 Muzik, lagu dan tarian 0.78 0.93 0.98 0.90 1 Permainan Tradisional 0.70 0.87 0.96 0.84 4 Seni anyaman dan kraftangan tradisional 0.73 0.89 0.97 0.86 3 Nilai dan amalan tradisi 0.69 0.86 0.96 0.84 4 masyarakat Pakaian Tradisional 0.62 0.81 0.93 0.78 5 Bahasa ibunda 0.75 0.91 0.98 0.88 2 2.2 Latar Animasi Interaktif Berunsurkan: Urbanisasi 0.82 0.95 0.99 0.92 1 Kampung / luar bandar 0.79 0.93 0.98 0.90 2 Kehidupan alam semula jadi 0.75 0.91 0.97 0.88 3 (hutan) 2.3 Watak Animasi Interaktif yang sesuai: aktif 0.67 0.84 0.94 0.82 4 agresif 0.61 0.77 0.89 0.76 5 berkeyakinan dan berkebolehan 0.75 0.91 0.97 0.88 2 lucu dan suka berjenaka 0.75 0.90 0.97 0.87 3 berfikiran terbuka dan 0.78 0.92 0.97 0.89 1 berkepimpinan Berdasarkan jadual 2, Item 2.1 Ciri-ciri Animasi Interaktif, unsur dan amalan tradisi, kedudukan pertama dalam senarai keutamaan pakar berdasarkan kesepakatan persetujuan dengan nilai defuzzification 0.90 adalah subitem 2.1b [Muzik, Lagu dan tarian tradisional masyarakat]. Manakala sub-item 2.1a [Adat Resam & Pantang Larang] berada di kedudukan paling rendah dalam tahap kesepakatan persetujuan pakar dengan nilai defuzzification 0.69. Ini bermakna ciri utama dalam pembelajaran homeschooling melalui aplikasi animasi interaktif yang mengandungi unsur muzik, lagu dan tarian tradisional. Manakala, bagi item 2.2 ciri-ciri latar belakang Animasi Interaktif pula, kedudukan pertama dalam senarai keutamaan pakar berdasarkan kesepakatan persetujuan dengan nilai defuzzification 0.92 adalah sub-item 2.2a [Urbanisasi]. Manakala sub-item 2.1c [kehidupan alam semulajadi :hutan] berada di kedudukan paling rendah dalam tahap kesepakatan persetujuan pakar dengan nilai defuzzification 0.99. Ini bermakna ciri utama dalam pembelajaran homeschooling melalui aplikasi animasi interaktif perlu memberi keutamaan kepada latar belakang yang berundurkan 37

urbanisasi. Jalan cerita, pola serta watak yang dibangunkan dalam animasi interaktif perlu berlatarbelakangkan urbanisasi. Item 2.3 Watak animasi interaktif yang sesuai dibangunkan dalam media animasi pula, dalam kedudukan pertama senarai keutamaan pakar berdasarkan kesepakatan persetujuan dengan nilai defuzzification 0.89 adalah subitem 2.1e [berfikiran terbuka dan berkepimpinan]. Manakala sub-item 2.1b [watak agresif] berada di kedudukan paling rendah dalam tahap kesepakatan persetujuan pakar dengan nilai defuzzification 0.76. Hal ini menunjukkan bahawa ciri utama dalam pembelajaran homeschooling melalui aplikasi animasi interaktif perlu memaparkan watak yang berfikiran terbuka dan berkepimpinan berbanding watak yang ganas serta agresif. Secara ringkasnya, dapatan kajian ini menjawab persoalan kajian Apakah ciri-ciri animasi interaktif yang bersesuaian dengan pembelajaran kanak-kanak homeschooling pada masa depan. Dapatan data kajian menunjukkan kumpulan pakar mencapai kesepakatan bahawa ciri-ciri animasi interaktif bagi pembelajaran homeschooling pada masa depan yang perlu dibangunkan dan diperkembangkan adalah : Kandungan animasi yang memaparkan unsur dan amalan tradisi masyarakat seperti muzik, lagu dan tarian tradisional masyarakat; bahasa ibunda (Dialek mengikut negeri); seni anyaman dan kraf tangan; permainan tradisional; nilai dan amalan tradisi masyarakat; pakaian tradisional dan adat resam dan pantang larang mengikut kelompok masyarakat tertentu. Latar animasi berlatarkan masyarakat perlulah mempunyai unsur urbanisasi dan kampung di samping pengekalan alam semula jadi. Watak Animasi perlulah melambangkan jati diri serta perwatakan masyarakat timur yang kental dengan adap sopan dan berbahasa. Nilai murni yang wajar di tonjol dalam watak yang dibangunkan adalah berkepimpinan, berkeyakinan dan berkebolehan serta berfikiran terbuka. KESIMPULAN Animasi interaktif memenuhi aspirasi pendekatan pembelajaran Homeschooling yang mementingkan pembentukan nilai kerohanian, pencapaian akademik dan amalan pedagogi (Collom, 2005; Ebinezar, 2008; Norlidah Alias, Saedah Siraj, Mohd Nazri Abdul Rahman & Dorothy Dewiit, 2013). Atas kepentingan memelihara dan memulihara jati diri dan nilai budaya generasi masa kini, gaya pembelajaran homeschooling melalui animasi interaktif yang bercorak tempatan dilihat sebagai satu alternatif yang terbaik dalam mengetengahkan penggunaan teknologi sebagai medium pembelajaran kanak-kanak homeschooling. Pengekalan nilai tradisi masyarakat dapat direalisasikan melalui pendidikan alternatif homeschooling yang menggunapakai animasi interaktif tempatan sebagai medium pembelajaran dan pengajaran anak-anak pada masa depan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan pakar menjangkakan bentuk penggunaan aplikasi animasi interaktif dalam pembelajaran homeschooling yang bersesuaian dibangunkan adalah animasi interaktif yang mengandungi unsur tradisi dan amalan masyarakat yang disesuaikan dengan latar urbanisasi dan kehidupan masyarakat kampung. Secara ringkasnya penggunaan aplikasi animasi interaktif sebagai medium pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak homeschooling oleh ibu bapa dan guru atas alasan untuk: i. membentuk gaya pengajaran dan pembelajaran dengan cara tersendiri berasaskan teknologi ii. keinginan untuk mencapai keputusan akademik yang lebih baik iii. menyediakan suasana pembelajaran yang selamat berasaskan teknologi iv. meransangkan kreativiti anak dan mengasah bakat RUJUKAN Adi Haji Taha. (2006). Orang Asli: Khazanah Tersembunyi:The Hidden Treasure. Kuala Lumpur. Adler M, Ziglio E. (1996). Gazing into oracle: The Delphi method and its application to social policy and public health. London: Jessica Kingsley Publisher. Barratt-Peacock. J. (1997). The why and how of Australian home eucation. Unpublished PhD, La Trobe, Melbourne. (Published by Beverly Paine, Learning Books, Yankalilla, SA) 38

Ebinezar John A/L Y. Rajamony. (2008). The Malaysian experience in home schooling. PhD, Universiti Putra Malaysia, Kuala Lumpur. Ibrahim Bajunid. (2002). Changing mindsets: Lifelong learning for all. International Confrence on Lifelong Learning (13-15 May 2002) in Kuala Lumpur. Ismail Zain (2002), Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran, Kuala Lumpur: Sanon Printing Corporation Sdn Bhd Jackson, G. (2009). More than one way to learn : Home educated students transitions between home and school. Unpublished PhD, Monash University, Clayton. http://arrow.monash.edu.au/hdl/1959.1/83110 Malaysia, Ministry of Education. (2010). Quick facts: Malaysian educational statistics. Kuala Lumpur: Educational Policy Planning & Research Division, Ministry of Education Malaysia. Norlidah Alias, Saedah Siraj, Mohd Nazri Abdul Rahman, DeWitt, D. (2103). "Homeschooling in Malaysia:The Implications for Teacher Services", Malaysian Online Journal of Educational Management (MOJEM), 1(2) (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication) Moreno, R. (2007). Optimising learning from animations by minimising cognitive load: Cognitive and affective consequences of signalling and segmentation methods. Applied Cognitive Psychology, 21(6), 765-781 Nurul Farhana binti Jumaat (2010). Laporan Projek Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan), Teknologi Malaysia Universiti Jabatan Muzium Negara. (2010). Katalog pameran magis belantara herba Orang Asli. Johnson, M. (1992). Research on traditional environmental knowledge: its development and its role, in M. Johnson (Editor). Lore:Capturing Traditional Enviromental Knowledge. NorthwestTerritories, Canada: Dene Cultural Institute. Jones H, Twiss B.L (1978). Forecasting technology for planning decisions. New York: Macmillan. Rozinah Jamaludin, (2005). Multimedia dalam pendidikan. Utusan Publications Ruslina, Rohani, Norlidah & Saedah. (2012). Research and Trends in The Field of Homeschooling from 2000 to 2012: A content Analysis of Homeschooling Research in Selected Journals, Paper presented at 1st International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE2012), Organised by State University Of Jakarta, University Malaya and Universiti of Technology Malaysia,, 21-23 May : Jakarta Indonesia Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computer & Education,34, 177-193. Dimuat turun pada Jan 15, 2006, daripada http://www.eee.bham.ac.uk/sharplem/papers/handler%20comped.pdf. Sillitoe Paul; Alan Bicker; Johan Pottier William Balée(2002). Participating in Development: Approaches to Indigenous Knowledge. Journal of Anthropological ResearchVol. 59, No. 4 (Winter, 2003), pp. 557-559 Snively, G. (2000). Discovering Indigenous Science : Implications for Science Education, 6 34. Snively, G. dan Corsiglia, J. (2001). Discovering indigenous science: Implications for science education. Science Education, 85(1), hh. 6 34. Sobrevila, Claudia,. ( 2008). The role of Indigenous Peoples in Biodiversity Conservation: The Natural, Forgotten Partners, The World Bank. but Often Universal Declaration Of Human Rights (1948). United Nations. Dimuat turun daripada http://www.un.org/en/documents/udhr/index.shtml Wu, H. C., Yeh, T. K., & Chang, C. Y. (2010). The design of an animation based test system in the area of Earth sciences. British Journal of Educational Technology, 41(3), E53-E57 39

Zurita, G. & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported by a wireless handheld network. Journal of Computer Assisted Learning 20 (4), 235 243. 40