PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Faculty Of Information and Communication Technology

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

Transcription:

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK Mohd Fadli Bin Ahdon Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia, Universiti Sains Malaysia. fadli187@yahoo.com ABSTRAK M-Learning (mobile learning) membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa had lokasi dan masa sejajar ke arah pembelajaran kendiri di kalangan pelajar politeknik. Justeru itu kajian tindakan telah dilaksanakan ke atas 80 orang pelajar semester 3 Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang mengambil kursus FP301 Object Oriented Programming (OOP) bagi melihat sejauh manakah minat, sikap serta motivasi pelajar terhadap penggunaan m-learning untuk mempelajari pengatucaraan Java dengan menggunakan aplikasi JAMOL (Java Mobile Learning). Ujian Pra dan Pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden sebelum dan selepas kaedah ini dijalankan. Setelah kedua-dua ujian ini dijalankan, dapatan menunjukkan peningkatan markah sebanyak 28.4% dari 55.60% dalam ujian pra ke 84% dalam ujian post. Selain daripada menjalankan ujian pra dan pasca, pengkaji juga telah menyediakan instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi 4 konstruk Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) untuk menguji tahap motivasi pelajar semasa menggunakan aplikasi JAMOL. Dapatan menunjukkan 40 respon telah diterima dengan 53.68% daripada respon memilih skala setuju dan 31.27% lagi memilih skala sangat setuju terhadap keberkesanan penggunaan JAMOL. Hanya 1.6% menyatakan sangat tidak setuju dan 13.45% menyatakan tidak setuju. Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah m-learning dapat menjadi satu alternatif baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus Java. Kata kunci: mobile learning, bahasa pengaturcaraan JAVA --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar. Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) kini melampaui ruang fizikal bilik kuliah dan lebih bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Ini mendorong penyelidik untuk menerokai potensi teknologi dan peralatan mudah alih untuk menyokong proses P&P tanpa had ruang dan sempadan (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, dan Yang, 2003). Kajian terdahulu menunjukkan teknologi mudah alih dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Zurita & Nussbaum, 2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-negara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih murah berbanding komputer riba. Selain itu juga, hasil kajian lepas menunjukkan penggunaan peralatan mudah alih dalam 466

pengajaran dan pembelajaran meningkatkan prestasi serta merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran seperti sains dan matematik (Metcalf et al., 2008). M-Learning membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa terhad dengan lokasi dan masa (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2005). Perkembangan teknologi mudah alih pada masa kini menjadikan proses pembelajaran tidak terhad dalam tembok fizikal bilik darjah tetapi bergerak keluar ke persekitaran pembelajaran pelajar dan bentuk pembelajaran menjadi lebih bersituasi, personal, berkerjasama dan sepanjang hayat (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Penggunaan peralatan mudah alih dalam m-learning membantu dalam meningkatkan motivasi pelajar, meningkatkan kemahiran mengorganisasi, menggalakkan perasaan tanggungjawab, mengggalakkan pembelajaran secara kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan cekap (Savill-Smith & Kent, 2003). Menurut Kukulska-Hulme dan Traxler (2005), m-learning merupakan suatu konsep yang menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Ini merujuk kepada proses pembelajaran yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata. Sebagai seseorang pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya di Politeknik Malyasia, telefon mudah alih, komputer riba, palm talk mahupun i-pod merupakan gadget yang mampu dimiliki. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk merubah bentuk kaedah pembelajaran dengan mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2007). Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji potensi medium pembelajaran mudah alih dan bebas platform (platform independent) dengan menggunakan J2ME dan Android untuk kursus Object Oriented Programming di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Politeknik Malaysia. Untuk mengkaji potensi medium pembelajaran ini, aplikasi yang berkonsepkan bebas platform ini J2ME Midlets dan Android digunakan sebagai teras utama pembangunan aplikasi. Aplikasi yang diberi nama JAMOL (Java Mobile Learning) ini terdiri daripada dua modul, bahan-bahan pembelajaran dan kuiz. JAMOL boleh digunakan untuk semua pelajar yang mempelajari bahasa Java terutamanya untuk FP301: Object Oriented Programming (OOP). Peranti yang diperlukan untuk menggunakan JAMOL adalah seperti telefon bimbit yang menyokong aplikasi Java dan Android, Personal Digital Assistant (PDA) atau komputer riba yang mempunyai simulator J2ME atau Android. 2. Kaedah Penyelidikan Untuk melihat keberkesanan penggunaan JAMOL, satu kajian tindakan telah dilaksanakan terhadap Pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) semester 3 bagi kelas DIP3A berjumlah 80 orang di Jabatan Teknologi Maklumat dan Kommunikasi di Politeknik Sultan Idris Shah yang mengikuti kursus OOP. Dalam pelaksanaan kajian ini, beberapa kaedah digunakan untuk pengumpulan data iaitu pemerhatian, ujian pra dan pasca, soal selidik serta temubual bersemuka dengan kumpulan 467

sasaran. Pemerhatian terhadap tingkah laku dan tindak balas pelajar telah dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus OOP. Adalah didapati pelajar menunjukkan tindakbalas yang minima dan minat yang kurang ketika sesi soal jawab dilaksanakan. Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran 1 yang terdiri daripada 40 orang pelajar untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka mengenai topik Kelas dan Objek di dalam kursus OOP melalui pembelajaran kendiri menggunakan nota kuliah dan latihan amali makmal. Selepas pelajar menjawab soalan ujian pra, markah mereka direkodkan dan kertas jawapan pelajar tidak dipulangkan. Seterusnya, para pelajar di kumpulan sasaran 2 yang terdiri daripada 40 orang pelajar lagi didedahkan pula dengan kaedah pembelajaran m-learning dengan menggunakan telefon bimbit untuk melayari JAMOL. Pelajar kemudiannya diberikan ujian pasca dengan set soalan yang sama untuk menguji kefahaman dan ingatan mereka mengenai topik-topik yang diajar. Daripada keputusan, pensyarah dapat menilai keberkesanan penggunaan JAMOL di dalam proses P&P. Borang soal selidik turut disediakan dan diedarkan kepada pelajar dalam kumpulan sasaran 2 untuk mendapatkan maklumbalas pelajar berkenaan pembelajaran mereka dalam kursus OOP selepas JAMOL digunakan. Untuk tujuan ini, instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi 4 konstruk Ujian Ukuran Skala Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) digunakan. Kaedah temubual bersemuka dilakukan selepas soal selidik dijalankan dan ia juga bertujuan untuk mengesahkan maklum balas berkaitan pengajaran pensyarah menggunakan JAMOL dalam pengajaran dan pembelajaran. Temubual ini hanya dilaksanakan ke atas beberapa pelajar dari kumpulan sasaran yang dipilih secara rawak. Selain itu, temubual bersemuka juga dilakukan kepada rakan pensyarah yang mempunyai mahupun yang tidak mempunyai latar belakang di dalam pengaturcaraan JAVA untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai penggunaan JAMOL sebagai medium pengajaran. 3. Dapatan Kajian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran mendapati pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh pensyarah ketika proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Selain itu suasana pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih aktif dan memberangsangkan. Perbandingan bilangan pelajar mengikut markah di dalam Ujian Pra dan Pasca adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1 di bawah. 468

Jadual 1: Analisis Markah Ujian Pra dan Pasca Kursus OOP. Bilangan Pelajar Markah Pra Pasca 10 1 11 9 1 3 8 2 10 7 10 6 6 12 5 5 7 0 < 5 7 5 Jumlah Pelajar 40 40 Daripada 40 sampel yang mengambil kedua-dua ujian, hasilnya pengurangan sebanyak 7.5% terhadap bilangan pelajar yang mendapat markah di bawah 5 berjaya dilakukan pada ujian. Bilangan pelajar yang mendapat markah penuh di dalam Ujian Pasca juga meningkat daripada seorang ketika Ujian Pra kepada 11 orang. Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1, hanya terdapat 5 orang pelajar sahaja yang mendapat markah 5 dan ke bawah di dalam Ujian Pasca. Hasil dapatan untuk soal selidik yang telah dijawab oleh semua responden daripada kumpulan sasaran pula boleh dilihat dalam analisis soal selidik seperti dalam Jadual 2 di bawah: Jadual 2 : Meninjau Persepsi Responden Terhadap JAMOL di dalam Proses P&P bagi Kursus OOP Skala 1 2 3 4 Likert Sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju SKALA 1 2 3 4 1 OOP merupakan subjek yang mudah untuk dipelajari 1 20 10 7 2 Java merupakan satu subjek yang mudah dikuasai walaupun tanpa penggunaan JAMOL 3 Saya lebih suka melakukan pembelajaran kendiri tanpa menggunakan JAMOL 5 22 10 1 0 20 10 2 4 Saya mendapati antaramuka JAMOL menarik dan mudah digunakan 1 1 3 10 5 Saya mudah memahami konsep dalam OOP selepas menggunakan JAMOL 2 5 7 15 6 Saya rasa lebih seronok belajar OOP selepas menggunakan JAMOL 0 5 10 20 7 Saya akan menggunakan JAMOL untuk subjek lain sekiranya diberi peluang 1 5 5 15 8 Saya mengsyorkan penggunaan JAMOL dalam kursus OOP 2 2 11 12 9 Penggunaan JAMOL dapat membantu meningkatkan minat saya 0 0 10 20 terhadap OOP 469

Selain itu, berdasarkan temubual yang dilakukan kepada 10 orang responden, 80% mengakui bahawa penggunaan JAMOL membantu menarik minat mereka untuk mempelajari pengaturcaraan JAVA dalam kursus OOP. Seramai 7 orang responden bersetuju bahawa penggunaan JAMOL membantu meningkatkan kefahaman mereka mengenai JAVA. Namun, 50% responden berpendapat bahawa pengaturcaraan JAVA bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipelajari tanpa melihat penggunaannya secara real-life. Antara contoh komen yang telah diberikan oleh pensyarah kursus lain: Satu pendekatan menarik dalam sistem pembelajaran elektronik untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Para pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep yang diajar kerana alat bantu mengajar dapat meningkatkan kefahaman tentang pengaturcaraan yang diajar. 4. Penerangan APLIKASI JAMOL Aplikasi JAMOL ini telah mula dibangunkan pada akhir semester Disember 2013 yang lepas dan telah melalui peringkat percubaan selama seminggu dalam cuti semester. Selepas mendapatkan maklumbalas daripada responden yang terbabit, JAMOL mula dilaksanakan sepenuhnya pada semester ini, semester Jun 2014 untuk digunapakai oleh para pelajar JTMK, PSIS. Untuk membolehkan pelajar menggunakan JAMOL, sistem ini telah diletakkan di dalam pelayan (server) jabatan dan para pelajar perlu mengaksesnya untuk memuat turun fail JAR Java untuk dimasukkan di dalam telofon bimbit masing-masing menggunakan kabel atau bluetooth. Berikut adalah antara contoh paparan antaramuka utama JAMOL seperti dalam Rajah 1. 470

5. Perbincangan Rajah 1: Contoh Paparan Antaramuka JAMOL Hasil dapatan daripada kajian Attewell (2005) digunakan dalam merumuskan signifikan projek JAMOL ini dengan mencadangkan bahawa penggunaan m-learning mungkin dapat memberi kesan yang positif kepada beberapa bidang: i. M-Learning membantu pelajar meningkatkan kemahiran literasi dan numerik untuk mengenalpasti keupayaan sebenar mereka ii. M-Learning boleh digunakan untuk menggalakkan kedua-dua pengalaman pembelajaran bebas dan pengalaman pembelajaran perkongsian (collaborative learning) iii. M-Learning dapat membantu pelajar mengenalpasti perkara-perkara yang memerlukan bantuan dan sokongan iv. M-Learning dapat membantu dalam memperjuangkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta dapat membantu mengurangkan jurang di antara literasi telefon mudah alih dengan literasi teknologi maklumat v. M-Learning membantu pelajar menolak beberapa formaliti daripada pengalaman pembelajaran vi. M-Learning membantu pelajar dalam mengekalkan fokus pembelajaran untuk jangka masa yang lebih panjang vii. M-Learning membantu meningkatkan self-esteem viii. M-Learning membantu meningkatkan keyakinan diri (Attewell, 2005) Kesan-kesan positif ini jika dapat diterapkan di dalam suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia khususnya di politeknik semestinya dapat meningkatkan prestasi seseorang pelajar dalam semua aspek yang ingin dicapai. Selain itu, mereka juga dapat melihat dan menggunakan teknologi mudah alih ini dengan perspektif yang lebih luas. 6. Kesimpulan Pendidikan berteraskan m-learning yang digunakan dalam JAMOL sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Paradigma berhubung teknologi ini perlulah diubah supaya ianya dapat direalisasikan. Kemudahan kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih ini perlulah diuji secara kolektif untuk memastikan pelajar kita khususnya di politeknik dapat merasai keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu. Pendedahan yang terhad kepada teknologi mudah alih perlulah diatasi dengan mengadakan kelas khusus berkenaan teknologi ini. Selain itu, faedah-faedah yang dapat diperolehi dengan penggunaan m-learning dalam JAMOL boleh dijadikan motivasi dalam menjayakan kaedah pengajaran terbaru ini. Kesannya kepada masa depan pelajar adalah terbukti melalui penyelidikan yang dijalankan dan itulah kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran m-learning. Akhirnya, kajian yang meluas 471

boleh diadakan khususnya dalam mengatasi masalah yang telah dikenalpasti serta menambah baik peluang sedia ada bagi memantapkan lagi JAMOL. Penghargaan Jutaan penghargaan ditujukan kepada Politeknik Sultan Idris Shah yang memberi peluang untuk kajian ini dijalankan. Setinggi penghargaan turut dirakamkan kepada tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia yang terbabit di atas segala bimbingan dan bantuan yang diberikan selama penyelidikan ini dijalankan. Penghargaan tidak terhingga juga kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan dan dorongan dari segala aspek dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan khususnya pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat, PSIS serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Rujukan Attewell, J. (2005). Mobile Technologies and Learning: A technology update and m-learning project summary. Learning and Skills Development Agency. London. Baker, A., Krull, G., & Mallinson, B. (2005). A proposed theoretical model for m-learning adoption in developing countries. Kertas Kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town, South Africa. Freitas, S. de., & Levene, M. (2003). Evaluating the development of wearable devices,personal data assistants and the use of other mobile devices in further and higher education institutions. JISC Technology and Standards Watch Report: Wearable Technology. Green, M. (2001). The wireless revolution: Latrobe Junior High Project. National Education Association. Kukukska-Hulme, A., & Traxler, J. (2005). Mobile learning: a handbook for educators and trainers. London, UK: Routledge. Liu, T. C., Wang, H. Y., Liang, J. K., Chan, T. W., Ko, H. W., & Yang, J. C. (2003).Wireless and mobile technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 371-382. Metcalf, D., Milrad, M., Cheek, D., Raasch, S. & Hamilton, A. (2008). My Sports Pulse: Increasing Student Interest in STEM Disciplines through Sports Themes, Games and Mobile Technologies, Proceedings of WMUTE 08, IEE, Computer Society, 23-30. Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004). NESTA Futurelab Report 11: Literature review in mobile technologies and learning. Bristol, UK: NESTA Futurelab. 472

Saedah Siraj (2005). Pembelajaran Mobile dalam kurikulum masa depan. Jurnal Pendidikan, Journal on Isues of Education, 27, 115-126. Saedah Siraj (2005). M-Learning dalam pembangunan sekolah berteknologi di Malaysia: prospek pelaksanaan. Seminar Kebangsaan JPPG. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Savill-Smith, C., & Kent, P. (2003). The use of palmtop computers for learning: a review of the literature. London, UK: Learning and Skill Development Agency. Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computer & Education, 34, 177-193. Sharples, M., D. Corlett, and O. Westmancott (2002), The design and implementation of a mobile learning resource. Personal and Ubiquitous Computing, 2002. 6(3): p. 234. Sharples, M. (2006). Forward. Dalam M. Sharples (Eds.), Big issues in mobile learning (ms.4-5). The University of Nottingham, UK: LSRI. Sharples, M. (2007). Big Issues in Mobile Learning. Report of a workshop by Kaleidoscope Network of Excellence Mobile Learning Initiative. Nottingham: The University of Nottingham. Triantafillou, E., Georgiadou, E., Economides A. A. (2006). The design and evaluation of a computeriaed adaptive test on mobile devices. Science Direct (pp. 1319-1330). Elservier. Wood, K. (2003). Introduction to mobile learning (m-learning). Retrieved on February 20, 2012 from http://ferl.becta.org.uk/display.cfm?page=65&catid=192&resid=5194 Zurita, G. & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported by a wireless handheld network. Journal of Computer Assisted Learning 20(4), 235 243. 473