Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

Similar documents
KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Azizi Umar & Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Kajian Ke atas Pelaksanaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Pembasmian Kemiskinan Bandar ke arah Bandar Inklusif dan. Sejahtera: Cabaran Kuala Lumpur

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Method. descriptive form in conducting the research since the data of this research

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Transcription:

Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) 29 Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu Comparison of Chinese Education and Indian Education British Era in Malaya Khairi Ariffin, Mohd Kamal Kamaruddin & Adnan Jusoh Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris email : khairi.ariffin@fsk.upsi.edu.my Abstrak Pendidikan Cina dan Pendidikan India secara beransur-ansur berkembang pada zaman kolonial British di Tanah Melayu seiring dengan berlakunya perkembangan ekonomi. Pertambahan bilangan penduduk Cina dan India di Tanah Melayu menyebabkan aspek pendidikan untuk anak masyarakat Cina dan India sebagai satu keperluan selaras dengan apa yang berlaku di negara asal mereka masing-masing. Kajian penulisan ini dilakukan dengan merujuk dan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Dasar kolonial British terhadap pendidikan Cina dan India adalah tidak seimbang dan pihak kolonial British memberi layanan lebih baik bagi pendidikan India berbanding dengan pendidikan Cina. Pendidikan India berkembang di estet dengan pihak majikan telah diminta oleh kerajaan kolonial British menyediakan kemudahan pendidikan bagi masyarakat India yang tinggal di estet berkenaan. Pendidikan Cina pula berkembang di petempatan masyarakat Cina di bandar, namun pihak kolonial British tidak memberi bantuan dan menyediakan kemudahan pendidikan, sebaliknya pendidikan sekolah Cina dibiayai komuniti mereka sendiri. Secara keseluruhannya, Pendidikan Cina dan pendidikan India tidak mendapat bantuan dan layanan yang sama daripada pihak kolonial British ini berterusan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kata Kunci Pendidikan Cina, Pendidikan India, Kolonial, komuniti, kemerdekaan Abstract Chinese Education and Indian Education gradually evolved in colonial British in Malaya, along with the occurrence of economic development. The increase in the number of Chinese and Indians in Malaya resulted aspects of education for the children of Chinese and Indian communities as a necessity in line with what is happening in their home country, respectively. Review writing is done by reference and using the resources available department of the National Archives and the Library of the Institute of Higher Education Malaysia. British colonial policy on Chinese education

30 Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) and Indian education is not balanced and the British colonial provide better service for Indian education compared to Chinese education. Indian education is growing in estates with the employers have been asked by the British colonial government to provide educational facilities for the Indian community living in the estates concerned. Chinese education is growing in Chinese settlements in the cities, but the British colonial did not help and provide access to education, but education of Chinese funded by communities. Overall, Chinese education and Indian education does not get help and the same treatment from the British colonial continued until the Malaya independence. Keywords Chinese Education, Education India, Colonial, community, independence Pengenalan Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu mendapat galakkan daripada pihak British yang mahukan hasil kekayaan yang bersumberkan bahan galian dan pertanian yang banyak didapati di Tanah Melayu. Kolonial British mahu memiliki hasil dan kekayaan dengan menjadikan orang Cina dan India sebagai buruh dan pengusaha yang terlibat dalam proses pengeluaran. Kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah dari bahagian tenggara negeri China iaitu dari wilayah-wilayah seperti Kwantung, Kwangsi, Fukien dan Pulau Hainan. Kebanyakan orang Cina dari kawasan ini bersedia dan berminat untuk berhijrah bagi mendapat kehidupan yang lebih baik dari tanah asal mereka. Keadaan kemasukan orang Cina menjadi semakin mudah apabila dasar imigresen British yang menggalakkan serta Tanah Melayu dikatakan dapat menyediakan peluang-peluang perniagaan dan perlombongan sehinggalah berlaku kemerosotan pada tahun 1930-an dan ini menyebabkan pihak kerajaan kolonial British mengambil tindakan menyekat dan menguatkuasakan sekatan kemasukan mereka ke Tanah Melayu. Kemasukan orang Cina bermula sejak pertengahan abad kesembilan belas sehingga permulaan Perang Dunia Kedua menjadikan Tanah Melayu dikandungi pola penduduk yang lebih besar. Adalah dianggarkan orang Cina memasuki Tanah Melayu semenjak abad kesembilan belas, seramai lima juta orang dan meningkat kepada angka dua belas juta antara tahun 1900 hingga 1940. Walaupun sebahagian besar orang Cina kembali semula ke tanah asal mereka, namun sebahagian lagi masih mahu tinggal dan bercadang untuk menetap sahaja di Tanah Melayu. Pada tahun 1871, di Negeri-negeri Selat sahaja terdapat orang Cina seramai 104, 615 orang dan menjadi 2,418,615 orang atau 44% bagi jumlah penduduk Tanah Melayu pada tahun 1941. Lihat jadual 1.0: Jadual 1.0 Bilangan Penduduk Cina di Tanah Melayu dari Tahun 1871 1941. Tahun Jumlah Penduduk Tanah Melayu Bilangan Orang Cina Peratusan Orang Cina % 1871 308,097 104,615 34 1891 910,123 391,418 43 1901 1,227,195 583,396 48 1911 2,644,489 914,143 35 1921 3,338,545 1,170,551 36 1931 4,345,503 1,703,528 39 1941 5,545,173 2,418,615 44

Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) 31 *Jumlah Penduduk Tahun 1871 Merujuk Penduduk di Negeri-Negeri Selat Sahaja. Bagi Tahun 1891-1941 adalah Merujuk bilangan Penduduk di Negeri-Negeri Selat & Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sumber : Oii Jin Bee, 1963, Land, People and Economy in Malaya, London, Longman Green & Co, hlm. 113 Jadual 1.0 menunjukkan dalam tempoh selama 20 tahun, bancian bilangan penduduk Cina bagi kawasan di negeri-negeri Selat bertambah dari 104,651 orang pada tahun 1871 kepada 391,418 orang pada tahun 1891. Ini menunjukkan pertambahan melebihi dua kali ganda dan pertambahan ini berterusan bagi tempoh setiap sepuluh tahun iaitu pada tahun 1901 bilangan penduduk cina adalah seramai 583,396 orang bersamaan dengan peningkatan sebanyak 48%. Bagi tahun 1911, bilangan penduduk Cina terus meningkat sebanyak 914,143 orang bersamaan dengan 35% dan manakala pada tahun 1921 bilangan penduduk Cina adalah sebanyak 1,170,551 orang bersamaan dengan 36%. Didapati bagi tempoh 20 tahun ini, pertambahan bilangan penduduk Cina di Negeri-negeri Selat masih berlaku tetapi tidaklah menunjukkan jumlah pertambahan yang begitu besar sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, pada tahun 1931 jumlah pertambahan penduduk Cina menjadi bertambah besar iaitu sebanyak 1,703,528 orang bersamaan 30% dan bilangan ini berterusan bertambah besar pada tahun 1941 dengan pertambahan bilangan penduduk Cina seramai 2,418,615 orang atau bersamaan 44%. Pertambahan bilangan penduduk Cina ini jelas menunjukkan bahawa terdapat juga keperluan yang besar dalam kalangan anak-anak masyarakat Cina terhadap pendidikan Cina pada masa itu. Manakala kemasukan orang India ke Tanah Melayu adalah tujuan asalnya untuk memenuhi keperluan tenaga buruh di sektor perladangan getah di samping untuk memenuhi guna tenaga kerja dalam pembinaan jalanraya dan jalan keretapi. Kebanyakan buruh yang datang ke Tanah Melayu adalah orang Tamil dari Madras, diikuti oleh orang India dari kawasan utara yang mempunyai kedudukan ekonomi yang baik atau kelas tinggi seperti golongan ikhtisas, saudagar, kontraktor kecil, golongan ceti, pekedai, dan penjaja. Lihat jadual 1.1 Jadual 1.1 Bilangan Penduduk India di Tanah Melayu dari Tahun 1871-1941 Tahun Jumlah Penduduk Tanah Melayu Bilangan Orang India Peratusan Orang India % 1871 308,097 33,390 11 1891 910,123 74,081 08 1901 1,227,195 115,536 09 1911 2,644,489 267,159 10 1921 3,338,545 471,536 15 1931 4,345,503 621,774 14 1941 5,545,173 767,693 14 Jumlah Penduduk Tahun 1871 Merujuk Penduduk di Negeri-negeri Selat Sahaja. Bagi Tahun 1891 1941 adalah Merujuk bilangan Penduduk di Negeri-Negeri Selat & Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sumber : Oii Jin Bee, 1963, Land, People and Economy in Malaya, London, Longman Green & Co, hlm. 116-117. Jadual 1.1 menunjukkan bahawa bagi tempoh 20 tahun, bancian penduduk masyarakat India di Negeri-negeri Selat bertambah dari 33,390 orang pada tahun 1871 kepada 74.081 orang pada tahun 1891. Peningkatan pertambahan bilangan penduduk

32 Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) India di Negeri-negeri Selat ini juga adalah melebihi sekali ganda, manakala pada tahun 1901 jumlah penduduk India adalah seramai 115,536 orang bersamaan 9% dan berterusan meningkat pada tahun 1911 iaitu sebanyak 267,159 orang bersamaan 10%. Bagi tahun 1921 jumlah penduduk India mencapai angka sebanyak 471,536 orang bersamaan 15%. Manakala pada tahun 1931 jumlah penduduk India berkenaan bertambah sebanyak 621,774 orang bersamaan 14% dan bilangan penduduk India sehingga tahun 1941 masih bertambah, tetapi dengan jumlah peningkatan yang tidak begitu besar jumlahnya iaitu 767,693 orang bersamaan 14% juga. Seiring dengan pertambahan bilangan penduduk India, maka peluang pendidikan untuk anak-anak masyarakat India juga amat diperlukan pada masa itu. Dengan bersumberkan maklumat tentang kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu ini, ia jelas mempengaruhi bilangan penduduk di Tanah Melayu dan pada suatu tahap bilangan orang Cina dikatakan melebihi jumlah orang Melayu seperti yang ditunjukkan jadual 1.2. Dalam jadual 1.2 di bawah menunjukkan pada tahun 1941, jumlah penduduk Melayu adalah seramai 2,248,579 orang, penduduk Cina pula adalah seramai 2,418,615 orang dan penduduk India pula adalah seramai 767,693 orang berbanding dengan bangsa Eropah sebanyak 30,251 orang manakala penduduk Nasrani dan lain-lain pula adalah sebanyak 80,035 orang. Dari jumlah penduduk pada tahun 1941 seramai 5,545,173 orang adalah didapati bilangan penduduk Cina melebihi orang Melayu iaitu pada jumlah 2,418,615 juta orang sedangkan penduduk Melayu adalah 2,248,579 orang sahaja. Jadual 1.2 Bilangan dan Komposisi Penduduk Tanah Melayu Tahun 1941 Bangsa Bilangan Penduduk Jumlah Peratusan (%) Melayu 2,248,579 40.5 Cina 2,418,615 44 India 767,693 14 Eropah 30,251 00.5 Nasrani & Lain 80,035 1 Jumlah 5,545,173 100.0 Sumber: Oii Jin Bee, 1963, Land, People and Economy in Malaya, London, Longman Green & Co,hlm. 121 Pendidikan Cina dan Pendidikan India Kewujudan masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu pada masa itu telah membangkitkan persoalan secara tidak langsung tentang dasar dan sikap pihak kolonial British terhadap pendidikan Melayu, Cina dan India. Pihak kolonial British hanya mementingkan keamanan dan kekayaan bumi Tanah Melayu untuk dibawa pulang ke England. Daripada apa yang telah dilaksanakan oleh pihak kolonial British di Tanah Melayu untuk pendidikan Melayu lebih bersifat melepaskan batuk ditangga sahaja kerana semenjak pengenalan pendidikan sekular ke atas orang Melayu, tiada apa-apa yang dikatakan amat bermakna kepada orang Melayu dan pendidikan Melayu khususnya, cuma golongan elit dan bangsawan Melayu sahaja sahaja yang menerima sedikit faedah itupun disebabkan pihak kolonial British ingin menjaga hati dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Orang Melayu dengan Pendidikan Melayu terbenam di kampung-kampung atau di kawasan luar bandar (Tan Liok Ee, 1997:18).

Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) 33 Bagi orang Cina dan India di Tanah Melayu, mereka dilihat oleh kolonial British sebagai bangsa pendatang dan bahasa pengantar mereka bukanlah bahasa Melayu. Sehubungan itu, pihak kolonial British merasakan bukanlah menjadi tanggungjawab atau keperluan bagi pihak mereka untuk memikir, menyedia dan memberikan pelajaran atau pendidikan kepada anak orang Cina dan India yang tinggal di Tanah Melayu pada masa itu. Pada tahun 1901 dengan jelas Residen Jeneral menyatakan bahawa bukanlah suatu dasar yang baik bagi kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anakanak penduduk sementara yang asing (Cina) dalam bahasa ibunda mereka. Orang cina di Tanah Melayu begitu memberi perhatian kepada perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka; The enthuasiasm for education which is no characteristic of post-revolutionary China has been found an echo among Chinese of Peninsula Since 1911, howeer, the Chinese have founded many schools to give their children a modern education in their own tongue. Some few free schools maintained by the sponsored of individual; others run by District Societies. (Report in The Federated Malay Stateds, 1901 & Penyata Tahunan Residen-Jeneral, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1901) Pihak kolonial British sebaliknya membuka peluang kepada orang asing di Tanah Melayu agar mereka mendapatkan peluang pelajaran dari semua sekolah bantuan kerajaan dan negeri untuk anak mereka. Bagi pihak kolonial British, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan pihak kolonial British mengambil langkah sedemikian kerana bagi mereka sama ada orang Cina atau orang India, mereka terutamanya orang Cina mempunyai banyak bahasa daerah dan juga orang India walaupun tidak sebanyak orang Cina. Namun penggunaan bahasa ibunda masing-masing akan menimbulkan kesukaran bagi pentadbiran British di Tanah Melayu dan jika dibiarkan pertambahan terhadap bilangan sekolah jenis ini mungkin akan bertambah banyak bilangannya pada masa akan datang. Sekolah jenis ini akan menyekat berbagai-bagai bangsa yang ada di Tanah Melayu untuk mempunyai atau menjalinkan hubungan dagangan atau perniagaan dan secara langsung menghalang bangsa asing ini daripada mempelajari bahasa penduduk asal negeri ini. Ini juga akan menimbulkan perasaan untuk mengasingkan diri mereka dengan penduduk asal Tanah Melayu serta menimbulkan anggapan bahawa negeri China dan India masih sebagai tanah air mereka dan taat setia mereka bukan terhadap Tanah Melayu (Board of Education, 1905:11). Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan terhadap dasar pihak kolonial British terhadap pendidikan orang bukan Melayu terutama setelah kemasukan orang India di Tanah Melayu. Persidangan Residen-Residen British telah membuat kesimpulan baru bahawa iaitu seharusnya kemudahan disediakan bagi kanak-kanak orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu sebagai membantu mereka memperoleh pengetahuan tentang bahasa ibunda mereka. Di samping itu bertujuan memberi tanggapan kepada para penghijrah India yang datang agar menerima Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai sebahagian dari negara India sebagaimana mereka menganggap Ceylon (Sri Lanka) sebagai sebahagian dari India (Report on The Federated Malay States, 1902: 35 & Penyata Tahunan Residen British, Perak.).

34 Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) Dasar British yang agak berbeza terhadap orang India mungkin disebabkan kolonial British sedar tentang orang India juga di bawah naungan pentadbirannya serta ibu bapa orang India yang datang berhijrah ke Tanah Melayu juga adalah dalam kalangan mereka yang terdiri daripada individu atau orang yang berjaya dalam bidang pendidikan. Sejarah awal sekolah untuk orang India (pengantar bahasa Tamil) bermula pada tahun 1816 apabila terdapat sekolah berpengantar bahasa Tamil diwujudkan sebagai cawangan bagi Penang Free School. Pada tahun 1850 muncul sebuah sekolah Anglo-Tamil (mengajar bahasa Inggeris dan bahasa Tamil) yang didirikan di Melaka dengan mendapat bantuan kerajaan kolonial British. Seiring dengan kemajuan ladang getah, gula, kopi, dan ladang kelapa pada tahun 1870-an, sekolah-sekolah kecil di ladang-ladang berkenaan iaitu di Province Wellesley, Melaka dan Johor Utara merebak ke seluruh bahagian Tanah Melayu apabila ianya diperlukan oleh masyarakat India (Persekutuan Tanah Melayu, Annual report on Education for. 1954:27). Sebahagian besar sekolah-sekolah ini adalah didirikan atas usaha persendirian kerana pihak kerajaan kolonial masih menganggap penglibatan mereka sepenuhnya kurang diperlukan terutama bagi kaum pendatang ini. Pada tahun 1912, Undang- Undang Perburuhan dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu bagi sesebuah ladang yang mempunyai kanak-kanak berumur tujuh hingga empat belas tahun dengan bilangan kanak-kanak tidak kurang daripada sepuluh orang adalah menjadi tanggungjawab pihak majikan menyediakan dan mengadakan sekolah untuk kakitangannya. Ini juga dijelaskan dengan penyataan: The responsibibility of providing an education to the Indian children of Indian immigrants was shifed to their parents employers. Employers were required by law to provided scholling and day-care centres for children of their employees and thus become the reluctant custodians of the education of the vast majority of Indian children. (Sinnappah Arasaratnam, 1970:179 & Tan Liok Ee, 1997:19) Polisi British Terhadap Perkembangan Pendidikan Sikap kerajaan kolonial British juga dikatakan agak mengambil berat tentang pendidikan untuk orang India apabila bantuan perkapita tahunan terhadap kanak-kanak India diberikan sedikit berdasarkan kepada peperiksaan dan hitung panjang kehadiran di sekolah. Selain itu, kerajaan kolonial juga turut membiayai yuran beberapa buah sekolah terutamanya sekolah di kawasan bandar yang ibu bapa mereka bekerja dengan Jabatan kerja Awam dan keretapi. Kebanyakan sekolah yang berada di ladang-ladang adalah bersifat sekolah luar bandar yang mungkin mempunyai persamaan dengan pendidikan sekolah Melayu atau sekolah Melayu agak lebih baik sedikit. Ini kerana keadaan di sekolah India berkenaan amatlah tidak memuaskan kerana bangunannya tidak sesuai dan amat buruk, gaji yang diterima gurunya pula amat rendah serta guru kurang kelayakan dan kemahiran serta tidak cekap. Bilangan kehadiran para pelajar adalah rendah dan tidak tetap dan bilangan murid-murid yang tercicir dalam pembelajaran amatlah ramai. Jangka masa pembelajaran bagi seseorang pelajar hanya empat tahun sahaja dan hanya beberapa buah sekolah sahaja yang dapat meneruskan pengajian sehingga ke darjah lima dan darjah enam. Kebanyakan ibu bapa tidak begitu

Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) 35 menggalakkan anak-anak mereka mengikuti kelas sehingga tamat kursus asas dengan sempurna sebaliknya lebih mementingkan tenaga buruh anak-anak mereka dalam memenuhi pendapatan keluarga jika anak-anak mereka membantu mereka atau keluar bekerja (Paul Chang Ming, 1979:21). Pada tahun 1930, pentadbiran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melantik seorang yang berpengetahuan dalam bahasa Tamil sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran Tanah Melayu untuk menjalankan lawatan ke sekolah-sekolah Tamil dan memantau kerja-kerja mereka. Namun usaha ini terhenti apabila pegawai berkenaan telah meninggal dunia beberapa tahun setelah menjawat jawatan ini dan kekosongan jawatan ini hanya diisi pada tahun 1937. Pegawai baru yang dilantik ini telah dihantar oleh Perkhidmatan Pelajaran Tanah Melayu ke India bagi menjalankan kajian mengenai bahasa Tamil. Hasilnya ialah menekankan bahawa pengajaran bahasa Tamil akan diutamakan kepada anak-anak India yang tinggal di ladang-ladang atau di kawasan luar bandar. Latihan untuk guru dicadangkan dijalankan di pusat latihan perguruan di merata tempat yang terdapat di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Annual Report of the Department of Education, Federated Malay State. 1912:14). Sekolah orang India sehingga Perang Dunia Kedua dikatakan telah mempunyai empat jenis sekolah iaitu: 1. Sekolah yang dibiayai atau ditanggung serta diuruskan oleh kerajaan kolonial khasnya anak-anak orang India yang ibu bapanya adalah kakitangan atau pekerja yang bekerja dengan kerajaan. 2. Sekolah-sekolah di kawasan ladang atau estet yang dibiayai oleh majikan atau pihak pengurusan ladang sebagai mana yang dikehendaki oleh Undang-undang Perburuhan. 3. Sekolah-sekolah Persendirian (private) yang dilaksanakan oleh jawatankuasa penduduk tempatan atau komuniti setempat. 4. Sekolah-sekolah yang diuruskan oleh pihak mubaligh (missionary bodies) Kristian yang pada masa itu berbagai-bagai. H.R Cheeseman yang merupakan Pengarah Pelajaran memberi laporan yang menunjukkan sekolah India mencapai sedikit perubahan yang baik pada tahun 1941. Dengan menyatakan antaranya perubahannya ialah bilangan pelajar darjah lima dan darjah enam semakin bertambah, sekolah-sekolah aktif mengadakan pertunjukkan latihan jasmani dan permainan, lebih 80% sekolah-sekolah mempunyai kawasan berkebun dan sentiasa mendapat laporan yang memuaskan daripada pihak berkuasa Jabatan Pertanian. Guru pula telah mula terlatih dari kelas-kelas latihan tempatan. Keadaan ini memberi gambaran yang positif dan menggalakkan (Annual Report on Education in The Malayan Union for the period 1 st April, 1946 to 31 st. 1946:32). Agak berlainan sedikit tentang situasi yang berlaku terhadap pendidikan sekolah orang Cina, walaupun pihak kolonial British tidak membuat sebarang usaha untuk menyusun atau mengorganisasi pendidikan orang Cina di Tanah Melayu, namun masyarakat Cina dibenarkan dengan bebas untuk mendirikan sekolah untuk keperluan

36 Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) pendidikan anak-anak mereka mengikut sistem dan acuan yang telah dibawa dari negara China. Sebenarnya, pihak kolonial British lebih menggalakkan agar orang Cina mempelajari bahasa penduduk tempatan (Paul Chang Ming, 1979:11). Sehingga tahun 1920, perkembangan pendidikan sekolah-sekolah orang Cina di Tanah Melayu adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor: 1. Polisi Kerajaan British terhadap perkembangan pendidikan di Tanah Melayu. 2. Sikap dan kesediaan orang Cina untuk menyediakan sekolah-sekolah untuk anakanak mereka. 3. Perkembangan yang berlaku dalam politik dan pelajaran dalam bahasa Cina. 4. Pengaruh dan sikap Kerajaan Republik China terhadap orang Cina yang berada di Seberang Laut atau di negara asing. Niat sebenar kerajaan British ialah sengaja tidak mahu mengambil peduli terhadap pendidikan orang Cina di Tanah Melayu terutama pada masa sepanjang abad ke-19 sehingga dua dekad pertama pada abad ke-20. Namun orang Cina mempunyai rasa tanggungjawab dan memandang tinggi pendidikan telah mengambil tindakan sendiri untuk membina dan mendirikan bangunan sekolahnya sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan kolonial. Pelajaran pada peringkat awalnya tidak seragam kerana mereka menggunakan bahasa pengantar mengikut dialek masing-masing yang dibawa dari negeri China serta kaedah dan metodologi pengajaran dan pembelajarannya bersifat klasik. Manakala pelajaran Ilmu Hisab dengan menggunakan alat sempoa (capua). Sama keadaannya dengan guru-guru yang mengajar sekolah orang India di estet iaitu guru-guru di sekolah Cina juga tidak berkelayakan dan tidak mempunyai sebarang latihan yang khusus dalam pengajaran dan tidak mempunyai bekalan pengetahuan yang mencukupi. Ini kerana kebanyakan daripada guru-guru di sekolah Cina pada masa itu mempunyai kerja lain seperti menilik nasib dan mengambil upah menjadi penulis surat. Cuma kelebihannya daripada orang Cina lain kerana mereka tahu membaca dan menulis. Memang boleh dipuji atas sikap berinisiatif dalam kalangan orang Cina untuk membina sekolah-sekolah mereka sendiri tetapi keadaannya amat tidak memuaskan. Mengikut Victor Purcell (1948) yang pernah memegang jawatan sebagai Pelawat Sekolah Cina menyatakan: Kebanyakan bilik darjahnya adalah terletak di bahagian bawah tanah, sudut rumah atau di tingkat atas (loteng) yang kotor dengan tidak mempunyai ruang udara yang cukup dan gelap (kerana tidak dimasuki cahaya), tidak dilengkapi dengan peralatan kebersihan, kebanyakan murid-muridnya menghidapi penyakit kulit (mungkin kudis), suasana pembelajaran yang amat bising dalam kalangan murid-murid kerana mengamalkan pembelajaran menghafal dan ini memekakkan telinga. (Purcell. V., 1948:228) Seorang sarjana dari negeri China yang disingkirkan kerana kegagalannya dalam usaha pembaharuan di negeri China pada tahun 1898 bernama Kang Yu Wei datang ke Tanah Melayu pada tahun 1900. Setelah berada di Tanah Melayu beliau mengilhamkan penggabungan ilmu pengajaran Confucius dengan ilmu sains moden. Antara usaha

Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) 37 yang dilakukan oleh Kang Yu Wei ialah membantu menyusun kurikulum dan mengambil kakitangan baru. Hasilnya, beberapa buah sekolah rendah yang dikatakan mempunyai konsep baru dengan mendapat bantuan dan derma daripada masyarakat Cina telah dijalankan terutamanya di negeri-negeri pantai barat Tanah Melayu. Mengikut Tregonning (1964) sekolah untuk orang Cina yang berkonsepsikan ciri baru ini didirikan di Kuala Lumpur pada tahun 1900, di Pulau Pinang pada tahun 1904, di Ipoh Perak pada tahun 1906, dan di Seremban Negeri Sembilan pada tahun 1910, manakala di Singapura pula telah didirikan enam buah sekolah walaupun ia agak lewat sedikit iaitu pada tahun 1906. Perubahan politik di negeri China telah mempengaruhi perkembangan pendidikan sekolah Cina di Tanah Melayu. Perlembagaan baru Republik China yang dibentuk setelah kejatuhan dinasti Manchu dalam revolusi oleh rakyat China pada tahun 1911, menganggap tiap-tiap orang daripada bangsa Cina adalah sebagai warganegara China tanpa mengambil kira tempat ia dilahirkan dan inilah yang menyebabkan kerajaan China telah menghantar wakil-wakil untuk menyelia sekolah-sekolah orang Cina di Tanah Melayu dan menghantar laporannya ke Nanking dan juga memperkenalkan suatu sistem bantuan (Purcell, 1948). Negeri China melaksanakan kempen Gerakan Bahasa Kebangsaan dan pada tahun 1917, kempen Gerakan Bahasa kebangsaan telah merebak ke Tanah Melayu dan sampai kepada sekolah-sekolah orang Cina Tanah Melayu agar menggunakan bahasa Mandarin (Kuo Yu). Sehubungan itu, keperluan buku teks pelajaran telah dibawa masuk dari negeri China dan termasuk sebilangan besar guru yang menjadi tenaga pengajar. Kebanyakan guru yang baru datang ke Tanah Melayu dikatakan mempunyai semangat anti British dan ini secara tidak langsung mempengaruhi pemikiran para pelajar dan juga masyarakat setempat. Pada masa itu, kerajaan kolonial British seperti terhidu kebahayaan yang bakal terjadi jika perkembangan yang sedang berlaku di sekolah Cina Tanah Melayu ini dibiarkan berterusan. Mengikut Purcell (1948): Sekolah-sekolah Cina secara beransur-ansur telah mula dijadikan alat dakyah politik dari luar Tanah Melayu yang matlamatnya sudah pasti bertentangan atau bercanggah dengan dasar kerajaan Tanah Melayu (British). Atas keperluan ekonomi dan politiknya, pihak kolonial British memperkenalkan Rang Undang-Undang (Bill) Pelajaran pada Mei 1920 yang bersangkutan bagi mewajibkan semua operasi sekolah Cina di Tanah Melayu didaftarkan bagi mengawal sekolah Cina dan guru-gurunya. Pendaftaran bagi guru dan sekolah Cina dengan Jabatan Pendidikan telah dilaksanakan di bawah Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Mengikut Penasihat Undang-undang (Atorney General) objektif Rang Undangundang Pelajaran 1920 berkenaan adalah memastikan semua sekolah Cina berkeadaan baik dan guru-gurunya akan diberikan latihan yang berkesan agar guru-guru yang bakal disediakan tidak bertentangan dengan minat kerajaan kolonial (Tan Liok Ee, 1997:20). Rang Undang-Undang Pelajaran 1920 berkenaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk menutup sekolah-sekolah yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Walaupun Rang Undang-undang Pelajaran 1920 ini seolah-olah memberi gambaran yang menakutkan bagi sesetengah orang Cina, namun dasar dan polisi kolonial British

38 Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (29-38) ini secara tidak langsung memajukan pendidikan Cina di Tanah Melayu. Umpamanya pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu memberi latihan kepada guru Cina, mempertingkatkan sukatan pelajaran dan menyesuaikan penyusunan buku-buku teks dengan keperluan semasa dan bertambah untung apabila sekolah-sekolah Cina juga diberi bantuan kewangan terutamanya yang menyediakan sekolah Inggeris atau Anglo Chinese School (Tan Liok Ee, 1997:21). Walaupun bantuan kewangan berkenaan agak kecil jika dibandingkan dengan sekolah berpengantar bahasa Inggeris, namun ia dapat dianggap bahawa Cina bukan lagi asing di Tanah Melayu tetapi sudah hampir menyamai orang Melayu walaupun sebelum pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kesimpulan Perkembangan pendidikan Cina dan Pendidikan India di Tanah Melayu adalah seiring dengan perkembangan dan pertambahan bilangan penduduk serta petempatan Cina dan India. Bagi kolonial British, peluang pendidikan bagi masyarakat Cina agak kurang diberi perhatian dan lebih membiarkan pendidikan sekolah Cina dibantu oleh komuniti dan persatuan penduduk mereka masing-masing. Bagi pendidikan India pula, pihak British memberi perhatian lebih sedikit dengan meminta pihak majikan di estet-estet menyediakan kemudahan dan keperluan pendidikan anak-anak India. Secara keseluruhannya, perkembangan pendidikan Cina dan Pendidikan India tidak sepenuhnya mendapat bantuan daripada pihak kolonial British sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan tahun 1957. Rujukan Annual Report of the Department of Education, Federated Malay States. Kuala Lumpur. Government Printed. 1929. Annual Report on Education in The Malayan Union for the period 1 st Aprir, 1946 to 31 st December. Kuala Lumpur. Government Printed. 1946. Board of Education. 1905. Jilid 14,Cetakan Ketiga Cmd. 2739, London, H.M.S.O 1905. CO 439/3 Federated Malay Stated. Selangor Administration Report 1923. Paul Chang Ming, Perkembangan Pelajaran Dalam Masyarakat Berbilang Kaum: Kajian Kes Di Malaysia, dlm. Abdul Rahman Hj Arshad. 1979. Peranan pendidikan dalam memupuk semangat perpaduan bagi masyarakat berbilang kaum. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Penyata Tahunan Residen British, Perak. 1919 Penyata Tahunan Residen-Jeneral, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1901 Persekutuan Tanah Melayu, Annual report on Education for 1954, Kuala Lumpur, Cetakan Kerajaan, 1955. Purcell. V. 1948. The Chinese in Malaya. London. Oxford University Press. Report in The Federated Malay Stateds, 1901, Cd. 1927 London, M.M.S.O, Report on The Federated Malay States, 1902. Sinnappah Arasaratnam. (1970). Indians in Malaysia and Singapore, published for the Institute of Race Relation. London. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Tan Liok Ee. (1997). The Politic Of Chinese Education In Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Tregonning. K.G. (1964). A History of Modern Malaya, London: Eastern Universities Press.