HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Method. descriptive form in conducting the research since the data of this research

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

ISSN: Pertanika Journal of. social science. umamties. VOLUME 10 NO.l MARCH A scientific j

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

Transcription:

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH Syed Azman Syed Ismail 1, Siti Mistima Maat 2 1 IPG Kampus Raja Melewar, syed.azman@ipgm.edu.my 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, sitimistima@ukm.edu.my ABSTRAK Kajian menunjukkan bahawa matematik adalah matapelajaran yang paling sukar dan ianya menakutkan pelajar berbanding matapelajaran lain. Namun demikian, kebimbangan matematik merupakan satu faktor jangkaan yang signifikan untuk membuat pengukuran terhadap pencapaian matematik pelajar. Kebimbangan matematik ini sering dikaitkan dengan pelajar sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Oleh kerana kurang kajian yang dijalankan ke atas pelajar sekolah rendah, maka satu kajian untuk melihat hubungan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian bagi 130 orang pelajar Tahun 6 di sekolah rendah dijalankan. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan dan pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen tersebut telah diadaptasi dan diubahsuai dari instrumen Mathematics Anxiety Rating Scale (MARS). Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences for Windows (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan terhadap matematik pelajar adalah sederhana. Ujian t menunjukkan tahap kebimbangan matematik tidak dipengaruh oleh faktor jantina. Ujian Korelasi Pearson pula mendapati bahawa kebimbangan matematik mempengaruhi pencapaian pelajar. Sebagai kesimpulan, guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang terbaik dalam meningkatkan minat pelajar sekaligus dapat mengatasi perasaan bimbang mereka terhadap matapelajaran tersebut. Kata kunci: kebimbangan matematik, pencapaian matematik ABSTRACT Studies show that mathematics is the most difficult subject and it scares students compared to other subjects. However, math anxiety is a significant factor expected to measures mathematics achievement. Math anxiety is often associated with students either primary or secondary school. Due to the lack of studies conducted on students in primary school, therefore a study to examine the relationship between mathematics anxiety and achievement of 130 students in Year 6 primary school was conducted. The design of the study is survey and data collection method was carried out by using the questionnaire. The instrument in the questionnaire has been adapted and modified from the Mathematics Anxiety Rating Scale (MARS) instrument. Data then were analysed using Statistical Package for the Social Sciences for Windows (SPSS) version 22. The findings showed that the level of students anxiety towards mathematics were moderate. T test showed that the levels of mathematics anxiety is not influenced by gender. Pearson Correlation test found that mathematics anxiety affect student achievement. In conclusion, teachers should endeavour to understand mathematics anxiety and implement the best teaching strategies to overcome students fear towards mathematics. Keywords: mathematics anxiety, mathematics achievement PENGENALAN Peranan besar matematik dalam kemantapan pembangunan Negara tidak dapat dinafikan lagi. Perkara ini dapat dilihat secara nyata melalui kemajuan dan perkembangan bidang sains dan teknologi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun Korea dan banyak lagi. Wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju yang berasaskan sains dan teknologi ini telah memberikan impak yang besar terhadap peranan matapelajaran matematik. Namun demikian, fenomena isu kelemahan matematik sering menjadi tumpuan disemua peringkat pendidikan di Malaysia. Perkara ini dibuktikan dengan keputusan kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) (Mullis et. al, 2016) telah mendedahkan trend kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek matematik iaitu 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), 26 (2011) dan 22 (2015). Perkara ini terjadi kerana matematik adalah satu matapelajaran yang ditakuti pelajar dan mereka sering meluahkan perasaan 170

kerisauan yang amat dan takut mereka dengan matapelajaran matematik (Siti Zaleha, 2014). Apabila ditelititi, kebanyakan manusia menghadapi masalah kebimbangan matematik kerana pengalaman lampau mereka dalam mempelajari matematik (Arem, 2010; Eden et. al, 2013). Selain daripada itu, pelajar kita juga sering dimomokkan dengan penyataan Matematik tu susah, Kalau dari mula tak pandai matematik jangan harap mudah nak faham. Oleh itu, pelajar mula menganggap diri mereka lemah apabila mula berhadapan dengan matapelajaran matematik. Malah ada yang mengatakan matematik hanya perlu dipelajari oleh mereka yang mempunyai IQ tinggi sahaja. Mitos ini dianggap fakta oleh pelajar apabila mereka gagal dalam peperiksaan matematik dan ini menguatkan lagi persepsi dan andaian yang telah mereka bina sebelum ini. Situasi ini telah meningkatkan kepercayaan mereka bahawa mereka sememangnya lemah matematik (Sudiarta, 2012). Situasi ini dinamakan sebagai jangkaan benar (self-fulfilling prophecy) yang merupakan satu jangkaan yang tidak berasas tetapi dikatakan betul kerana telah berlaku seperti yang dijangkakan (Biggs, 2009). Walaubagaimanapun, matematik memang merupakan satu subjek yang dikategorikan sebagai subjek sukar. Perkara ini terbukti dalam kajian yang dijalankan oleh Dawkins (2006) menunjukkan bahawa matematik berada pada kedudukan matapelajaran yang paling sukar dan menakutkan berbanding dengan matapelajaran lain. Maka tidak hairan jika pelajar mengatakan sedemikian terhadap matapelajaran matematik. Perkara ini konsisten dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Noor Erma & Leong (2014) yang menunjukkan terdapat pelajar yang mengatakan bahawa matematik merupakan matapelajaran yang susah dan membosankan. Zainon Ismaon et. al (2013) dan Ashcraft and Krause (2007) bersependapat mengatakan bahawa semulajadi matematik itu sendiri adalah abstrak dan menjadikannya sebagai satu cabaran kognitif untuk dipelajari. Perasaan gelisah dan bimbang serta takut mulai wujud apabila pelajar memikirkan tentang matapelajaran matematik. Ini adalah satu persepsi negatif yang perlu dielakkan oleh pelajar. Kebimbangan boleh dikaitkan dengan psikologi dan tingkah laku seseorang. Apabila psikologi mempunyai masalah, maka perkara ini memberi kesan pada tingkah laku individu tersebut. Kebimbangan menurut Horwitz et. al. (1986) ialah perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang boleh membangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik". Kebimbangan matematik atau kebiasaan kajian luar menggunakan istilah Mathematics Anxiety merupakan suatu perasaan tertekan dan bimbang yang mengganggu dalam manipulasi nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan (Marzita Puteh, 2002). Istilah kebimbangan matematik telah lama ada dalam kamus psikologi (Heydari et. al, 2013). Menurut Siti Zaleha (2014) kebimbangan matematik ialah satu perasaan tertekan, gelisah, serta keupayaan menolak pembelajaran matematik serta mana-mana yang melibatkan nombor dan angka. Kebimbangan matematik ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan hilang keyakinan diri terhadap menyelesaikan apa jua masalah yang melibatkan pengiraan matematik. Hal ini menjadikan seseorang itu berasa takut dan fobia dengan apa sahaja yang berkaitan dengan subjek tersebut. Penyataan ini konsisten dengan kajian oleh Whyte dan Anthony (2012) yang menyatakan bahawa kebimbangan matematik dianggap sebagai rasa takut atau fobia yang menghasilkan respon negatif yang khusus untuk pembelajaran, atau pelakuan aktiviti matematik yang mengganggu prestasi. Secara amnya kebimbangan matematik ialah perasaan negatif yang melibatkan tekanan, kerisauan yang melampau, atau ketakutan terhadap matematik. Kebimbangan matematik menurut Kamiri dan Venkatesan (2009) telah mula dikaji pada tahun 1950-an dimana seorang guru memerhati pengajaran dan pembelajaran dalam kelasnya dan mendapati pelajarnya mengalami kesukaran dalam pembelajaran matematik (Hellum-Alexender 2010). Edgar (2016) menyatakan bahawa kebimbangan terhadap matematik telah dikaji secara meluas ekoran impaknya ke atas pencapaian pelajar. Perkara ini turut disokong oleh Muhd Rustam et. al (2014) dan mengatakan ianya sebagai faktor jangkaan yang signifikan untuk membuat pengukuran terhadap pencapaian matematik pelajar. Siti Huzaifah & Nur Shahidah (2017) menjelaskan bahawa pelajar akan mempunyai motivasi belajar yang tinggi sekiranya tiada kebimbangan matematik. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dapat ditingkatkan sekiranya kebimbangan matematik pelajar menurun. Perkara ini sejajar dengan hasil dapatan kajian Marzita Puteh & Siti Zaleha (2016) mendapati hubungan yang negatif antara kebimbangan matematik dan pencapaian. Kajian tersebut dilakukan kepada 190 orang pelajar tingkatan empat di Malaysia dan hasil kajian menunjukkan pelajar yang mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi menyebabkan pencapaian matematik mereka rendah. Keputusan yang diperoleh Marzita Puteh & Siti Zaleha konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh Arsaythamby (2010) untuk melihat hubungan korelasi antara kebimbangan dan pencapaian. Hasil dapatan menunjukkan wujud korelasi negatif antara kebimbangan dan pencapaian. Terdapat juga pengkaji lain yang melihat perbezaan tahap kebimbangan matematik antara jantina. Berdasarkan beberapa kajian yang lepas mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi berbanding lelaki. Perkara ini turut disokong oleh oleh hasil dapatan kajian Devine et. al (2012) yang menunjukkan perbezaan yang signifikan kebimbangan matematik antara lelaki dan perempuan yang mana purata min menunjukkan kebimbangan matematik perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Kebimbangan matematik sering dikaitkan dengan pelajar sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah 171

menengah. Sepanjang pembacaan, pengkaji dapat melihat trend kajian yang menggunakan guru, pelajar sekolah menengah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi sebagai responden kajian. Terdapat sedikit kajian yang menggunakan responden pelajar sekolah rendah untuk melihat kebimbangan matematik dalam kalangan mereka. Walaupun matematik di peringkat menengah dan ke atas adalah lebih rumit dan sukar, tetapi sekiranya pelajar telah mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi di peringkat rendah terutamanya pelajar Tahun 6 sekiranya tidak dikenalpasti ianya akan diwarisi ke peringkat menengah dan seterusnya. Menurut Marzita Puteh (2002) kebimbangan matematik terjadi sewaktu pertukaran daripada sekolah rendah ke sekolah menengah. Oleh itu, satu kajian untuk melihat kebimbangan matematik bagi pelajar Tahun 6 di sekolah rendah perlu dilakukan. Kajian ini dijalankan adalah untuk: 1. Menentukan tahap kebimbangan matematik dikalangan pelajar sekolah rendah. 2. Menentukan perbezaan tahap kebimbangan matematik antara pelajar lelaki dan perempuan. 3. Mengenalpasti hubungan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian pelajar. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data. Seramai 130 orang pelajar tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Puchong yang terdiri daripada 70 orang pelajar lelaki dan 60 orang pelajar perempuan telah dipilih sebagai responden kajian (Rajah 1). Pemilihan responden ini penting untuk memberi maklum balas kepada aspek kajian yang hendak dilakukan. Perempuan; 46.20% Lelaki; 53.80% Lelaki Perempuan Rajah 1. Profil responden mengikut jantina. Untuk kajian ini instrumen yang digunakan adalah untuk mengukur tahap kebimbangan terhadap matematik. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk set soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah soalan mengenai latar belakang responden yang melibatkan jantina, bangsa dan markah pertengahan tahun pelajar. Bahagian B terdiri daripada 16 item yang mengukur tahap kebimbangan terhadap matematik. Bahagian B ini merupakan instrumen yang diadaptasi dan diubahsuai dari instrumen Mathematics Anxiety Rating Scale (MARS), Richardson & Suinn (1972). Instrumen soal selidik ini berbentuk skala Likert lima pemeringkatan iaitu 5-Sangat Setuju, 4-Setuju, 3- Kurang Setuju, 2-Tidak Setuju, dan 1-Sangat Tidak Setuju. Pilihan ini akan menjelaskan kehendak responden terhadap tahap persetujuan mereka. Item dalam soal selidik ini telah diubahsuai dari segi bahasanya tetapi dari segi kandungannya ia telah disemak dan diakui sah oleh dua orang pensyarah pakar dalam bidang matematik dan seorang pensyarah yang pakar dalam bidang Bahasa Inggeris bagi memastikan struktur bahasa yang digunakan adalah sesuai dan tepat. Setelah itu, satu kajian rintis dilakukan pengkaji dengan menggunakan sampel kajian seramai 20 orang pelajar tahun 6 yang dipilih secara rawak di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Puchong. Responden kajian rintis ini tidak terlibat dalam kajian sebenar yang dijalankan. Tujuan kajian rintis ini dilakukan bagi menguji kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan. Perkara ini turut disokong oleh Mohamad Afifi dan Noraini Othman (2016) mengatakan bahawa kajian rintis bukan sahaja digunakan sebagai kajian percubaan malah ianya digunakan untuk menguji kebolehpercayaan sesuatu instrumen dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri yang sama dengan kajian sebenar (Mohd Majid Konting 2000). Kajian rintis juga dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau masalah yang akan timbul 172

sebelum kajian sebenar dijalankan. Data dapatan kajian rintis dianalisis dan Jadual 1 menunjukkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Jadual 1. Kebolehpercayaan instrumen kajian. 1.Instrumen 2.Cronbach Alpha 3.Instrumen Kebimbangan Terhadap Matematik 4.0.923 Didapati, instrumen ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu Cronbach Alpha 0.923. Menurut Norulbiah & Effandi (2016) nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.6 boleh diterima kebolehpercayaannya. Oleh itu, hasil kajian rintis menunjukkan instrumen ini boleh digunakan untuk kajian sebenar tanpa sebarang perubahan bagi mengukur tahap kebimbangan matematik pelajar. Tahap kebimbangan ini diukur dengan menggunakan jumlah skor setiap item. Jumlah skor tersebut kemudiannya dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Jumlah skor yang tinggi memberi makna pelajar tersebut mempunyai kebimbangan yang tinggi terhadap matematik manakala jumlah skor yang rendah menunjukkan kebimbangan yang rendah terhadap matematik. Indikator tahap kebimbangan berdasarkan jumlah skor adalah seperti Jadual 2 berikut: Jadual 2. Tahap dan jumlah skor item yang digunakan. Tahap Julat Skor Rendah 16 37 Sederhana 38 59 Tinggi 60 80 Semua data yang diperolehi dalam kajian sebenar dianalisis dengan menggunakan program Statistical Pakage for The Social Science (SPSS Versi 22.0 for Windows). Bagi menjawab objektif 1 analisis deskriptif digunakan untuk melihat peratusan tahap kebimbangan manakala bagi objektif 2 ujian t digunakan untuk melihat perbezaan min. Ujian korelasi Pearson juga digunakan untuk menentukan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji bagi menjawab objektif 3. DAPATAN Tahap kebimbangan terhadap matematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Jadual 3. Tahap kebimbangan terhadap matematik. Tahap Julat Skor Bilangan Peratus Rendah 16 37 39 30% Sederhana 38 59 82 63.1% Tinggi 60 80 9 6.9% Jumlah 130 100% Jadual 3 menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap matematik dalam kalangan pelajar tahun 6 di sekolah rendah berada pada tahap sederhana. Sebanyak 63.1% iaitu seramai 82 orang pelajar mempunyai tahap kebimbangan terhadap matematik yang sederhana diikuti oleh 30% (39 orang pelajar) mempunyai tahap kebimbangan terhadap matematik rendah. Hanya 9 orang pelajar sahaja iaitu sebanyak 6.9% mempunyai tahap kebimbangan terhadap matematik yang tinggi. 173

Perbezaan tahap kebimbangan terhadap matematik antara pelajar lelaki dan perempuan. Jadual 4. Perbandingan tahap kebimbangan terhadap matematik antara pelajar lelaki dan perempuan. Jantina N Min Sisihan piawai t df Nilai Signifikan Lelaki 70 42.16 10.14-1.577 128.117* Perempuan 60 45.07 10.87 *p>0.05 Analisis ujian t sampel tidak bersandar digunakan untuk membandingkan skor min kebimbangan terhadap matematik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan seperti dalam Jadual 4. Ujian menunjukkan nilai t (128) = -1.577, p = 0.117 adalah tidak signifikan. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan skor min kebimbangan terhadap matematik yang signifikan antara pelajar lelaki (M = 42.16, SP = 10.14) dan pelajar perempuan (M = 45.07, SP = 10.87). Kesan saiz yang dikira menggunakan ETA kuasa dua juga menunjukkan perbezaan magnitud yang sangat kecil iaitu 0.02. Hubungan antara tahap kebimbangan terhadap matematik dengan pencapaian pelajar. Jadual 5. Hubungan kebimbangan terhadap matematik dengan pencapaian. Hubungan Pencapaian Kebimbangan terhadap Matematik - 0.339 0.000* Analisis korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara tahap kebimbangan terhadap matematik dengan pencapaian matematik pelajar. Berdasarkan Jadual 5, didapati bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara tahap kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 dengan (r = -0.339, p = 0.000, p<0.05). ρ Sig. PERBINCANGAN Kajian ini jelas sekali menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap matematik dalam kalangan pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti, Puchong berada pada tahap sederhana. Tahap kebimbangan yang sederhana ini bermaksud pelajar masih mempunyai kebimbangan terhadap matematik namun pada aras yang rendah. Terdapat sejumlah kecil pelajar yang mempunyai kebimbangan terhadap matematik yang tinggi dan perkara ini perlu dibendung oleh guru agar persepsi negatif ini tidak dibawa ke peringkat menengah dan akan mempengaruhi pembelajaran matematik pelajar tersebut di peringkat menengah. Arem (2010) mengatakan bahawa, sekiranya pelajar berasa cemas akan sesuatu perkara (matematik) maka pelajar akan cuba untuk mengelak daripada melakukan aktiviti yang berkaitan perkara tersebut. Perkara ini turut disokong oleh Elenchothy (2007) dalam kajiannya yang mengatakan bahawa pelajar tidak mahu belajar matematik akibat kebimbangan mereka terhadap matematik dan kesudahannya mengakibatkan pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut merosot. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan tahap kebimbangan terhadap matematik antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ini bermakna tahap kebimbangan pelajar lelaki terhadap matematik adalah konsisten dengan tahap kebimbangan pelajar perempuan terhadap matematik. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang diperoleh Marzita & Siti Zaleha (2014) terhadap pelajar tingkatan empat di Perak menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05, t=-0.0889) tahap kebimbangan matematik antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan tahap kebimbangan matematik pelajar tidak terjejas disebabkan oleh jantina. Namun demikian terdapat banyak kajian lepas yang membuktikan bahawa pelajar perempuan mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi berbanding lelaki. Antara kajian terkini ialah kajian yang dilakukan oleh Adamu (2014) terhadap pelajar kejuruteraan di Nigeria mendapati pelajar perempuan mempunyai kebimbangan matematik yang tinggi berbanding pelajar lelaki. Tetapi pada pandangan pengkaji perkara ini bergantung kepada pengalaman dan kepercayaan individu tersebut terhadap matapelajaran matematik. Menurut Bekdemir (2010) kebimbangan matematik wujud dalam kalangan individu adalah kerana pengalaman mereka merasai kegagalan di masa lalu. 174

Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara kebimbangan terhadap matematik dan pencapaian pelajar. Walaupun nilai pekali korelasi diperoleh menunjukkan hubungan yang sederhana tetapi menurut Siti Huzaifah & Nur Shahidah (2017) kebimbangan matematik ini boleh menjadi peramal yang efektif bagi menentukan pencapaian pelajar dalam matapelajaran tersebut. Berdasarkan analisis di atas jelas bahawa terdapat hubungan negatif antara kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik pelajar dimana pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi cenderung untuk mendapat pencapaian yang rendah dalam peperiksaan. Dapatan kajian ini konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh Jafari et. al (2013) yang mana kebimbangan matematik yang rendah akan mengakibatkan efikasi kendiri yang rendah dan akan membawa kepada pencapaian matematik yang rendah. Ini bermakna perlunya ada strategi dalam mengurangkan tahap kebimbangan pelajar dalam matematik agar pencapaian mereka dapat ditingkatkan. KESIMPULAN Dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan responden yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahun 6 dari SK Taman Universiti, Puchong sahaja. Sekiranya kajian sama dilakukan dengan menggunakan saiz sampel yang lebih besar, dapatan kajiannya boleh di generalisasi kepada populasi kajian dan sekaligus boleh meningkatkan lagi kesahan dapatan kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap matematik masih ada dalam kalangan pelajar sekolah rendah namun demikian ianya berada pada tahap sederhana. Selain itu, hasil kajian jelas menyatakan tahap kebimbangan matematik tidak dipengaruh oleh faktor jantina. Kajian ini juga mendapati bahawa kebimbangan matematik mempengaruhi pencapaian pelajar. Oleh itu sekiranya kebimbangan matematik ini dapat diturunkan maka pencapaian pelajar yang baik boleh diperoleh. Perkara ini dapat dilaksanakan sekiranya guru dapat menggunakan strategi pengajaran yang terbaik dalam meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam matapelajaran matematik agar pelajar mempunyai efikasi kendiri yang tinggi sekaligus dapat mengatasi perasaan takut mereka terhadap matapelajaran tersebut. Siti Huzaifah & Nur Shahidah (2017) menjelaskan bahawa pelajar yang mempunyai motivasi belajar yang tinggi akan mempunyai kebimbangan matematik yang rendah. Pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi sudah pasti akan meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam apa matapelajaran sekalipun. Untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar, Smith (2004) mencadangkan agar guru sendiri perlu menunjukkan minat mereka dalam matematik. Dengan cara ini, diharapkan agar tahap kebimbangan matematik pelajar dapat dikurangkan. RUJUKAN Adamu, G.S. (2014). Mathematics anxiety among engineering students and its relationship with achievement in calculus. International Journal of Psychology and Counseling, 6(1), 10-13. Arem, C.A. (2010). Conquering math anxiety (3th ed). Canada: Books/Cole. Arsaythamby, V. (2010). Hubungan di antara Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matematik. Asia Pacific Journal of Educatord and Education, 25, 33-51. Ashcraft, M., & Krause, J.A. (2007). Working memory, math performance, and math anxiety. Psychonomic Bulletin & Review, 14(2), 243-248. Bekdemir, M. (2010). The Pre-Service Teachers Mathematics Anxiety Related to Depth of Negative Experiences in Mathematics Biggs, M. (2009). Self-fulfilling prophecies. The Oxford handbook of analytical sociology, 294-314. Dawkins, P. (2006). Common Math Errors. Retrieved from http://tutorial.math.lamar.edu/terms.aspx Devine, A., Fawcett, K., Szucs, D., & Dowker, A. (2012). Gender differences in mathematics anxiety and the relation to mathematics performance while controlling for test anxiety. Diperoleh Mac 15, 2017, daripada http://behavioralandbrainfunctions.biomedcentral.com/articles Edgar Fuller, et al.(2016). "Anxiety and Personality Factors Influencing the Completion Rates of Developmental Mathematics Students." First conference of International Network for Didactic Research in University Mathematics. Elenchothy Davrajoo (2007). Kebimbangan matematik dan hubungan pencapaian pelajar tingkatan empat di Daerah Klang, Malaysia, Master Thesis, Universiti Putra Malaysia, 2007. Hellum-Alexander, A. (2010). Effective teaching strategies for alleviating math anxiety and increasing selfefficacy in secondary students (Doctoral dissertation, The Evergreen State College). 175

Heydari, H., Abdi, M., & Rostami, M. (2013). The survey of relationship between the degree of mathematics anxiety in high school students and the personality characteristics of their mathematics teachers. Procedia- Social and Behavioral Sciences, 84, 1133-1137. Horwitz, M.B., Horwitz, E.K., and Cope, J.A., (1986). Foreign Language Classroom Anxiety. The Modern Language Journal, 70(2): 125-132. Jafari, A.M., Shahvarani, A., & Behzadi, M.H. (2013). The study of the relation between students anxiety and how they judge their ability to learn mathematics. Mathematics Education Trends and Research, 2013, 1-7. Kamiri, A., & Venkatesan, S. (2009). Mathematics anxiety, mathematics performance and academic hardiness in high school students. International Journal of Educational Sciences, 1(1), 33-37. Marzita Puteh & Siti Zaleha Khalin (2016). Mathematics anxiety and its relationship with the achievement of secondary students in Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 6 (2), 119-122. Marzita Puteh. (2002). Qualitative research approach towards factors associated with mathematics anxiety. Proceeding of 3rd International Mathematics Education and Society Conference, (MESC 02), Centre of Research in Learning Mathematics, Copenhagen: 1-5. Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Mohd Rustam Mohd Rameli, Azlina Kosnin, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin, Noriadah Abdul Karim & Nguyen, T. V. (2014). Correlational analysis between mathematics anxiety and mathematics achievement among vocational college students. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia. Mueller, D. (1986). Measuring Social Attitudes. New York: Teachers Collage. Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Foy, P., & Hooper, M. (2016). TIMSS 2015 International Results in Mathematics. Retrieved from Boston College, TIMSS & PIRLS International Study Center website: http://timssandpirls.bc.edu/timss2015/international-results/ Noor Erma Binti Abu & Leong Kwan Eu. (2014). "Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4." Sejarah 96.94.9 (2014): 1-2. Norulbiah Ngah & Effandi Zakaria. "Keupayaan Pelajar Dalam Menjana Masalah, Menyelesaikan Masalah Matematik Dan Sikap Pelajar Terhadap Penyelesaian Masalah (Students' Ability in Problems Posing, Mathematical Problem-Solving and Attitudes Towards Problem Solving." Jurnal Pendidikan Matematik 4.1 (2016): 1-16. Richardson, F. C. & Suinn, R. M. (1972). The Mathematics Anxiety Rating Scale: Psychometric data. Journal of Counseling Psychology, 19(6), 551-554. Siti Huzaifah Mohammad & Nor Sharidah Mohd Roslan. (2017). Tahap kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar di politeknik muadzam shah, pahang. icompex17 ~ Pembentangan Kertas Ilmiah. Retrieved from http://upikpolimas.edu.my/conference/index.php/icompex/icompex17/paper/view/267 Siti Zaleha Khalin (2014). Kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar tingkatan empat di daerah perak tengah (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris). Smith, M.R., 2004. Math Anxiety: Causes, Effects and Preventative Measures. Thesis Honors Program, Liberty University. Sudiarta, I. W., & Tabanan, F. I. S. (2012). Usaha Memotivasi Dan Membangkitkan Minat Siswa Terhadap Matematika: Suatu Kajian Pustaka. Suluh Pendidikan, 92. Whyte, J. U. L. I. E., & Anthony, G. L. E. N. D. A. (2012). Maths anxiety: The fear factor in the mathematics classroom. New Zealand Journal of Teachers Work, 9(1), 6-15. Zainun Ismaon, Zanaton Iksan, and Norziah Othman. (2013). "Kesan pembelajaran koperatif model stad ke atas sikap terhadap matematik (The Effects of STAD Cooperative Learning Model on Students Attitude towards Mathematics)." Jurnal Pendidikan Matematik 1.1 (2013): 11-18. 176