PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

"66O "8 '

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Rosnah binti Ishak (No. Kad Pengenalan: )

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

TTHO -J 01 c $ 3 OOUU uu i >

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

Transcription:

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2015

iv ABSTRAK Kajian kuantitatif ini bertujuan membangun dan mengesahkan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik (UKBATF). UKBATF mengandungi 10 item berbentuk subjektif yang boleh mengukur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi tajuk Daya dan Gerakan Fizik Tingkatan Empat. Kaedah pembangunan UKBATF adalah berpandukan Kerangka Operasi Pembangunan dan Pengesahan UKBATF. Proses kesahan pakar dilakukan oleh enam orang pakar dalam bidang Fizik dan KBAT. Kebolehpercayaan UKBATF ditentukan dengan mengira pekali alfa Cronbach iaitu pekali ketekalan dalaman dan pekali korelasi Intra-Kelas (PKAK) iaitu penentuan kebolehpercayaan antara pemeriksa. Kualiti UKBATF ditentukan dengan mengira indeks kesukaran, p dan indeks diskriminasi, D bagi setiap item dan keseluruhan ujian. Dapatan menunjukkan semua item UKBATF mempunyai kesahan yang tinggi dengan 80% persetujuan dalam kalangan pakar. Dari segi kebolehpercayaan pula didapati pekali alfa Cronbach ialah 0.726 dan pekali PKAK ialah 0.960. Nilai p dan D menunjukkan item UKBATF berada pada tahap sederhana dan diterima sebagai item yang baik. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan sebuah instrumen bagi mengukur KBAT dalam mata pelajaran Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan yang sah, boleh dipercayai dan mempunyai kualiti yang baik. Implikasinya, instrumen ini menambahkan bilangan instrumen KBAT sedia ada yang sangat terhad bilangannya. Disamping itu, kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi membangun dan mengesahkan instrumen UKBATF boleh dijadikan panduan kepada penyelidik dan pendidik untuk membina instrumen seumpamanya.

v DEVELOPMENT AND VALIDATION OF PHYSICS HIGHER ORDER THINKING SKILLS TEST INSTRUMENT IN THE TOPIC OF FORCE AND MOTION ABSTRACT This quantitative study aims to develop and validate the instrument Higher Order Thinking Skills Test in Physics (HOTSTP). HOTSTP consists of 10 subjective items that can measure higher order thinking skills (HOTS) in the topic of Force and Motion for form four Physics. It is developed based on the Development and Validation of HOTSTP Operational Framework. The validity of HOTSTP was determined through expert validation of six experts in the field of Physics and HOTS. The reliability of HOTSTP was determined by calculating Cronbach alpha coefficient which gives the internal consistency coefficient and Intra-class Correlation Coefficient (ICC) which gives the value of inter-rater reliability. The quality of HOTSTP was determined by calculating difficulty index, p, and discrimination index, D for each item and the overall test. The findings show that HOTSTP has high validity with an 80% agreement amongst the experts. In terms of reliability, the Cronbach alpha coefficient is found to be 0.726 whilst the ICC coefficient is 0.960. Values of p and D are at the moderate level and therefore are acceptable as good items. In conclusion, this study has successfully developed an instrument that can access HOTS in Physics for the topic of Force and Motion that is valid, reliable, and of a good quality. This implies that this instrument adds to the existing HOTS instruments that are very limited in numbers. In addition, the method used by the researcher to develop and validate the HOTSTP instrument can be a guide for researchers and educators to develop similar instruments.

vi KANDUNGAN Muka Surat PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi xi xiv xvi xvii BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.4 Tujuan Kajian 6 1.5 Objektif Kajian 7 1.6 Persoalan Kajian 7 1.7 Kepentingan Kajian 8 1.7.1 Pelajar 8 1.7.2 Guru 8 1.7.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 8 1.8 Batasan Kajian 9 1.9 Definisi Operasi 9

vii 1.9.1 KBAT 10 1.9.2 Mengaplikasi 10 1.9.3 Menganalisis 10 1.9.4 Menilai 10 1.9.5 Mencipta 11 1.10 Rumusan 11 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 12 2.2 Kemahiran Berfikir 13 2.2.1 Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) 15 2.2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 16 2.2.3 Perkaitan KBAT dan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) 18 2.3 Pembangunan Instrumen Ujian 21 2.3.1 Fasa Pembangunan 21 2.3.2 Kesahan 25 2.3.3 Kebolehpercayaan 27 2.4 Instrumen Mengukur Kemahiran Berfikir 29 2.4.1 Instrumen Penyelesaian Masalah Sains 30 2.4.2 Instrumen Test of Thinking Skills in Chemistry (TOTSIC) 32 2.4.3 Ujian Kemahiran Proses Sains 34 2.4.4 Kemahiran Pemikiran Kritis Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument MyCT) 35 2.5 Rumusan 37

viii BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan 38 3.2 Rekabentuk Kajian 39 3.3 Pembangunan dan Pengesahan Instrumen 39 3.3.1 Fasa 1 Perancangan 40 3.3.2 Fasa II Pembinaan 43 3.3.3 Fasa III Penilaian Kuantitatif 62 3.3.4 Fasa IV - Pengesahan 82 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 82 3.5 Tatacara Pemerolehan Data 83 3.5.1 Kesahan Pakar 83 3.5.2 Ujian Rintis 84 3.6 Tatacara Penganalisaan Data 86 3.6.1 Analisis Deskriptif 86 3.6.2 Analisis Kebolehpercayaan 87 3.6.3 Analisis Item 87 3.7 Rumusan 88 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pendahuluan 90 4.2 Maklumat Latarbelakang Responden 91 4.3 Kesahan 94 4.3.1 Kesahan Muka 94 4.3.2 Kesahan Kandungan 98 4.4 Ujian Rintis 104 4.4.1 Tempoh Pengujian UKBATF 106

ix 4.4.2 Indeks Kebolehpercayaan UKBATF 108 4.4.3 Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi 110 4.4.4 Keputusan Ujian Rintis 114 4.5 Pembinaan, Pemurnian dan Penyingkiran Item UKBATF 118 4.5.1 Item 1 119 4.5.2 Item 2 122 4.5.3 Item 3 126 4.5.4 Item 4 129 4.5.5 Item 5 136 4.5.6 Item 6 139 4.5.7 Item 7 145 4.5.8 Item 8 dan Item 11 148 4.5.9 Item 9 152 4.5.10 Item 10 157 4.5.11 Item 12 159 4.5.12 Instrumen Akhir UKBATF 161 4.6 Rumusan 163 BAB 5 PERBINCANGAN 5.1 Pendahuluan 167 5.2 Ringkasan Kajian 168 5.3 Perbincangan 174 5.3.1 Kesahan 174 5.3.2 Tempoh Ujian 179 5.3.3 Kebolehpercayaan 180 5.3.4 Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi 182 5.3.5 Keputusan UKBATF 183

x 5.4 Rumusan 184 5.5 Implikasi Kajian 185 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 188 5.7 Penutup 191 RUJUKAN 192

xi SENARAI JADUAL No Jadual Muka Surat 2.1 Taksonomi Kemahiran Berfikir KBAR 15 2.2 Taksonomi Kemahiran Berfikir KBAT 17 2.3 Jadual Perbandingan Model Kemahiran Berfikir 20 2.4 Langkah-langkah Pembinaan Instrumen Ujian 22 2.5 Kaedah Penentuan Kebolehpercayaan 28 3.1 Jadual Spesifikasi Ujian UKBATF 45 3.2 Senarai Cadangan Kata Tugas dan Respons yang Diharapkan 50 3.3 Senarai Pakar bagi Pengesahan Instrumen UKBATF 59 3.4 Jadual Perlaksanaan Ujian Rintis 63 3.5 Set 1 dan Set 2 Draf 3 UKBATF 66 3.6 Tafsiran Pekali ICC 76 3.7 Panduan Analisis Item Berdasarkan Indeks Kesukaran Item 3.8 Panduan Analisis Item Berdasarkan Indeks Diskriminasi Item 77 80 3.9 Ujian Rintis Instrumen UKBATF 85 3.10 Ringkasan Analisis Pembinaan dan Pengesahan Instrumen UKBATF 4.1 Profil Responden Kajian Ujian Rintis 1 dan Ujian Rintis 2 87 91 4.2 Kesahan Muka 1 oleh Pakar 95 4.3 Kesahan Muka 2 oleh Pakar 97 4.4 Kesahan Muka oleh Responden 98 4.5 Frekuensi dan Peratus Persetujuan Pakar Terhadap Keakuran kepada Domain Kandungan 99

xii 4.6 Frekuensi dan Peratus Persetujuan Pakar Terhadap Ketepatan Objektif Pembelajaran dan Pengajaran 4.7 Frekuensi dan Peratus Persetujuan Pakar Terhadap Keakuran kepada Domain Kognitif 4.8 Frekuensi dan Peratus Persetujuan Pakar Terhadap Memenuhi Ciri-ciri Item KBAT 4.9 Frekuensi dan Peratus Masa Menjawab UKBATF oleh Guru 4.10 Frekuensi dan Peratus Cadangan Guru untuk Pelajar Menjawab UKBATF 4.11 Frekuensi dan Peratus Masa Menjawab UKBATF oleh Responden 4.12 Nilai Indeks Kebolehpercayaan ICC bagi Setiap Item dan Keseluruhan dalam Ujian Rintis 1 dan 2 101 102 103 107 107 107 110 4.13 Indeks Kesukaran, p bagi Setiap Item UKBATF 112 4.14 Indeks Diskriminasi, D bagi Setiap Item UKBATF 113 4.15 Statistik Deskriptif UKBATF Ujian Rintis 1 114 4.16 Jadual Gred, Markah dan Tahap 115 4.17 Statistik Deskriptif UKBATF Ujian Rintis 2 116 4.18 Stimulus bagi Item 1 dalam Draf 2 UKBATF 121 4.19 Jadual dalam Item 4 132 4.20 Jadual dalam Item 4 dalam Draf 2 UKBATF 133 4.21 Jadual dalam Item 4 dalam Draf 2 UKBATF 133 4.22 Jadual dan Histogram bagi Item 6 142 4.23 Jadual bagi Item 7 dalam Draf 1 147 4.24 Jadual bagi Item 7 dalam Draf 2 148 4.25 Jadual bagi Item 8 dalam Draf 1 149 4.26 Jadual bagi Item 8 dalam Draf 1 149 4.27 Jadual bagi Item 9 dalam Draf 1 153

xiii 4.28 Jadual bagi Item 9 dalam Draf 2 154 4.29 Sebahagian Jadual Item 9 dalam Ujian Rintis 2 156 4.30 Jadual bagi Item 10 158 4.31 Keputusan Pekali ICC, Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi 162

xiv SENARAI RAJAH No Rajah 2.1 Perubahan Terminologi Dalam Domain Kognitif Taksonomi Bloom Muka Surat 14 2.2 Kerangka Kemahiran Berfikir 19 2.3 Kerangka Operasional Kajian Pembinaan dan Pengesahan ULP 2.4 Carta aliran Sistematik Metodologi Pembangunan Instrumen Penyelesaian Masalah 24 31 3.1 Kerangkan Pembangunan dan Pengesahan UKBATF 40 3.2 Ciri-ciri Item UKBATF 47 3.3 Ciri-ciri Item KBAT 52 3.4 Kad Responden Ujian Rintis 1 Mengandungi Kod Responden 3.5 Penentuan Analisis Kebolehpercayaan Antara Pemeriksa (IRR) 3.6 Ringkasan Kesahan Pakar keatas Instrumen UKBATF 68 74 84 4.1 Taburan Skor UKBATF Ujian Rintis 1 116 4.2 Taburan Skor UKBATF Ujian Rintis 2 117 4.3 Proses Penghasilan Instrumen Akhir UKBATF 118 4.4 Stimulus Bagi Item 1 Dalam Draf 1 UKBATF 120 4.5 Stimulus Bagi Item 1 dalam Draf 2 UKBATF 120 4.6 Graf jarak-masa Bagi Item 2 124 4.7 Stimulus Bagi Item 2 124 4.8 Stimulus Bagi Item 3 128 4.9 Stimulus Bagi Item 4 (Draf 1) 130 4.10 Stimulus Bagi Item 4 (Draf 2 dan 3) 132

xv 4.11 Graf tenaga-ketinggian Bagi Item 4 135 4.12 Stimulus Bagi Item 5 Yang Telah Dimurnikan 137 4.13 Lintasan Kereta Tanpa BCK dan Dengan BCK Apabila Berdepan Halangan 4.14 Lintasan Kereta Tanpa BCK dan Dengan BCK di Jalan Licin 4.15 Lintasan Kereta Tanpa BCK dan Dengan BCK Ketika Melalui Selekoh 138 138 139 4.16 Stimulus Bagi Item 6 141 4.17 Stimulus Bagi Item 6 Yang Menunjukkan Titisan Air Hujan 4.18 Stimulus Bagi Item 6 Yang Menunjukkan Titisan Air Hujan Pada Masa Yang Berbeza 143 143 4.19 Stimulus Bagi Item 7 145 4.20 Stimulus Bagi Item 11 Dalam Draf 1 UKBATF 150 4.21 Stimulus Bagi Item 8 Dalam Draf 2 UKBATF 151 4.22 Stimulus Bagi Item 9 153 4.23 Tugasan Item 9 154 4.24 Stimulus Bagi Item 10 158 4.25 Stimulus Item 12 160

xvi SENARAI SINGKATAN BPK HSP ICC IRR JSU KB KBAR KBAT KBKK KBSR KPM PAT PdP PISA PKAK PPPM PPR PPT SP TIMSS UKBATF ULP Bahagian Pembangunan Kurikulum Huraian Sukatan Pelajaran Intra Class Correlation Inter-rater Reliability Jadual Spesifikasi Ujian Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir Aras Rendah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia Pemikiran Aras Tinggi Pembelajaran dan Pengajaran Programme for International Student Assessment Pekali korelasi Intra-Kelas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pelajar Pencapaian Rendah Pelajar Pencapaian Tinggi Sukatan Pelajaran Trends in International Mathematical and Science Study Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik Ujian Literasi Pentaksiran

xvii SENARAI LAMPIRAN A Pencapaian Calon SPM 2013 B C D Surat Lantikan Pakar Draf 1 UKBATF dan Skema Pemarkahan Kesahan Pakar 1 - Contoh E Ulasan dan Cadangan dari Kesahan Pakar 1 F Kesahan Pakar 2 - Contoh G Ulasan dan Cadangan dari Kesahan Pakar 2 H Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014 I Surat Permohonan Kajian ke Sekolah - Contoh J Draf 3 UKBATF dan Skema Pemarkahan Set 1 K Draf 3 UKBATF dan Skema Pemarkahan Set 2 L Borang Soal Jawab Ujian Rintis 1 M Ulasan dan Cadangan Responden dari Ujian Rintis 1 dan 2 N O P Q R Surat Kebenaran daripada Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk Menjalankan Kajian Analisis SPSS Pekali Alfa Cronbach dan Intra Class Correlation Coefficient, ICC - Ujian Rintis 1 Analisis SPSS Pekali Alfa Cronbach dan Intra Class Correlation Coefficient, ICC - Ujian Rintis 2 Analisis Microsoft Excel Penentuan Indeks Kesukaran

xviii S T U V W Analisis Microsoft Excel Penentuan Indeks Diskriminasi Instrumen Akhir UKBATF dan Skema Pemarkahan Contoh skrip jawapan responden pencapaian tinggi Contoh skrip jawapan responden pencapaian sederhana Contoh skrip jawapan responden pencapaian rendah

1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013 2025 mengesyorkan sistem pendidikan sesebuah negara wajar dirancang berdasarkan aspirasi yang berkait dengan konteks dan hasrat negara itu. Sehubungan dengan itu lima keberhasilan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhannya telah disyorkan iaitu akses kepada peluang pendidikan, kualiti pendidikan setanding dengan standard antarabangsa, ekuiti kepada semua murid, perpaduan dalam kalangan murid dan memaksimum keberhasilan murid.

2 Antara kesemua aspirasi ini, aspirasi kedua iaitu memastikan kualiti pendidikan Malaysia setaraf dengan standard antarabangsa telah secara khusus menetapkan keberhasilan utama negara agar pada tahun 2025, Malaysia boleh berada dalam kalangan sepertiga teratas daripada segi prestasi berdasarkan penilaian antarabangsa Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Analisis terhadap soalan TIMSS dan PISA mendapati soalan-soalannya banyak terdiri daripada soalan yang memerlukan kepada penyelesaian menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi atau akronimnya KBAT. Maka ke arah mencapai aspirasi dan keberhasilan utama ini murid-murid perlu menguasai KBAT. 1.2 Latar Belakang Kajian KBAT sesuai dengan namanya berfokus kepada kemahiran berfikir yang memerlukan pelajar berfikir jauh daripada amalan hafalan. Soalan-soalan KBAT menuntut pelajar menggunakan kemahiran berfikirnya untuk memberi respon terhadap situasi baharu yang berkaitan dengan kehidupan mereka namun berada di luar skop buku teks. Penekanan kepada soalan-soalan KBAT ini sejajar dengan matlamat pendidikan sains di Malaysia iaitu bagi melahirkan murid-murid yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2012). Peperiksaan dan pengujian ialah penggerak kepada pencapaian KBAT. Melalui PPPM 2013-2025, Lembaga Peperiksaan (LP) akan merombak semula

3 peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap KBAT. Oleh itu satu instrumen yang mampu mengukur prestasi KBAT pelajar wajar dibangunkan bagi menyediakan pelajar ke tahap lebih tinggi. 1.3 Pernyataan Masalah Keputusan peperiksaan awam menunjukkan peningkatan berterusan prestasi murid. Namun begitu terdapat bukti yang menunjukkan kurang padanan antara peperiksaan awam dan pentaksiran antarabangsa tentang kaedah mendefinisi standard (KPM, 2013). Percanggahan ini menjelaskan sedikit sebanyak perbezaan trend yang dilihat dalam peperiksaan awam dan pentaksiran antarabangsa. Satu sebab yang mungkin bagi ketidakjajaran standard ini ialah perbezaan fokus pengujian bagi peperiksaan awam dan pentaksiran antarabangsa. Sebagai contohnya TIMSS memberi tumpuan kepada tiga domain kognitif iaitu domain pengetahuan, domain aplikasi dan domain penaakulan, sebaliknya peperiksaan awam di Malaysia memberi lebih tumpuan kepada soalan yang menguji kandungan pengetahuan (KPM, 2013). Selain dapatan daripada TIMSS dan PISA, dapatan kajian KBAT terhadap pelajar umumnya tidak membanggakan. Dapatan daripada kajian oleh Hamimah, (2006) berkaitan dengan penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Kimia menunjukkan penguasaan KBAT berada pada tahap lemah. Terdapat juga kajian yang menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran berfikir khususnya KBAT adalah disebabkan oleh teknik penyoalan guru (Supramani, 2006). Hal ini dibuktikan dalam kajiannya terdapat hubungan yang

4 ketara antara soalan dengan respon. Ini bermaksud jika guru mengemukakan soalan aras rendah, maka murid juga akan menghasilkan respon aras rendah dan begitulah sebaliknya. Pendapat ini selari dengan Noor Rohana (2009) yang mengatakan aras kognitif soalan memberi kesan terhadap tindak balas wajar. Ini kerana kepelbagaian kognitif dalam jawapan pelajar sebahagian besarnya ditentukan oleh kepelbagaian tahap kerumitan soalan yang diberi. Amalan guru yang hanya menyoal pelajar dengan soalan kemahiran berfikir aras rendah dan bukan soalan KBAT ialah amalan norma. Hal ini kerana jika dikaji soalan-soalan yang dikemukakan dalam Kertas 1 Fizik bagi peperiksaan SPM, 28% adalah pada domain kognitif mengetahui dan 48% adalah pada domain kognitif memahami. Ini menjadikan jumlah bagi dua domain kognitif ini adalah 76% dan hanya 24% berada pada domain kognitif mengaplikasi (LP, 2002a). Maka dengan kurangnya penekanan kepada soalan KBAT oleh LP menyebabkan kurangnya soalan KBAT dikemukakan oleh guru. Beberapa isu juga timbul dengan perlaksanaan KBAT di seluruh negara. Menurut LP (2012) antara isu dan cabarannya ialah kefahaman guru, kemahiran guru, kesediaan murid dan instrumen pentaksiran. Bagi menangani isu dan cabaran ini instrumen yang boleh mengukur KBAT yang memenuhi piawaian item KBAT wajar dibangun dan diperbanyakkan. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan peratusan instrumen KBAT yang boleh digunakan oleh guru untuk mentaksir dan mengukur KBAT pelajar mereka terutama bagi mata pelajaran Fizik.

5 Dalam sistem pendidikan, penilaian dan pengujian adalah amat penting untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Ada pelbagai cara mentaksir namun penilaian yang melibatkan kertas dan pensil adalah yang paling mudah ditadbir. Sehubungan dengan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Gelombang pertama PPPM 2013-2025, menetapkan bahawa soalan peperiksaan akan dirombak dengan memberi tumpuan kepada peningkatan soalan KBAT. Menjelang 2016, soalan KBAT di peringkat SPM akan meningkat kepada 75% bagi mata pelajaran teras dan 50% bagi mata pelajaran elektif (KPM, 2013). Sejajar dengan penambahan soalan KBAT dalam peperiksaan awam, maka amat wajar guru mempersiapkan pelajar dengan KBAT yang akan diuji. Guru akan menggunakan bahan rujukan atau buku teks sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, menurut Noor Rohana (2009) terdapat beberapa pengkaji yang telah membuat penelitian tentang aspek aras kognitif soalan yang diaplikasi dalam proses pembelajaran di bilik darjah dan dalam bahan kurikulum terutamanya buku teks dan buku kerja telah merumuskan bahawa penggunaan soalan pada aras rendah yang memerlukan ingatan pelajar menjadi pilihan pelajar berbanding dengan soalan aras tinggi. Lantaran itu, para pelajar tidak mendapat pendedahan dan rangsangan kognitif yang sewajarnya sebagai persediaan menghadapi situasi peperiksaan dengan peratusan soalan KBAT yang lebih tinggi. Keadaan ini memberi impak negatif kerana pelajar gagal menjawab soalan dengan mantap dan berkesan. Selain itu, masalah kekurangan soalan yang mengukur KBAT juga menyebabkan guru-guru membina sendiri soalan KBAT untuk mengukur prestasi pelajar. Namun begitu, untuk membina soalan KBAT adalah sukar dan memerlukan

6 masa yang panjang (Tajulashikin, 2008). Walaupun sukar, para pendidik tidak harus memandang ringan perkara ini. Untuk mencapai hasrat ini, guru-guru harus menguasai kaedah penghasilan item (Reynolds, Livingston, & Wilson, 2009). Hal ini kerana menurut Haladyna (1997) pelajar harus diberikan pendedahan sama ada latihan atau ujian yang sama bentuk dengan peperiksaan sebenar agar pelajar tidak terkejut dan berupaya menunjukkan prestasi sebenar. Prestasi pelajar harus diukur menggunakan instrumen KBAT dari masa ke semasa. Dapatan daripada instrumen KBAT ini boleh digunakan oleh guru bagi mengukur prestasi semasa pelajar dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang sewajarnya agar KBAT pelajar dapat dipertingkatkan. Menyedari tentang kurangnya instrumen yang boleh mengukur prestasi KBAT, isu-isu berkaitan yang ditimbulkan dan sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia maka penyelidik berpendapat suatu instrumen ujian yang boleh mengukur KBAT bagi mata pelajaran Fizik dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 di sekolah menengah aliran sains wajar dibangunkan. Instrumen ini juga diharap akan dijadikan panduan kepada guru dan penyelidik dalam menggubal soalan KBAT. 1.4 Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan instrumen ujian yang mempunyai kesahan dan kebolehbolehpercayaan memuaskan untuk mengukur KBAT. Instrumen ujian ini dibina berdasarkan Taksonomi Bloom yang disemak semula. Pembinaan

7 instrumen ujian ini bertujuan mengukur KBAT pelajar bagi mata pelajaran Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan. Oleh itu instrumen ujian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan perlu dibangunkan agar prestasi KBAT pelajar dapat diukur secara berterusan. 1.5 Objektif Kajian Objektif bagi kajian ini adalah: 1. membangun dan membina suatu ujian bagi mengukur KBAT yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang memuaskan bagi tajuk Daya dan Gerakan yang dinamai Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik (UKBATF). 1.6 Persoalan Kajian Kajian yang dijalankan akan menjawab soalan berikut: 1. Adakah UKBATF yang dibina mempunyai kesahan muka dan kesahan kandungan? 2. Adakah UKBATF yang dibina mempunyai kebolehpercayaan yang memuaskan?

8 1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan membina dan membangunkan instrumen ujian KBAT. Instrumen ini akan memberi manfaat kepada pelajar, guru dan dunia pendidikan. 1.7.1 Pelajar Dengan adanya instrumen ini, prestasi KBAT pelajar bagi tajuk Daya dan Gerakan dapat diuji. Hasil ini dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan KBAT pelajar tingkatan empat khususnya dalam mata pelajaran Fizik. Implikasi daripada kajian ini membolehkan guru-guru merancang program secara sistematik bagi meningkatkan prestasi KBAT pelajar. 1.7.2 Guru Pembinaan instrumen yang telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan ini merupakan satu produk dalam dunia pendidikan terutama dalam pendidikan Fizik. Ujian yang dibina dapat digunakan oleh guru-guru bagi mengukur prestasi KBAT pelajar. 1.7.3 Kementerian Pendidikan Malaysia Antara isu dan cabaran yang mendepani sistem pendidikan Malaysia hari ini ialah kurangnya instrumen yang mengandungi item KBAT untuk digunakan dalam mengukur prestasi KBAT pelajar. Dengan itu diharap instrumen UKBATF ini boleh