Dan. Hubungannya Dengan Prestasi. Ingatan. Mohamad Daud Hamzah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Similar documents
yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Method. descriptive form in conducting the research since the data of this research

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

Hubungan antara Trait Personaliti dengan Tingkah Laku Kepimpinan. Nurul Hudani Md. Nawi *, Ma'rof Redzuan, Hanina Hamsan, Mohd Ibrani Adam Asim

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

TEORI DAN PROSES PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

Transcription:

PENDIDIK DAN PENDIDIKAN Jld. 10, 1989/ 90 Ingatan Dan. Hubungannya Dengan Prestasi Mohamad Daud Hamzah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Following a brief review of literature, this paper reveals a theoretical basis to conceptualize metamemory.. In this conceptualization metamemory is seen as a person's knowledge of memory processes implicated in storage, comprehension and retrieval of information to abstract meanings from item:; to be remembered. The above conceptualization was subsequently employed to guide three research studies. The first study was concerned with the development of an instrument to measure primary school children's awareness of metamemory. The developed instrument was identified as 'Metamemory Exercise' questionaire. The second study was an effort to ascertain factors forming the basis of metamemory. Five factors were identified and described. The third. study was an attempt to correlate scores on metamemory obtained by primary school children with their achievement scores on various subjects. Metamemory scores were found to correlate at a moderate level with achievement scores. The discussion part this paper proposes that since achievemept in school subjects possesses a memory basis, it implies that metamemory correlates moderately with memory-based In addition, it is also proposed that metamemorial awareness may be further explored as an alternative cognitive determinent of academic performance. Pendabuluan Sejak lebih kurang dua puluh tahun yang lepas muncul satu topik penyelidikan di dalam bidang psikologi yang dikenali sebagai 'metaingatan' atau dalam Bahasa lnggeris 'metamemory'. Penyelidikan di dalam topik ini ialah mengenai pengetahuan seseorang tentang proses-proses ingatan yang terlibat di dalam simpanan dan unduran maklumat (lihat Hamzah, 1985). Yussen & Levy (1975) meneliti penaksiran yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orangorang dewasa mengenai jumlah sepenuhnya item-item yang mereka boleh mengingati di dalam sesuatu kegiatan ingatan. Moynahan (1973) meneliti pengetahuan kanak-kanak mengenai proses penyusunan. Masur, Mcintyre & Flavell(l973) mengkaji kegiatan yang dilakukan oleh kanak-kanak sekiranya mereka memperolehi masa tambahan sebelum dikehendaki menjawab soalan-soalan setelah mereka tamat membaca sesebuah karangan. Wellman (1977) menyelidik samada kanak-kanak mengetahui bahawa jumlah item-item yang banyak dan berlakunya gangguan semasa belajar akan memberi kesan kepada proses ingatan. Beliau juga meneliti di dalam penyelidikan yang sama adakah kanak-kanak mengetahui bahawa wujudnya masa belajar yang panjang akan mempertingkatkan ingatan ke atas item-item yang dipelajari. Herman & Neisser(1978) meneliti samada kanak-kanak mengetahui tentang berbagai penunjuk unduran. Fabricius & Wellman (1983) juga mengkaji perkara yang serupa dan mereka memasukkan juga orang-orang dewasa ke dalam sampel kajian.

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan 75 Wellman, Collins & Glieberman (1981) membuat penyelidikan untuk meneliti samada kanak-kanak dan juga orang-orang dewasa mengetahui bahawa untuk mempelajari item-item sukar diperlukan usaha yang berbeza dengan untuk mempelajari item-item yang mudah. Miller & Weiss (1982) pula meneliti samada kanak-kanak dan orang-orang dewasajuga mengetahui mengenai angkubah-angkubah berikut yang mempengaruhi ingatan (a) angkubah berkaitan dengan diri sendiri seperti minat dan kecenderungan, (b) angkubah berkaitan dengan tugasan seperti kebaruan dan kesukaran, dan (c) angkubah berkaitan dengan strategi seperti strategistrategi untuk pengcaman dan ulangingat. Metaingatan membicarakan tentang pengetahuan terhadap prose& mgatan. Tentulah akan diduga metaingatan akan berkorelasi dengan prestasi ingatan ditakat yang memuaskan. Walau bagaimanapun Cavannaugh & Perlmutter (1982) telah membuat liputan penyelidikan tentang metaingatan dan mendakwa mereka tidak memperolehi dapatan seperti yang dijangkakan. Kertas ini akan menggesa sebenarnya hampir semua penyelidikan bertumpu kepada satu dua aspek metaingatan sahaja dan terus menkorelasikan skor-skor bagi aspek yang ditelitikan itu dengan skor-skor bagi prestasi ingatan. Sesungguhnya kegiatan ingatan yang amat simpel pun lazimnya melibatkan pengetahuan tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan proses ingatan secara sinkroni contohnya hafalan, perluasan dan penyusunan (Hamzah, 1985). Di samping itu hampir semua penyelidikan tentang metaingatan tidak mempunyai alat ukur yang dibina secara empiris untuk menentukan item-item tugasan bersesuaian dengan kumpulan subjek yang terlibat melakukannya. Oleh kerana hal-hal ini nyatalah penyelidikan tentang metaingatan gagal memperolehi korelasi metaingatan dengan prestasi ingatan di takat yang memuaskan. Penyelidikan tentang metaingatan perlu dibina di atas sebuah yang mantap. Contohnya konsepsi yang dikemukakan oleh Flavell & Wellman (1977). Penyelidik-penyelidik ini mengemukakan sebuah model metaingatan yang agak menyeluruh. Model ini mendefinisikan metaingatan sebagai pengetahuan mengenai ingatan dan semua fenomena yang terlibat dalam simpanan dan unduran maklumat. Ia terdiri dari.dua komponen dipanggil 'kesedaran' dan 'angkubah'. 'Kesedaran' dimengertikan sebagai kesedaran seseorang ten tang perhinya mengenalpasti, memilih dan mengguna strategi yang khusus untuk menjalankan sesuatu tugasan ingatan. 'Angkubah' dimaksudkan sebagai tiga unsur berikut: (a) pengetahuan mengenai diri sebagai pembelajar (memorizer), (b) pengetahuan mengenai tugasan ingatan yang hendak dijalankan, dan (c) pengetahuan mengenai strategi-strategi ingatan. Kertas ini akan menggesa bahawa pengetahuan diri sebagai pembelajar yang dinyatakan di dalam model "Flavell & Wellman merupakan aspek konsep-kendiri. Komponen bagi metaingatan wajarlah terdiri daripada pengetahuan yang berkaitan derigan proses ingatan. Juga akan digesa' bahawa kebanyakan pengkaji metaingatan (termasuk Flavell & Wellman) lebih cenderung untuk menganggap pengetahuan tentang proses kefahaman sebagai metakefahaman (metacomprehension) yang terpisah dari metaingatan. Ini kurang tepat kerana untuk menjalankan tugasan ingatan lazimnya seseorang perlu memahami item tugasan untuk mengingatinya (Hamzah, 1987). Ertinya komponen metaingatan perlu meliputi juga p(mgetahuan tentang kefahaman. Dengan mengambilkira semua perbahasan yang telah lalu kertas ini mengkonsepsikan metaingatan sebagai pengetahuan seseorang tentang proses ingatan yang terlibat di dalam aktiviti simpanan, kefahaman dan unduran maklumat untuk mengabstraksi makna-makna daripada item-item yang hendak diingat (Hamzah, 1985). Metaingatan merupakan pengetahuan yang bertimbun-tambah perlahan-lahan melalui proses refleksi ke atas pengalaman-pengalaman yang menghasilkan prestasi ingatan (Devidson & Freebody, 1986).

76 Mohamad Daud Hamzah Kertas ini melaporkan penyelidikan yang telah dibuat bagi membina alat ukur metaingatan berasaskan konsepsi ini untuk menaksir metaingatan d! kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Ia juga melaporkan penyelidikan untuk meneroka tentang faktor-faktor mendasari metaingatan menurut konsepsi ini. Akhirnya ia melaporkan penyelidikan korelasi metaingatan menurut konsepsi ini dengan pencapaian murid-murid darjah enam sekolah rendah. Penyelidikan I Tujuan Penyelidikan ini bertujuan untuk membina alat ukur bagi menaksir metaingatan di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Kaedab Subjek: 219 orang kanak-kanak lelaki-perempuan tahun 1, 3 dan 5 sekolah rendah dilibatkan di dalam proses prauji item-item. 302 orang kanak-kanak lelaki-perempuan tahun 2, 4 dan 6 sekolah rendah dilibatkan di dalam proses analisis item-item. Kanak-kanak ini terdiri daripada keturunan Melayu, Cina dan India yang terlibat dengan penyelidikan Projek InSpire. Prosedur: Konsepsi metaingatan yang telah dihuraikan diguna untuk membina item-item berbahasa dan bergambar. Item-item berbahasa dan bergambar dimaksudkan bagi mengukur metaingatan. Item-item permulaan berjumlah 30 semuanya dicipta berasaskan logik konsepsi metaingatan tersebut yang menyentuh aspek-aspek (a) hafalan, (b) perluasan, (c) penyusunan, (d) kesedaran tentang skema pengetahuan, dan (e) tentang idea-idea utama. Item-item ini dipraujikan. Dari proses ini dikeluarkan 18 item yang diperhaluskan dan difomatkan menjadi alat soal selidik tinjauan (survey questionaire) dipanggil 'Latihan Metaingatan' (sedikit contohan.item dilampirkan). Soal selidik ini dianalisis-itemkan. Soal-selidik ini dianalisis-itemkan. Ana/isis Data: Teknik analisis-item digunakan untuk mengira skor-skor prauji. Teknik yang sama juga digunakan untuk mengira skor-skor yang bertujuan untuk menganalisisitemkan item-item soal-selidik ditunjukkan di dalam jadual berikut: II em 10 I I 12 13 14 15 16 17 18 lndeks Kesukaran.88.81.66.76.47.80.48.44.73.67.61.65.68.58.52.67.44.44 lndeks Korelasi Nil ai Diskriminasi Item-Total Al ia. 18.37.88.13. 14.88.30.5 1.87.23.40.88.27.45.88.23.42.88.22.4 1.88.33.42.88.40.46.88.36.47.88.20.45.88.52.55.87.49.65.87.48.61.87.62.74.86.64.7 3.86.46.70.87.47.57.88 JADUAL 1: Nilai llem-ltem Soal Selidik 'lalihan Metaingalan

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan 77 Spearman - Brown = 0.71 Alfa = 0.88 Nyatalah dari Jadual I bahawa item-item yang telah dipilih untuk diformatkan menjadi soal selidik 'Latihan Metaingatan' terdiri daripada yang bertaraf kesukaran cukup mudah hingga kepada yang bertaraf sederhana sukar. Item-item yang mudah sudah tentu dijangkakan mempunyai kuasa diskriminasi yang rendah tetapi yang sederhana sukar itu mendiskriminasi dengan baik. Gerakbalas ke atas tiap-tiap item, seperti yang diwakili nilai alfa, amat konsisten tinggi. Soal selidik ini nyatalah telah dibina secara empiris untuk menyesuaikan dengan keupayaan dan tuntutan kognitif kanak-kanak sekolah rendah merentasi semua peringkat umur. Penyelidikan II Tujuan Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka tentang faktor-faktor mendasari metaingatan. Kaedab Subjek: Kesemua 302 orang kanak-kanak lelaki-perempuan berbagai keturunan dalam tahun 2, 4 dan 6 s-ekolah rendah yang terlibat di dalam penyelidikan I bahagian analisis-item. Prosedur: Data yang telah dikutip untuk menganalisis-item bagi soal selidik digunakan untuk menganalisis-faktor. Dari analisis ini semua faktor yang mempunyai nilaieigen lebih dari esa dikenalpasti untuk diterima sebagai faktor mendasari metaingatan. Putaran varimaks dilakukan untuk memperolehi muatan faktor bagi tiap-tiap item. Nilai muatan faktor yang melebihi 0.25 diguna untuk menghuraikan makna bagi sesuatu faktor yang disumbangkan oleh item berkenaan. Ana/isis data: Data dianalisiskan melalui perkiraan analisis-faktor. Keputusan Dan Perbincangan Faktor-faktor dan muatan faktor yang diperolehi ditunjukkan di dalam jadual-jadual berikut: Jadual II menunjukkan lima faktor menjelaskan 51.6o/o dari varians. Faktor Nilaiegen % Varians o/o Varians Kumulatif I 3.91 21.7 21.7 II 1.76 9.8 31.5 III 1.42 7.9 39.4 IV 1.19 6.6 46.0 v 1.01 5.6 51.6 JADUAL II: Faktor-faktor Bagi Metaingatan

78 Mohamad Daud Hamzah Putaran variamks dilakukan untuk memperolehi muatan faktor bagi tiap-tiap item di dalam soalselidik. Jadual III menunjukkan muatan yang melebihi nilai 0.25 sahaja. Item Faktor/Muatan Faktor I II III IV v 2 3 4 5 6 7 8,9 10 11 12 13 14 15 16 17 18.32.42.57.61.48.81.75.67.45.52.52.41.41.31.64.42.37.41.27.69.45.:_ JADUAL III: Nilai Muatan Faktor Bagi Item Metaingatan Nilai muatan faktor digunakan untuk mencantum item-item di dalam soalselidik bagi penempatan di bawah faktor-faktor seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut: Faktor Item II III IV v 1,3,6,9,10,12,13,14,15,16,17,18 7,8 4,5 11 2 JADUAL IV: Kelompok-Kelompok Item Item-item soalselidik yang telah digunakan di dalam penyelidikan ini dicipta melalui pertimbangan logik konsepsi metaingatan sebagai pengetahuan seseorang tentang proses

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan 79 ingatan yang terlibat di dalam aktiviti simpanan, kefahaman dan unduran maklumat untuk mengabstraksi makna-makna daripada item-item yang hendak diingat. Penyelidikan ini menunjukkan ada kemungkinan lima faktor mendasari metaingatan. Dengan merujuk kepada ciri-ciri item yang bersetumpu kepada sesuatu faktor seperti yang terdapat di dalam Jadual IV faktor-faktor mendasari metaingatan ditafsirkan seperti berikut: Faktor I Faktor II Kesedaran tentang penggunaan hafalan, perluasan berbahasa, skema pengetahuan dan idea utama untuk menyusun konsep-konsep berbahasa yang berasingan, wacana bersambungan dan/atau senario bergambar mengenai sesuatu kejadian. Kesedaran tentang penggunaan skema pengetahuan untuk menyusun komponen bagi senario bergambar. Faktor III : Kesedaran tentang penggunaan perluasan berbahasa dan konsep tema untuk menyusun maklumat berbahasa yang berasingan. Faktor IV : Kesedaran tentang penggunaan konsep-konsep kategori untuk menyusun itemitem yang terdiri daripada objek-objek berasingan. Faktor V : Kesedaran ten tang penggunaan masa dan pengeluaran usaha yang wajar. Walaupun penyelidikan ini membuka jalan untuk mentafsirkan lima faktor mendasari metaingatan, soalselidik yang dicipta menunjukkan kebanyakan item-item bersetumpu kepada Faktor I. Ini menunjukkan masih ada ruang untuk memperhaluskan soalselidik 'Latihan Metaingatan' di masa akan datang. Buat masa ini soalselidik tersebut nampaknya berjaya juga menjadi alat ukur metaingatan yang mempertemukan beberapa aspek metaingatan secara kesatuan. Ini telah mengatasi kelemahan hampir kesemua penyelidikan tentang metaingatan yang lazimnya mempunyai alat ukur yang hanya dapat mengukur satu atau dua aspeknya sahaja. Dengan kekuatan soalselidik 'Latihan Metaingatan' seperti yang ditunjukkan ini tefttulah diduga ukuran metaingatan dari soalselidik ini akan menunjukkan korelasi yang memuaskan di antara metaingatan dan prestasi ingatan. Malangnya pacta ketika ini penulis belum memperolehi kesempatan untuk meneliti tentang hal ini secara direk. Walau bagaimanapun secara tidak direk perkara ini telah diselidiki melalui kajian korelasi metaingatan dengan prestasi dalam matepelajaran iaitu prestasi berdasar ingatan jika diingatkan bahawa pencapaian di dalam mana-mana matapelajaran mempunyai dasar ingatan. Penyelidikan III Tujuan Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkorelasikan skor-skor metaingatan dengan skorskor pencapaian dalam berbagai matapelajaran. Kaedab Subjek: 850 orang kanak-kanak lelaki-perempuan keturunan Melayu, Cina dan India yang berada di dalam tahun enam sekolah Rendah. Mereka ialah sebahagian daripada kanakyang terlibat dengan penyelidikan Projek InSpire. Prosedur: Semasa Projek InSpire sedang menjalankan ujian pencapaian sebahagian dari kanak-kanak yang terlibat dikenalpasti untuk menjadi subjek penyelidikan ini. Mereka

80 Mohamad Daud Hamzah diberikan soalselidik 'Latihan Metaingatan' untuk dijawab. Skor-skor mereka bagi 'Latihan Metaingatan' dan bagi pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Alam & Man usia, Pengetahuan Moral, Pengetahuan Agama Islam dan Pendidikan Seni semuanya dikumpulkan untuk dianalisis. Ana/isis data: Skor yang diperolehi oleh tiap-tiap subjek bagi metaingatan dikorelasikan dengan skor-skor pencapaiannya di dalam tiap-tiap matapelajaran yang tersebut di atas. Keputusan Dan Perbincangan Keputusan penyelidikan ini ditunjukkan di dalam jadual berikut: Matapelajaran Nilai Korelasi Paras Signifikan Bahasa Malaysia.38.001 Bahasa lnggeris.32.001.40.001 Alam & Manusia.41.001 Pengetahuan Moral.46.001 Peng. Agama Islam.33.001 Pendidikan Seni.24.001 JADUAL V: Korelasi Di Antara Metaingatan Dengan Matapelajaran Jadual di atas menunjukkan julat korelasi di antara metaingatan dengan pencapaian di dalam berbagai matapelajaran berada dari paras 0.24 hingga 0.46. Ertinya terdapat korelasi yang sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Oleh kerana pencapaian di dalam matapelajaran yang dipelajari di sekolah mempunyai dasar ingatan, dapatan m1 mengimplikasikan bahawa metaingatan. seperti yang dikonsepsikan di dalam kertas ini berkorelasi sederhana dengan prestasi berdasar-ingatan. Penutup Kertas ini menunjukkan kebanyakan penyelidik metaingatan cenderung untuk menumpukan perhatian kepada pengetahuan tentang proses ingatan dengan meneliti satu dua aspek sahaja. Oleh itu kertas ini memperluaskan liputan metaingatan kepada pengetahuan tentang proses dan aktiviti ingatan yang terlibat di dalam simpanan, kefahaman dan unduran maklumat untuk mengobstraksi makna-makna dari item-item yang hendak diingati. Sekaligus dibinakan satu pendekatan untuk mengkaji metaingatan dengan konsepsi, metodologi dan alatukur yang disempurnakan secara empiris. Dengan pendekatan ini dapat ditunjukkan metaingatan berkorelasi di paras sederhana dengan prestasi berasas-ingatan. Dari segi pendidikan ini amat berfaedah untuk menghuraikan tentang prestasi akademik murid-murid. Tidak dinafikan prestasi akademik murid-murid terbina dari asas kognisi dan personaliti dorongan di samping asas,instruksi. Lazimnya bagi asas kognisi, orang akan menamakannya kecerdasan. Penyelidikan psikologi memperakukan hal ini dan lazimnya mempertemukan dengan paras korelasi di antara kecerdasan dengan prestasi akademik sebanyak lebih kurang 0.65. Tetapi perakuan seperti ini tidak membawa pengertian yang tinggi oleh kerana kecerdasan tidak dapat diubahsuai. Kertas ini mempertemukan satu asas kognisi bagi prestasi akademik

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan 81 dalam bentuk metaingatan. Ia menunjukkan kemungkinan korelasi di antara metaingatan dengan prestasi akademik sehingga sebanyak 0.46. Asas kognisi seperti ini akan membawa pengertian yang tinggi oleh kerana metaingatan seperti yang dihuraikan terbina melalui refleksi ke atas pengalaman, tentulah boleh diubahsuai. Sekiranya penerokaan tentang kecerdasan tidak dapat membantu untuk memperbaiki asas kognisi bagi prestasi akademik kertas ini menggesa penerokaan tentang metaingatan seperti yang telah dihuraikan di sini akan menawarkan satu alternatif baru yang boleh membantu mempertingkatkan pembaikan asas l<ognisi bagi prestasi akademik. Rujukan Cavannaugh, J.C., & Perlmutter, M. Metamemory: A critical examination. Child Development, 1982, 53, 11-28. Davidson, G.R., & Free body, P. Cultural and educational concommitants of metacognitive development. Kertas kerja di Fourth Asian Workshop on Child and Adolescent Development, Singapore, FabriciUs, W.V., & Wellman, H.M. Children's understanding of retrieval cue utilization. Developmental Psychology, 1983, 19(1), 15-21. Flavell, J.H., & Wellman, H.M. Metamemory. Di dalam R.V. Kail & J.W. Hagen (peny), Perpectives on the development of memory and cognition, Hillsdale, NJ: Erlbaum, 1977. Hamzah, M.D. Pembelajaran dan implikasi pendidikan. KL: DBP (dalam percetakan). Hamzah, M.D. Perkembangan pengetahuan untuk mengabstraksi dan penggunaan sinkroni strategi-strategi ingatan. Pendidik dan Pendidikan, 1985, 7, 22-35. Hamzah, M.D. Pengetahuan yang relevan dengan kegiatan membaca untuk kefahaman dan ingatan, proses bacaan dan teori bacaan wacana-berskrip. Kertaskerja di Perhimpunan Kebangsaan Moden, Kuala Lumpur, 1987. Herman, D.J. & Neisser, V. An inventory of everyday memory experiences. Di dalam M.M. Gruneberg, P.E. Orris & R.N. Sykes (peny), Practical aspects of memory, NY: Academic, 1978. Masur, E.F, Me Intyre, C.W., & Flavell, J.H. Developmental changes in apportionment of a study time among items in a 'multitrial free recall task. Journal of Experimental Child Psychology, 1973, 15, 237-246. Miller, P.H., & Weiss, M.G. Children's and adult's knowledge about what variables affect selective attention. Child Development, 1982, 53, 543-549. Moynahan. E.D. The development of knowledge concerning the effect of categorization upon free recall. Child Development, 1973, 238-246. Wellman, H.M. Preschoolers' understanding of memory-relevant variables. Child Development, 1977, 48, 1720-1723. Wellman, H.M., Collins J., & Glieberman, J. Understanding the combination of memory

82 Mohamad Daud Hamzah variables: Developing conceptions of memory limitations. Child Development, 1981, 52, 1313-1317. Yussen, S.R., & Levy, V.M. Developmental changes in predicting one's own span of shortterm memory. Journal of Experimental Child Psychology, 1975, 19, 502-508. Item 1 Cikgu mengajar kami mengeja perkataan-perkataan ini: ANGKASA, BELANT ARA, MUZIUM, AKUARIUM, UNIVERSITI, MAKT AB, INSTITUSI. A. Kita akan eja perkataan-perkataan itu sekali saja. B. Kita akan.. eja perkataan-perkataan itu ban yak kali: ANGKASA ANGKASA ANGKASA ANGKASA BELANTARA BELANTARA BELANTARA BELAN.... MUZIUM MUZIUM MUZIUM AKUARIUM AKUARIUM AKUARIUM UNIVERSITl UNIVERSITI UNIVERSITI MAKTAB MAKTAB INSTITUSl INSTITUSI A.. G.... B....... CARA MANA YANG BAlK SEKALI DAPAT BERI KITA INGAT EJAAN PERKATAAN-PERKATAA.N YANG CIKGU AJAR: A. D B.o c.o

Metaingatan Dan Hubungannya Dengan Prestasi lngatan Item 14 83 PETAK-PETAK MANA YANG BAlK SEKALI BOLEH BERI KITA INGAT CERITA DALAM GAMBAR BERSIRI INI. c.d

84 Mohamad Daud Hamzah Item 17 17. Sila baca karangan ini: Pada suatu hari ada lima kali ganda oreng-orang lelaki berbanding dengan orangorang perempuan di perpustakaan ini. Tempat-tempat duduk dibuat dari kerusi bertilam dan bahim-bahan bacaan pula terdiri dari buku-buku dan majalah-majalah. Perpustakaan A warn mempunyai sebuah ruang bacaan yang ada banyak tempat duduk dan bahan bacaan. Mereka pergi untuk membaca apa-apa juga bahan yang mereka suka... JAWAPAN MANA YANG BAlK SEKALI BOLEH BERI KITA INGAT KARANGAN INI: A. B. c. Perpustakaan A warn mempunyai ruang bacaan yang ada banyak kerusi dan bahan bacaan. Pada suatu hari orang-orang yang membaca di sini terdiri dari: 5 x (bilangan lelaki) - (bilangan perempuan) D Perpustakaan A warn mempunyai ruang bacaan yang ada banyak kerusi dan bahan bacaan. P'ada suatu hari orang-orang yang membaca di sini terdiri dari: (bilangan lelaki) = 5 x (bilangan perempuan) D Tempat-tempat duduk dibuat dari kerusi bertilam dan bahan bacaan ialah buku dan majalah. Pada suatu hari orang-orang yang membaca di sini terdiri dari: (bilangan lelaki + bilangan perempuan) = orang D