Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Similar documents
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

Transcription:

KEBERKESANAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BAHASA MURID (The Effectiveness of the Contextual Approach in Improving the Language Skills of Students) Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia noorchahayangosman@gmail.com Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia d-zam@ukm.edu.my ABSTRAK Pendekatan kontekstual merupakan satu pendekatan terkini dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.pendekatan ini mengutamakan pengalaman murid berdasarkan situasi kehidupan sebenar sebagai asas utama dalam menghasilkan pembelajaran yang bermakna di dalam kelas.justeru atas faktor tersebut,kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan kontekstual dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid yang tertumpu kepada murid tahun satu yang masih tidak menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu.Perbandingan pendekatan pengajaran telah dilakukan bagi melaksanakan kajian ini,iaitu perbandingan antara pendekatan pengajaran tradisional dan pendekatan pengajaran kontekstual dengan melihat pencapaian murid melalui keputusan praujian dan pasca ujian. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.instrumen kajian menggunakan ujian pra dan ujian pasca secara asasnya adalah untuk mengukur perubahan tingkah laku sampel secara sistematik bagi menentukan pencapaian sampel dalam pembelajaran sewaktu menggunakan pendekatan tradisional dan setelah menggunakan pendekatan kontekstual. Bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian kemahiran bahasa murid pendekatan kontekstual dan pendekatan tradisional pada peringkat ujian pra dan pasca, ujian t telah dijalankan dengan menggunakan perisian Statistic Package For Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan min skor pencapaian kumpulan murid rawatan lebih tinggi iaitu 80.47 berbanding kumpulan murid kawalan iaitu,61.67 dengan perbezaan sebanyak 18.80. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pendekatan kontekstual amat berkesan dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid. Kata kunci : Pendekatan kontekstual, kemahiran bahasa, pembelajaran bermakna ABSTRACT Contextual approach is an approach in the learning process which involves hands-on and minds-on. This study aimed to examine the effectiveness of the contextual approach in enhancing the language proficiency of students who focused on year one pupils are still not mastered the basic skills of Malay teaching approach Comparison has been done to carry out the study, which is the comparison between traditional teaching approaches and contextual teaching approach by looking at the students ' achievement through pre-test and post test results. This study is quantitative in nature by using quasi experimental design. This study involves 30 respondents divided into the control group and treatment group. An instrument using pre-test and post-test was primarily to measure changes in the behaviour of the sample on a systematic basis to ensure that the sample in learning achievement using traditional approaches during and after use the contextual approach. To determine whether there is a significant difference between the achievements of the students language skills and contextual approach traditional approach during the pre-test and post-test, t tests have been carried out by using the Statistic Software Package For Social Science (SPSS) version 22.0. The findings showed a mean score of the achievement of the students group higher treatment compared to control group students 80.47 i.e. 61.67 with difference of 18.80. This proves that the contextual approach is very effective in enhancing the language proficiency of students. Key words: Contextual Approach, language skills, learning means 297

pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu di sekolah merupakan usaha berterusan yang dilakukan untuk melahirkan generasi yang trampil berbahasa Melayu dan dapat berkomunikasi dengan baik untuk memenuhi keperluan diri sebagai individu dan ahli dalam masyarakat,seterusnya menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara. Hal ini demikian selari dengan peranan Bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan dan medium perpaduan rakyat di negara ini. Menurut Awang Sariyan (2014) matlamat pendidikan bahasa berteraskan kepada dua aliran iaitu pendidikan berasaskan kemahiran bahasa yang merangkumi tiga komponen utama bahasa iaitu, fonologi, tatabahasa, dan semantik. Manakala aliran kedua adalah berasaskan kepada kemahiran sosial dan komunikatif yang menekankan aspek fungsional bahasa. Bagi mencapai matlamat kedua-dua aliran tersebut,guru Bahasa Melayu disarankan untuk menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid.namun,jika dilihat kepada perkembangan sejarah pendekatan pengajaran guru sejak dahulu lagi,guru menyalurkan pengetahuannya pada murid adalah secara lisan atau ceramah. Menurut Roestiyah N.K (1998 ) cara mengajar yang paling tradisional dan telah lama dijalankan dalam sejarah pendidikan ialah cara mengajar dengan ceramah.pendekatan tradisional ini pada umumnya,ditandai dengan ceramah dan diiringi dengan penjelasan serta pembahagian latihan.subiyanto (1988 ) menjelaskan bahawa,kelas dengan pembelajaran secara biasa mempunyai ciri-ciri pembelajaran secara klasik dengan pelajarnya tidak mengetahui apa tujuan mereka belajar dan hanya menerima isi pengajaran yang disampaikan oleh guru tanpa banyak soal. Perkara ini mungkin menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar. Dalam masa yang sama ilmu yang diterima tidak kekal lama. Salah satu pendekatan moden yang merujuk kepada pembelajaran berpusatkan murid ialah pendekatan kontekstual. Perkataan kontekstual berdasarkan takrifan ( Kamus Dewan cetakan 2005 ; 818) ialah perkara yang mempunyai kaitannya dengan konteks atau yang menurut konteks.menurut Nik Hassan Basri (2011) pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, kehidupan masyarakat,dan alam pekerjaan.(ppk,2001). Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses apa-apa maklumat atau pengetahuan baharu dengan cara bermakna kepada mereka. Hal ini demikian, daya fikiran atau minda mereka akan cuba mencari makna dalam konteks,iaitu dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya.pembelajaran yang dilalui oleh murid akan menjadi lebih bermakna dan berkesan kalau maklumat yang diterima itu dalam konteks yang berbagai bagai dan yang benar benar bermakna kepadanya. Konteks yang pelbagai itu adalah seperti maklumat yang berhubungan dengan budaya,sosial, psikologi,dan halhal yang berkaitan dengan fizikal. Nik Hassan Basri (2011). Oleh itu,untuk menghasilkan pembelajaran yang benar-benar berkesan,guru mestilah peka dan bijak memilih atau penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran,seperti bilik darjah,hal hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian,makmal,kantin,perpustakaan,bengkel,tandas dan tempat kerja.pendekatan kontekstual merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memiliki unsur cabaran,berkesan dan menyeronokkan,dan dapat menyumbang ke arah peningkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. PERNYATAAN MASALAH Husin et al (2011) mendefinisikan literasi sebagai kebolehan membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal,ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dan serta mengaplikasikannya dalam komunikasi harian. Sejajar dengan matlamat untuk memastikan murid-murid tahap satu menguasai kemahiran membaca dan menulis seperti yang fokuskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu penekanan asas kemahiran bahasa maka program LINUS telah dilaksanakan,iaitu suatu program altenatif yang telah dirangka untuk murid-murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.program Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid murid tahun satu yang telah dilaksanakan mulai tahun 2006. Matlamat LINUS adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program literasi dapat menguasai kemahiran Bahasa Melayu kecuali murid-murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program ini.objektif LINUS mencakupi tiga perkara iaitu memastikan murid dapat mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup, membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka,suku kata tertutup,perkataan berimbuhan awalan dan akhiran, membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan. Bagi melihat perkembangan penguasaan murid terhadap kemahiran yang telah disasarkan,murid murid tahap satu berkenaan akan disaring melalui pentaksiran yang dijalankan pada bulan Mac,Jun dan September. Saringan adalah bertumpu kepada kesihatan murid bagi mengenal pasti murid-murid berkeperluan khas dan murid-murid yang tidak melepasi saringan.murid murid yang dikenal pasti pendidikan berkeperluan khas akan dimasukkan 298

ke kelas pendidikan khas manakala murid murid yang tidak melepasi saringan akan ditempatkan dalam program LINUS. Jika dilihat kepada objektif yang disasarkan, kemahiran bahasa yang ditumpukan adalah mudah, merangkumi suku kata terbuka,tertutup,perkataan berimbuhan awalan dan akhiran serta diakhiri dengan ayat majmuk menggunakan kata hubung dan. Namun begitu, selepas tiga tahun pembelajaran masih terdapat kumpulan murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis.fenomena ini amat membimbangkan.jika dilihat kepada analisis pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan yang dilaporkan melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 bagi sekolah kebangsaan sebanyak 2.2 % daripada 317,815 calon yang menduduki peperiksaan tersebut mendapat gred E bagi Bahasa Melayu Pemahaman dan 6.2% daripada 317,772 calon yang menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan mendapat gred E.Manakala bagi sekolah jenis kebangsaan sebanyak 8.1% daripada 113,161 calon yang menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman dan 17.3% murid daripada 113,154 calon yang menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan mendapat gred E.(http://buletinkpm.blogspot.my).Hal ini sudah pasti menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir pihak apatah lagi dari kalangan guru yang gusar melihat situasi ini.justeru sebagai individu yang bertanggungjawab,guru bersama sama pihak sekolah sering mengambil langkah melakukan pascanilai bagi merungkai persoalan ini setiap tahun bagi mencari jalan penyelesaian berhubung pencapaian murid ini. Menurut Abdul Rahim.(1998) dalam Syahida Nadia (2015) kegagalan guru dalam menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menyebabkan murid hilang minat dan mendorong mereka berasa bosan,mengantuk dan berasa jemu berbanding dengan pendekatan pengajaran berpusatkan murid yang lebih merangsang murid untuk terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian murid.terdapat beberapa pendekatan pengajaran pembelajaran berpusatkan murid yang disarankan kepada guru untuk dipraktikkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Salah satu pendekatan yang menekankan penglibatan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan kontekstual.pendekatan kontekstual menurut Zamri (2014) ialah pembelajaran yang melibatkan aktiviti amali dan praktikal mengikut keadaan, situasi dan kejadian sebenar yang seharusnya mampu membawa pelajar kepada matlamat dan objektif pembelajaran serta dapat memberi makna dalam kehidupan seharian. Namun yang menjadi persoalan, apakah benar pendekatan kontekstual berupaya meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa murid. Dalam keadaan kepelbagaian murid di dalam kelas mampukah pendekatan kontekstual meningkatkan kemahiran literasi murid kumpulan lemah.apakah pendekatan kontekstual merupakan pendekatan pengajaran yang berkesan dalam usaha meningkatkan penguasaan muridmurid tahun satu yang masih tidak menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu? Justeru bagi menentukan keberkesanan pendekatan kontekstual dalam meningkatkan pencapaian murid khususnya murid dalam kumpulan lemah maka adalah penting untuk diadakan kajian perbandingan antara pendekatan kontekstual dan pendekatan tradisional dalam meningkatkan kemahiran literasi murid di sekolah rendah. Jika benar pendekatan kontekstual berkesan dan mampu meningkatkan kemahiran berbahasa maka mungkinkah terdapat perbezaan pencapaian murid melalui saringan yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Hakikat ini perlu direnungi memandangkan selama ini pendekatan tradisional telah lama diamalkan dan telah juga menunjukkan peningkatan bilangan murid yang mendapat gred A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum Kurikulum Standard Sekolah Rendah dilaksanakan pada tahun 2011. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendekatan dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid yang bertumpu kepada murid tahun satu yang masih tidak menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu.Perbandingan pendekatan pengajaran telah dilakukan bagi melaksanakan kajian ini iaitu,perbandingan antara pendekatan pengajaran tradisional dan pendekatan pengajaran kontekstual dengan melihat pencapaian murid melalui keputusan praujian dan pasca ujian. OBJEKTIF KAJIAN Pendekatan kontekstual merupakan pendekatan terkini dalam PdPc yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.secara khusus objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dan murid pendekatan tradisional dalam ujian pra. 299

2. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dalam ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. 3. Menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dan murid pendekatan tradisional dalam ujian pasca. SOALAN KAJIAN 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dengan murid pendekatan tradisional dalam ujian pra? 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dalam ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu? 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dengan pendekatan tradisional dalam ujian pasca? HIPOTESIS KAJIAN Berikut merupakan hipotesis nul yang diuji pada paras signifikan 0.05. Ho1 Ho2 Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dengan murid pendekatan tradisional dalam ujian pra. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dalam ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dengan pendekatan tradisional dalam ujian pasca. ULASAN KEPUSTAKAAN Pendekatan kontekstual merupakan pembelajaran kontekstual yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,masyarakat dan persekitaran,dan alam pekerjaan.pembelajaran kontekstual menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on dalam persekitaran pelbagai.(pusat Kembangan Kurikulum,2001).Menurut Dina Novita (2013) melalui pendekatan kontekstual,teori pembelajaran behaviouris yang menekankan rangsangan dan gerak balas diikuti dengan ganjaran hebat dapat diukur melalui pemerhatian guru terhadap tingkah laku pelajar sewaktu melibatkan dalam PdPc manakala teori konstruktivisme yang beranggapan bahawa murid dapat membina pengetahuan mereka sendiri dapat diuji melalui usaha murid menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan dan pengalaman yang terdahulu.satriani et al (2012) pula menyatakan bahawa pendekatan kontekstual merupakan falsafah pembelajaran yang menekan kepentingan pengalaman murid dalam menyediakan cara untuk murid mencapai matlamat pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi. Jika diteliti kepada kajian Dina Novita (2013),Satriani et al(2012) dan tafsiran Pusat Kembangan Kurikulum (2001) dapat dirumuskan bahawa pembelajaran kontekstual berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sendiri dengan pengetahuan baharu secara bermakna.proses hubungkaitkan ini berlaku dalam minda setara dengan teori pembelajaran dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama ada melalui kata-kata,perlakuan atau penghasilan tugasan.pengalaman sedia ada ini melibatkan peraturan bahasa,adat budaya,persekitaran sosial,psikologi,alam fizikal,amalan kehidupan,sekolah,tempat kerja atau tempat tinggal,pelbagai bidang ilmu,dan sebagainya.pada asasnya,pembelajaran melalui pendekatan kontekstual memerlukan murid bertanya,menalar,mencuba (eksperimen),dan membentuk jaringan di mana kemenjadian murid dapat diukur berdasarkan tiga domain iaitu sikap,pengetahuan dan ketrampilan.justeru,bagi mencapai ketiga tiga domain tersebut guru perlu bertindak merangsang kemampuan murid dalam memperoleh pengetahuan bermakna yang mana murid akan mengalami proses pembelajaran berasaskan kaedah ilmiah.(hudson dan Whistler,2007) KOMPONEN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN KONTEKSTUAL Wijarwadi(2008) dalam Dina Novita (2013) menggariskan tujuh komponen yang perlu digunakan dalam proses pembelajaran kontekstual antaranya ialah konstruktivis,inkuiri,menyoal,komuniti pembelajaran,model,refleksi dan penilaian autentik. 300

Konstruktivis Konsep pembelajaran kontekstual berasaskan prinsip teori pembelajaran konstruktisvis iaitu,menekankan cara bagaimana murid membina pengetahuan mereka sendiri.terdapat lima langkah dalam proses PdPc kontekstual iaitu,mengaktifkan pengetahuan,memperoleh pengetahuan,memahami pengetahuan,mengaplikasi pengetahuan dan dapat merefleksikan pengetahuan.menurut Zamri (2014) murid-murid akan bertindak kepada pengalamanpengalaman pencaindera dengan cara membina di dalam minda mereka skema atau struktur kognitif yang akan membentuk makna dan kefahaman.justeru dalam perkaitan konstruktivis dengan pendekatan kontekstual ini,dapat dirumuskan bahawa PdPc kontekstual ini berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baharu dengan cara bermakna dalam rangka minda melalui penemuan, mengkaji, mengeksperimen, berbincang, menyoal,menilai, dan melakukan.(indera devi dan Ng Chew Mei,2000) Inkuiri Prinsip utama pembelajaran kontekstual ini ialah proses penemuan murid terhadap sesuatu maklumat atau pengetahuan melalui pemikiran secara kritis. Melalui konponen inkuiri,murid perlu melakukan penyiasatan sendiri di bawah bimbingan guru.proses penemuan ini memerlukan murid mencari pengetahuan melalui kaedah penyoalan dan penemuan berlaku apabila murid menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip.bagi tujuan itu,murid akan melakukan aktiviti penyiasatan menggunakan pancaindera mereka dan proses mental akan menyebabkan murid melakukan pemerhatian, pengelasan, meramal, menerangkan, membuat inferens,dan sebagainya.(nelly Ezatul Fazlina,2012) Menyoal Penyoalan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran kontekstual.menurut Wijarwadi(2008) murid bertanya kerana ingin mengetahui sesuatu yang mereka tidah ketahui.zamri (2014)menyatakan guru perlu menggalakkan murid untuk mengemukakan idea dan persoalan agar pemikiran murid terangsang untuk mengemukakan persoalan dan idea-idea yang bernas.guru perlu sentiasa menyediakan ruang untuk murid bertanya dan memberi maklum balas terhadap pertanyaan mereka.menurut NgahRazali(2001)soalan lisan guru merupakan salah satu faktor yang dapat merangsang peningkatan pemahaman murid. Komuniti Pembelajaran Komuniti pembelajaran yang dimaksudkan oleh Wijarwadi(2008) dapat ditafsirkan sebagai proses pembelajaran berkonsepkan pembelajaran kolaborasi.md Izzat(2013) menyatakan pembelajaran kolaborasi ini merangkumi ciri ciri seperti ganjaran kumpulan,tanggungjawab individu,peluang yang sama untuk berjaya,matlamat kumpulan,peranan ahli,interaksi,kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.melalui komuniti pembelajaran murid akan berkongsi dan berbincang dan seterusnya dapat membantu rakan secara positif.suasana pembelajaran lebih kondusif dan berpusatkan murid manakala guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Model Guru akan memberi contoh jika murid sukar memahami konsep sebenar sesuatu pengetahuan.sebagai contoh,guru memberikan contoh dengan mengucapkan kata-kata tertentu.kamarul Azmi(2008) menyatakan guru perlu mempunyai kemahiran dalam menghubungkan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam pengajaranya seterusnya berkeupayaan untuk mmenggunakan contoh contoh di samping mahir mengoperasikan sesuatu aktiviti,cara untuk menguasasi pengetahuan atau ketrampilan tertentu. Refleksi Boyd dan False dalam Hanis Zuraihin et al(2015) menyatakan bahawa refleksi dalam pembelajaran merupakan satu proses meneroka dan menilai secara mendalam tentang kebimbangan isu yang dicetus oleh pengalaman individu.menurut Hanis Zuraihan(2015) proses refleksi mendorong murid untuk berfikiran kritis di mana murid dirangsang untuk menyusun kembali konsep konsep dengan tujuan menilai sesuatu situasi atau objek.beberapa aktiviti yang dalami oleh murid dapat membina diri murid dengan menyusun sesuatu mengikut keutamaan,menentukan akibat atau kesan,kesimpulan,membuat perbandingan,rumusan,penilaian,kefahaman 301

untuk menghujah,usaha mengumpulkan maklumat,pertimbangan tentang kebaikan dan kelemahan,usaha mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah. Penilaian Auntentik Penilaian autentik dilakukan oleh guru bagi mengesan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang dipelajari.berbeza dengan pendekatan tradisional.menurut Dikli (2003) pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pelajaran yang menekankan kebolehan murid mengingat dan kemahiran menghafal semata mata.pentaksiran autentik mentafsir kemahiran berfikir murid dengan menekankan kepada perkembangan dan prestasi murid.sekiranya seseorang itu gagal untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, mereka masih diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila bila masa dalam keadaan yang berbeza.pentaksiran bersifat autentik adalah seperti kerja kursus, projek,persembahan,aktiviti jasmani,sahsiah dan pembinaan jati dri murid dalam proses pembinaan modal insan secara holistik. Sehubungan itu,apa yang dapat dirumuskan tentang pelaksanaan PdPc kontekstual ini ialah guru seharusnya perlu merangsang murid terlebih dahulu dalam usaha mendorong murid agar bersedia mengikuti PdPc.Malah dalam memastikan murid memahami isi pelajaran yang dipelajari,aktiviti hands on merupakan elemen utama pembelajaran kontekstual yang mana dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada murid. Melalui aktiviti berpusatkan murid ini,nurid dapat berbincang dan berinteraksi dalam kumpulan di samping berusaha menjayakan proses inkuiri dan menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. PENDEKATAN KONTEKSTUAL DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN BAHASA MELAYU Kajian Rio Sumami &Abd Aziz (2016) menunjukkan perlaksanaan pengajaran secara kontekstual mendapat sambutan yang positif dari kalangan guru.kebanyakan guru menggunakan pendekatan kontekstual dengan dibantu oleh bahan media pengajaran cara ini telah memberi kesan terhadap pembelajaran.pelajar yang dikaji telah menunjukkan perkembangan yang baik iaitu,dapat menambah baik kemahiran membaca pelajar,menambah baik kemahiran komunikasi pelajar dan juga menambah baik penaakulan saintifik. Menurut Nik Hassan Basri(2011) pendekatan kontekstual penting dalam proses PdPc Bahasa Melayu adalah disebabkan pendekatan ini menekankan pembelajaran melalui pengalaman sendiri yang membolehkan murid melakukan aktiviti hands on dan berpeluang untuk penemuan kendiri.ramayani (2007) pula menyatakan pendekatan kontekstual merupakan pendekatan yang berkesan dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan aktiviti,pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran menjadi lebih baik berasaskan pemahaman konsep dari fakta yang nyata dan bukan sekadar menghafal,perbincangan menjadi lebih bermakna kerana menyelesaikan masalah secara kognitif murid.kedua dua hasil kajian membuktikan bahawa pendekatan kontekstual merupakan pendekatan pembelajaran yang bermatlamat membantu murid untuk menemukan sendiri dan membentuk pengetahuannya melalui dasar pemikiran konstruktivisme.murid akan didorong untuk mengaitkan pengetahuan sesuai dengan situasi di mana ia berada.pengaplikasian pendekatan kontekstual dalam PdPc Bahasa Melayu pada asasnya dapat mempengaruhi dan menyebabkan berlakunya perubahan kognitif,afektif dan psikometrik.seterusnya,dengan perubahan ini murid mampu mengolah informasi dan menghubungkannya dengan kehidupan sehari hari. Nursyuhada (2013) menyatakan pendekatan kontekstual banyak diaplikasikan dalam teknik multisensori.teknik ini menjadi lebih berkesan apabila input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang,huruf menggunakan kertas pasir,warna yang terang,dan sebagainya.murid-murid akan belajar Bahasa Melayu dengan meneroka melalui pancaindera mereka.bahan bantu mengajar merupakan daya tarikan yang dapat menarik perhatian murid dan membantu penguasaan pancaindera murid murid.menurut Montessori (2006) permainan merupakan rangsangan kepada murid untuk suka belajar.hal ini demikian,murid tidak dapat berfikir secara abstrak maka mereka perlu bahan konkrit dan pengalaman sebenar bagi memahami sesuatu perkara.kajian-kajian ini menjelaskan bahawa dalam memastikan keberkesanan PdPc Bahasa Melayu menggunakan pendekatan kontekstual,guru perlu memainkan peranan penting untuk memotivasikan murid mengikuti proses pembelajaran menggunakan teknik pengajaran yang menyeronokkan serta melahirkan keterujaan murid mengikuti PdPc dan menyediakan bahan bantu belajar yang dapat menarik perhatian murid untuk memanipulasi alat tersebut dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Dalam proses melaksanakan aktiviti murid bagi tujuan memberikan kefahaman kepada murid terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan kepada murid, aktiviti hands on merupakan elemen utama pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid pendekatan kontekstual. Menurut Mary Tan Muyee (2012) aktiviti hands on merupakan pembelajaran autentik yang mana pembelajaran berlaku secara langsung dengan pengalaman murid. 302

Pembelajaran melalui aktiviti hands on dapat memberikan murid murid pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Bagi kumpulan murid sekolah rendah khususnya tahap satu aktiviti pembelajaran yang digemari sudah pasti aktiviti yang menyeronokkan. Maka atas faktor itu, setara dengan penjelasan Mary Tan Muyee (2012) aktiviti hands on merupakan pembelajaran yang dirancang yang boleh dilakukan sendiri oleh murid dalam kumpulan dengan memanipulasikan alat atau bahan yang disediakan oleh guru.dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan kontekstual, guru haruslah merancang aktiviti yang mana melalui aktiviti tersebut dapat mencetuskan daya berfikir murid dan menyelesaikan masalah sehingga terdorong naluri ingin tahu dalam diri murid dan seterusnya menjadikan proses pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih bermakna kepada murid. Menurut Zamri(2016)dalam PdPc Bahasa Melayu terdapat banyak tajuk atau aktiviti yang berbentuk penyelesaian masalah yang boleh diajarkan oleh guru.apa yang perlu dilakukan oleh guru adalah merancang aktiviti yang pernah dilalui oleh murid.hal ini demikian,memudahkan murid menghubung kaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu yang ditemui dalam tajuk yang dipelajari dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Mohd Ali (2003)menyatakan bahawa bagi memastikan keberkesanan pendekatan kontekstual PdPc Bahasa Melayu,guru haruslah memastikan setiap murid dapat melihat perkaitan antara apa yang dipelajari di dalam kelas dan dunia luar.antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bagi membolehkan murid dapat menggambarkan serta melihat perkaitan pengetahuan yang dipelajari dengan pengetahan sedia ada mereka adalah dengan menayangkan video,melakukan amali di dalam makmal,melakukan lawatan ke lokasi yang berkaitan dengan isi pelajaran,menggunakan teks dan sebagainya.sebagai contoh untuk menerapkan pengajaran nilai murni yang tersirat bagi tujuan kemahiran berfikir,guru boleh membawa murid ke kantin atau lokasi lain di sekolah bagi tujuan pendedahan kepada nilai nilai yang ingin diajar berkaitan tajuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Pendekatan kontekstual merupakan pendekatan yang padat dengan rangkuman kriteria yang penting bagi memastikan PdPc Bahasa Melayu berlaku dengan berkesan.kriteria pengelolaan murid dalam menjalankan aktiviti telah diambil kira dengan konsep koperatif dan kolaboratif,pengetahuan murid yang dibina secara sedikit demi sedikit berasaskan konstruktivis dan pengalaman yang dialami sendiri menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid seterusnya mendorong kepada peningkatan pencapaian dalam kemahiran bahasa murid. Hal ini demikian, melalui aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu yang dijalankan berasaskan pedekatan kontekstual,murid akan terlibat aktif dalam ketiga tiga kemahiran bahasa iaitu, kemahiran mendengar,membaca dan menulis.walaupun adakalanya tidak dilakukan ketiga tiga kemahiran tersebut secara serentak namun proses pendidikan Bahasa Melayu yang berterusan di sekolah mampu mencapai matlamat pendidikan dua aliran yang disasarkan iaitu, pendidikan berasaskan kemahiran bahasa yang merangkumi tiga komponen utama bahasa iaitu,fonologi,tatabahasa,dan semantik dan aliran kedua yang berasaskan kepada kemahiran sosial dan komunikatif yang menekankan aspek fungsional bahasa. KEBERKESANAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN Rio Sumami dan Abd Aziz (2016) menyatakan perlaksanaan pengajaran secara kontekstual mendapat sambutan yang positif dari kalangan guru.kebanyakan guru menggunakan pendekatan kontekstual dengan dibantu oleh bahan media pengajaran dan cara ini telah memberi kesan terhadap pembelajaran. Murid yang dikaji telah menunjukkan perkembangan yang baik iaitu dapat menambah baik kemahiran membaca pelajar, menambah baik kemahiran komunikasi pelajar, dan juga menambah baik penaakulan saintifik.dapatan kajian ini juga setara dengan Intan Satriani et al (2012) melalui kajiannya terhadap penggunaan pendekatan kontekstual dalam mengajar kemahiran menulis yang mendapati bahawa berdasarkan hasil penulisan murid menunjukkan pendekatan kontekstual ini telah berjaya menambah baik kemahiran menulis murid. Rahmayani (2007) menyatakan proses belajar mengajar konvensional atau tradisional dilaksanakan sesuai dengan perancangan pembelajaran yang telah disusun, sehingga pembelajaran sesuai dengan isi pelajaran dan tujuan pembelajaran dari awal pembelajaran hingga akhir proses pembelajaran,sebahagian besar waktu digunakan guru untuk menjelaskan isi pelajaran kepada murid. Berdasarkan pemerhatian Rahmayani (2007) suasana pembelajaran konvensional tampak kaku kerana pelajar hanya duduk diam mendengarkan penjelasan dan informasi isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Keaktifan pembelajaran adakala kelihatan aktif tetapi kadang kadang kelihatan bosan dengan proses pembelajaran tersebut.situasi pembelajaran tersebut amat berbeza dengan pendekatan kontekstual.menurut Dinny Eritha (2005) pendekatan kontekstual telah memotivasikan murid mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas. Situasi ini dapat dilihat berdasarkan tindakan pelajar yang berlumba lumba menunjukkan kemampuan mereka dengan bertanya atau mengemukakan pendapat sehingga akhirnya wujud titik persamaan dalam menyelesaikan masalah malah pelajar lain dapat mengajar pelajar lemah yang lain. 303

Menurut Ramayani (2007) pendekatan kontekstual merupakan pendekatan yang efektif dapat meningkatkan penglibatan murid dengan aktif,pemahaman murid terhadap isi pelajaran menjadi lebih baik kerana berasaskan pemahaman konsep dari fakta yang nyata dan bukan sekadar menghafal.perbincangan menjadi lebih bermakna kerana menyelesaikan masalah secara bersama dan melalui pembentangan di hadapan kelas mampu meningkatkan kemampuan verbal dan kognitif pelajar. Bahkan dari semua kegiatan mempamerkan impak yang positif terhadap motivasi belajar murid yang bermatlamat untuk pencapaian prestasi murid yang optimum. Situasi berlaku sebaliknya terhadap pembelajaran konvensional yang merupakan pembelajaran yang biasa dilakukan oleh guru iaitu menyampaikan isi pelajaran kemudian memberikan tugas. Berdasarkan kajian kajian perlaksanaan pendekatan kontekstual menunjukkan hasil pembelajaran yang positif dan berkesan diperoleh serta mendatangkan kesan yang bermakna kepada murid. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi para pengkaji terhadap penggunaan pendekatan kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya murid murid sekolah menengah. Motivasi murid untuk belajar meningkat di samping berjaya meningkatkan komunikasi murid dalam proses pembelajaran. Penilaian autentik yang dapat dilakukan semasa proses pembelajaran dan selepas proses pembelajaran memudahkan usaha guru untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran bahasa yang diajar di dalam kelas secara jelas dan terperinci melalui kutipan data berdasarkan pemerhatian serta hasil tugasan murid. Namun fenomena ini menjurus kepada kumpulan murid di sekolah menengah. Adakah situasi yang serupa akan berlaku kepada murid sekolah rendah khususnya murid kumpulan LINUS tahun satu. Kajian perlu dilakukan bagi meneliti keberkesanan pendekatan kontekstual terhadap usaha meningkatkan kemahiran bahasa murid kumpulan LINUS. METODOLOGI Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan untuk mendapatkan gambaran bagi menentukan keberkesanan pendekatan kontekstual dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid. REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kuasi eksperimen telah dipilih oleh pengkaji untuk digunakan dalam kajian ini.reka bentuk kuasi eksperimen dipilih kerana pengkaji tidak dapat menggunakan prosedur perawakan sepenuhnya sebaliknya pengkaji menyediakan sampel dari kelas sedia ada tanpa memilih responden secara rawak.pengkaji hanya berupaya menggunakan sampel yang terdiri daripada murid dalam sesuatu kelas tanpa mengganggu atau menyusun semula kedudukan murid dalam kelas berkenaan. Reka bentuk ini menggunakan dua kumpulan responden yang tidak dipilih secara rawak.hal ini demikian,kerana pengkaji tidak dapat menukar jantina,bangsa,pencapaian dan kedudukan murid dalam kelas.dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan kelas aliran tahun satu dan melibatkan dua buah kelas sedia ada tanpa mengubah kedudukan dan pencapaian murid.pihak pentadbir sekolah dan guru kelas telah memaklumkan kepada pengkaji bahawa pencapaian akademik murid bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan adalah hampir sama dan setara.murid-murid tahun satu di sekolah ini telah menduduki ujian diagnostik terlebih dahulu sebelum memulakan sesi persekolahan. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang utama digunakan dalam proses pengumpulan data bagi kajian ini ialah set ujian pra dan set ujian pasca.markah ujian pra dijadikan asas perbandingan dengan markah yang diperoleh dalam ujian.kedua-dua kumpulan diberikan ujian pasca untuk mengukur keberkesanan pendekatan pengajaran yang digunakan dalam pengajaran.markah ujian pasca yang diperoleh dikumpul dan dibandingkan dengan markah ujian pra bagi melihat perbezaan pencapaian antara pelajar kumpulan rawatan dan pelajar kumpulan kawalan.dalam kajian ini,analisis data melibatkan data-data kuantitatif yang diperoleh dan diproses dan dianalisis dengan menggunakan statistik inferens.penghasilan data dibuat dengan menggunakan program statsitik SPSS versi 22.0. SAMPEL DAN POPULASI KAJIAN Tujuan utama penyelidikan ini untuk menentukan keberkesanan pendekatan kontekstual dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid yang berfokus kepada kumpulan murid LINUS.Justeru,bagi melibatkan semua subjek dalam populasi untuk menentukan keberkesanan pendekatan kontekstual ini adalah satu perkara yang tidak praktikal. Penyelidikan akan menjadi terlalu sukar jika melibatkan semua murid dalam populasi tersebut. Ia akan melibatkan kos yang besar, memakan masa yang lama dan memerlukan khidmat ramai penyelidik. 304

Oleh itu,dengan adanya proses persampelan,ia memudahkan pengkaji untuk membuat inferens atau penyeluruhan penemuan yang didapati berdasarkan pengamatan yang teliti terhadap sebahagian kecil subjek (sampel) daripada populasi yang besar tersebut.walaupun penemuan kajian menggunakan persampelan tujuan ini tidak dapat mewakili populasi tetapi dapat memberikan gambaran awal mengenai bidang kajian. Bagi menentukan responden yang dipilih mewakili populasi kajian, kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini dengan memilih kumpulan murid LINUS tahun 1 dari dua kelas yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran bahasa yang hampir sama. Pemilihan kumpulan ini adalah berdasarkan keputusan ujian diagnostik sekolah berkenaan. Penggunaan sampel bertujuan adalah untuk membolehkan pengkaji menentukan responden yang sesuai dan khusus dengan tujuan kajian. Melalui persampelan bertujuan ini,pengkaji menggunakan 30 orang murid dari dua kelas yang berbeza tetapi mempunyai tahap pencapaian yang lebih kurang sama dan tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis. 30 orang murid ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 15 orang kumpulan kawalan dan 15 orang kumpulan rawatan. Kesemua sampel adalah terdiri daripada murid atau pelajar berbangsa Melayu, di mana mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah adalah sebagai bahasa pertama. DAPATAN KAJIAN Persian SPSS (Statistical Package for Social Science) telah digunakan bagi menganalisis data data yang diperoleh melalui kajian. Data-data yang diperoleh telah dianalisis untuk menentukan aras signifikan di antara hubungan yang dinyatakan dalam hipotesis Ho1, Ho2 dan Ho3.Aras signifikan yang digunakan ialah 0.05. Berdasarkan analisis ini pengkaji dapat menentukan sama ada hipotesis yang dibina adalah diterima atau ditolak. Pencapaian Ujian Pra Antara Murid Kumpulan Rawatan dan Murid Kumpulan Kawalan Hipotesis ini bertujuan untuk melihat perbezaan pencapaian murid sebelum penggunaan pendekatan kontekstual antara kumpulan murid eksperimen dan kumpulan murid kawalan. Untuk hipotesis ini, ujian t telah dijalankan bagi menilai tahap pencapaian murid kedua dua kumpulan dalam ujian LINUS konstruk 1. Keputusan ujian yang diperoleh melalui program SPSS ini menunjukkan keputusan kajian ( t = 0.222, df = 28, p > 0.05 ) Nilai t ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian murid antara kedua dua kumpulan ini yang merupakan murid LINUS dari kelas yang berbeza. Jadual 1 menunjukkan nilai nilai min murid kumpulan kontekstual 63.933 (SP = 30.602), manakala nilai min pencapaian murid kumpulan tradisional ialah 61.6667 (SP = 25.013). Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan kontekstual dan murid kumpulan tradisional. Berdasarkan hasil keputusan ini menunjukkan hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid rawatan dengan murid kawalan dalam ujian pra adalah ditolak. Hasil ujian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian murid antara kumpulan kontekstual dan murid kumpulan tradisional. Pencapaian murid kumpulan kontekstual lebih rendah berbanding pencapaian murid kumpulan tradisional walaupun kedua dua kumpulan tersebut berada dalam populasi yang sama iaitu murid kumpulan LINUS. Jadual 1 : Ujian t bagi menunjukkan tahap pencapaian antara murid kumpulan pendekatan kontekstual dan kumpulan pendekatan tradisional dalam ujian pra Ujian Kumpulan Min SP Nilai t Sig kontekstual 63.933 30.602 Pra 0.222 0.826* tradisional 61.666 25.013 *P > 0.05 Pencapaian Murid Pendekatan Kontekstual dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Analisis ujian dijalankan bagi menilai perbezaan pencapaian murid pendekatan kontekstual dalam ujian pra dan pasca. Hasil analisis ujian t ditunjukkan seperti jadual 2. Berdasarkan jadual 2, didapati min ujian pra 63.9333 305

dan sisihan piawainya ialah 30.60221. Min ujian pasca pula didapati meningkat kepada 80.4667 dengan sisihan piawainya 24.3746. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan min pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran bahasa untuk konstruk LINUS selepas rawatan diberikan kepada kumpulan eksperimen. Hasil analisis ini juga menunjukkan nilai signifikan (p) yang diperoleh ialah P = 0.004. Hal ini bermakna aras signifikannya lebih kecil dari 0.05 ( P < 0.05). Ia juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian murid pendekatan kontekstual. Oleh itu, hipotesis Ho2, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian pelajar kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan pendekatan kontekstual dalam ujian pra dan pasca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah ditolak. Jadual 2 : Ujian t bagi menunjukkan tahap pencapaian murid pendekatan kontekstual dalam ujian pra dan pasca. Pendekatan Ujian Min SP Nilai t Sig Pra 63.933 30.602 kontekstual -3.408 0.004* Pasca 80.466 24.374 P < 0.05* Pencapaian Ujian Pasca antara Murid Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Analisis ujian t dijalankan bagi menilai perbezaan antara pencapaian murid pendekatan kontekstual dan pendekatan tradisional dalam ujian pasca. Hasil analisis ujian-t dalam jadual 3 menunjukkan perbezaan min yang amat ketara antara pencapaian murid kumpulan kontekstual dan murid kumpulan tradisional. Dapatan menunjukkan bahawa murid yang diajar melalui pendekatan kontekstual memiliki min yang lebih tinggi berbanding murid yang diajar melalui pendekatan tradisional. Min ujian pasca bagi murid kumpulan pendekatan kontekstual ialah 80.4667 dan sisihan piawainya 24.37466, manakala min ujian pasca bagi murid kumpulan pendekatan tradisional hanya 61.6667 dengan sisihan piawainya 25.01333. Perbezaan min ujian pasca bagi murid kumpulan pendekatan kontekstual dan murid pendekatan tradisional sebanyak 18.80000. Hal ini bermakna bahawa pencapaian murid kumpulan pendekatan kontekstual adalah lebih tinggi berbanding dengan pencapaian murid kumpulan pendekatan tradisional. Jadual 3 juga turut memaparkan nilai signifikan (p) yang diperoleh iaitu, p = 0.046. Hal ini bermakna aras signifikan lebih kecil daripada 0.05 ( p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian murid kumpulan pendekatan kontekstual dengan pencapaian murid kumpulan pendekatan tradisional dalam ujian pasca dengan nilai t = 2.085. Oleh itu, hipotesis Ho3, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid pendekatan kontekstual dengan murid pendekatan tradisional dalam ujian pasca adalah ditolak. Jadual 3 : Ujian t bagi menunjukkan tahap pencapaian murid pendekatan kontekstual dan murid pendekatan tradisional dalam ujian pasca. Ujian Kumpulan Min SP Nilai t Sig kontekstual 80.466 24.374 Pasca 2.085 0.046* tradisional 61.666 25.013 *P < 0.05 306

PERBINCANGAN Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa pendekatan kontekstual memberi kesan kepada peningkatan pencapaian murid dalam meningkatkan kemahiran bahasa.gambaran yang ini dapat dibuktikan melalui ujian-t yang telah dijalankan di mana skor min murid kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding skor min yang diperoleh oleh murid kumpulan kawalan.hasil dapatan ini setara dengan kajian yang dijalankan oleh Intan Satriani et al (2012) yang mendapati bahawa berdasarkan hasil penulisan murid yang diajar menggunakan pendekatan kontekstual telah berjaya menambah baik kemahiran menulis murid.seterusnya kajian ini juga disokong oleh kajian Ramayani (2007) yang menyatakan pendekatan kontekstual merupakan pendekatan yang efektif kerana dapat meningkatkan penglibatan murid dengan aktif,pemahaman murid terhadap isi pelajaran juga menjadi lebih baik kerana berasaskan pemahaman konsep dari fakta yang nyata dan bukan sekadar menghafal seterusnya berupaya memberi impak yang positif terhadap motivasi belajar murid yang bermatlamat untuk pencapaian prestasi murid yang optimum. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa setelah murid menjalani proses pembelajaran sebanyak 3 kali dalam tempoh satu minggu, kumpulan rawatan diberikan ujian pasca.berdasarkan dapatan,jelas membuktikan bahawa Ho2 yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan pasca adalah ditelah ditolak. Hal ini bermakna terdapat peningkatan markah pencapaian dalam ujian pasca berbanding ujian pra bagi kumpulan rawatan.min ujian pra bagi kumpulan murid pendekatan kontekstual iaitu,63.9333 telah meningkat kepada 80.4667.Situasi ini juga setara dengan dapatan kajian Rio Sumami dan Abd Aziz (2016) yang menyatakan pendekatan kontekstual telah memberi kesan terhadap pembelajaran.pengkaji bersetuju dengan Rio Sumami dan Aziz (2016) kerana dalam kajian ini terdapat seorang murid yang pada awalnya kelihatan pasif telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam ujian pasca serta menunjukkan keterujaan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru sewaktu PdPc Bahasa Melayu di dalam kelas.kenyataan Mary Tan Muyee (2012) tentang pengaruh aktiviti hands on dalam PdPc ternyata terbukti apabila pengkaji menggunakan aktiviti seni membina huruf menggunakan tanah liat dan aktiviti kolaj huruf yang berwarna berunsurkan pendidikan seni. Murid menyelesai masalah pembinaan huruf ini dengan penuh keterujaan dan seterusnya secara tidak langsung dapat memberi pengalaman bermakna kepada murid untuk mengenal huruf yang dibina serta berkeupayaan membezakan huruf.pengkaji juga menyokong akan pernyataan Nursyuhada (2013) tentang penggunaan teknik multisensori berasaskan pendekatan kontekstual. Perbandingan markah pencapaian dalam ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan turut dikenal pasti. Hipotesis Ho3, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian murid kumpulan pendekatan kontekstual dan murid kumpulan tradisional dalam ujian pasca adalah ditolak.penolakkan Ho3 ini disebabkan terdapat perbezaan markah pencapaian antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Min ujian pasca bagi murid kumpulan pendekatan kontekstual ialah 80.4667 dan sisihan piawainya 24.37466, manakala min ujian pasca bagi murid kumpulan pendekatan tradisional hanya 61.6667 dengan sisihan piawainya 25.01333. Perbezaan min ujian pasca bagi murid kumpulan pendekatan kontekstual dan murid pendekatan tradisional sebanyak 18.800. Hal ini bermakna bahawa pencapaian murid kumpulan pendekatan kontekstual adalah lebih tinggi berbanding dengan pencapaian murid kumpulan pendekatan tradisional. Justeru.dapatan ini jelas menunjukkan dapatan kajian Ramayani (2007) yang menyatakan pendekatan kontekstual merupakan pendekatan yang berkesan dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan mempamerkan impak yang positif terhadap motivasi belajar murid yang bermatlamat untuk pencapaian prestasi murid yang optimum. Situasi berlaku sebaliknya terhadap pembelajaran konvensional yang merupakan pembelajaran yang biasa dilakukan oleh guru iaitu menyampaikan isi pelajaran kemudian memberikan tugas. KESIMPULAN Pendekatan kontekstual merupakan pendekatan pengajaran yang mencakupi komponen komponen pembelajaran abad 21 yang menekankan kepada pembelajaran berpusatkan murid. Kreativiti murid dalam aktiviti pembelajaran kontekstual banyak membantu memberi pengalaman yang bermakna kepada murid untuk menguasai kemahiran yang perlu dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sejajar dengan Abdul Jalil Othman et al (2017) berdasarkan kajiannya terhadap Cabaran Guru Program LINUS Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa menjelaskan bahawa Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembangkan lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu,penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik,bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan motivasi untuk terus belajar. 307

Pernyataan tersebut juga setara dengan konsep pendekatan kontekstual Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2011) yang menyatakan pendekatan pembelajaran kontekstual atau dikenali sebagai pendekatan pragmatik, guru perlulah mengambil langkah untuk melaksanakan kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada suatu falsafah dan andaian yang menyediakan pembelajaran secara konkrit, iaitu pembelajaran yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Aktiviti pembelajaran haruslah dapat menyuntik keterujaan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan memanupilasi bahan media sebagai bahan bantu belajar yang sangat memotivasikan murid seperti pendekatan kontekstual. Bagi murid LINUS tahun 1, untuk menguasai konstruk 1 adalah lebih sesuai menggunakan teknik permainan dan didik hibur sejajar dengan aras perkembangan diri. Secara keseluruhannya,dapat dirumuskan bahawa pendekatan kontekstual memberi kesan yang positif dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid tahun satu kumpulan LINUS. Namun begitu,keberkesanannya adalah bersandarkan kepada profesionalisme guru.norhasniza Ibrahim et al (2016) menegaskan guru terlebih dahulu perlu mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap pendekatan kontekstual dan sejauh mana pelajar berpeluang untuk mengalami dan menyelesaikan masalah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kecekapan guru dalam merancang serta mengurus aktiviti pembelajaran merupakan asas kejayaan pendekatan kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran RUJUKAN Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia. Ab.Halid Zakaria & Jamaludin Badusah.2014.Penerapan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah. Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Dan Kesusasteraan Melayu Kali Ke-3.Penerbit : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Jalil Othman et al.. Cabaran Guru Program Linus Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. www.mycite.my/en/files/article//67667. (5 Feb 2017) Ahmad Nizar. 1997. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik murid-murid Tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian. Kertas Projek KSPK Institut Perguruan Darulaman. Alizah Lambri & Zamri Mahamod.2015.Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpusatkan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi : Pelaksanaan Dan Penerimaan Pelajar.2015.Jurnal Personalia Pelajar 18(1)(2015):1-9 Anisah Abdullah.2001.Keberkesanan Pendekatan KBKK Dalam Pengajaran Pemahaman ( Bahasa Melayu) di Tingkatan 4.Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Black, P. and Harrison, C. (2001) Feedback in questioning and marking: the science teacher s role in formative assessment. School Science Review 82 (June) 43 49. Bkasah Abu Bakar.2007. Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Utusan Publication & Distrubutors Sdn Bhd. Kuala Lumpur Chua Yan Piaw.2006. Asas Statistik Penyelidikan.MC..Graw Hill Education.(Malaysia) Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Crawford, M. (2002). Contextual Teaching and Learning: Strategies for Creating Constructivist Classroom(Conclusion). Connections. 11(9). 1-6.Available on http://www.cord.org/uploadedfiles/teaching Contextually (Crawford).pdf. (20 Disember 2016) Crawford.L.M.2001. Teaching Contextual : Research, rational, and techniques for improving student motivation and achievment. Texas : CCI Publishing, Inc. Dina Novita Wijayanti (2013) Contextual Teaching and Learning.Available on https://mydreamarea.wordpress.com Dikli, S. 2003. Assessment at a Distance :Traditional vs Alternative Assessment.The Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET,2 (3) Dina Novita Wijayanti. 2013. Contextual Teaching And Learning. https://mydreamarea.wordpress.com/2013/01/06/contextual-teaching-and-learning/ (20Disember 2016) Ghafar, M. A. 2011.Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah ( 2nd ed. Vol.371.26 ); Penerbit UTM Press. 308