GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Similar documents
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

CVT COLOUR VIBRATION THERAPY SDN BHD BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM KURSUS TERTINGGI COLOUR VIBRATION THERAPY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Faculty Of Information and Communication Technology

Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan Azizi Umar & Supyan Hussin Universiti Kebangsaan Malaysia

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

SEMESTER: TARII<H : /4 20 DIS 2005 (SELASJ~) KURSUS: DAT/SPK MASA : PG (2 jal1r1)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Ke atas Pelaksanaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ECONOMIC VALUATION OF CONSERVATION OF LIVING HERITAGE IN MELAKA CITY, MALAYSIA CHIAM CHOOI CHEA

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

BAB 4 PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di Tanah Melayu

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

Innovating for Competitive Edge. bahagian section4. berinovasi untuk kelebihan bersaing. innovating for competitive edge

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAKLIMAT PERSEDIAAN BENGKEL SEMAKAN SEMULA KPI JABATAN & INSTITUSI 2018

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUKUPANDUAN PERKHIDMATANUJIANGENETIK PUSATGENOM MANUSIA

THE IMPLEMENTATION OF TEACHING ENGLISH TO THE TENTH GRADE STUDENTS AT SMK NEGERI 8 SURAKARTA IN 2015/2016 ACADEMIC YEAR

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Research Journal ADE DEDI SALIPUTRA NIM: F

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

KENEGARAAN TOPIK 4 29/9/2015. Sinopsis Tajuk 4 HASIL PEMBELAJARAN. Dr Murni Wan Mohd Nor

PENCAPAIAN KPI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI KESELURUHAN 2013 (Q4)

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

Sila lekatkan gambar berukuran passport. 3. No. Kad Pengenalan/Pasport Identification Card /Passport No.

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT BAGI UJIAN KETANGKASAN AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

REKACIPTA INSTRUMEN STORK STAND BALANCE TEST BERTEKNOLOGI MICROCONTROLLER BAGI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Method. descriptive form in conducting the research since the data of this research

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

BIBLIOGRAPHIC INFORMATION

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Transcription:

LHDN.01/35/(S)/42/51/84 GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN 1. Objektif Garis panduan ini bertujuan memberi penjelasan berhubung dengan kriteria kelayakan, perbelanjaan yang dibenarkan dan pengiraan cukai pendapatan suatu syarikat yang melakukan perbelanjaan untuk mendapatkan sijil perakuan sistem kualiti dan standard serta sijil halal di bawah perenggan 34(6)(ma) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dan syarikat yang melakukan perbelanjaan untuk mendapatkan akreditasi di bawah perenggan 34(6)(m) ACP 1967. 2. Latar Belakang Perbelanjaan untuk memperolehi sijil perakuan sistem kualiti dan standard serta sijil halal bukan merupakan perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan pendapatan yang layak diberi potongan cukai di bawah ACP 1967. Oleh itu, mulai tahun taksiran 2001 peruntukan khas di bawah perenggan 34(6)(m) ACP 1967 diperkenalkan untuk membenarkan perbelanjaan tersebut diberi potongan cukai. Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing produk keluaran tempatan di pasaran global khususnya produk halal, amaun yang layak diberi potongan cukai ditingkatkan kepada dua kali ganda di bawah perenggan 34(6)(ma) ACP 1967 yang berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2005. Bagi menggalakkan penubuhan makmal pengujian dan tentukuran atau menjadi Badan Pensijilan yang diakredit oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), perenggan 34(6)(m) ACP 1967 telah dipinda. Mulai tahun taksiran 2004, suatu syarikat layak menuntut potongan cukai bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan bagi memperolehi akreditasi untuk sebuah makmal pengujian atau sebagai Badan Pensijilan. 1

3. Syarat Kelayakan 3.1 Perenggan 34(6)(m) ACP 1967 Perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat bagi memperolehi akreditasi untuk sebuah makmal pengujian atau sebagai badan pensijilan dibenarkan sebagai potongan cukai dengan syarat akreditasi ini dibuktikan dengan sijil yang dikeluarkan oleh JSM. 3.2 Perenggan 34(6)(ma) ACP 1967 Perbelanjaan yang dilakukan untuk tujuan memperolehi sijil perakuan sistem kualiti dan standard serta sijil halal dibenarkan sebagai potongan cukai dua kali ganda dengan syarat perakuan sijil mestilah daripada Badan Pensijilan yang telah ditentukan oleh Menteri. 3.3 Bagi kedua-dua perenggan di atas, perbelanjaan yang dituntut adalah dibenarkan dalam tempoh asas di mana sijil perakuan itu dikeluarkan. Jika proses mendapatkan perakuan melibatkan suatu tempoh yang melebihi satu tempoh asas, maka perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh asas sebelum sijil perakuan itu dikeluarkan akan disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas di mana sijil perakuan dikeluarkan. 3.4 Pada masa kini terdapat tiga skim akreditasi oleh JSM: i. Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM); i Scheme for the Accreditation of Certification Bodies (ACB); dan Malaysia Inspection Bodies Accreditation Scheme (MIBAS). 3.5 Terdapat tiga Badan Pensijilan yang telah ditentukan oleh Menteri sebagai Agensi Pengeluar Sijil Perakuan Halal: i. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri i Majlis-Majlis Agama Islam Negeri 3.6 Lapan jenis Badan Pensijilan yang telah diakredit oleh JSM di bawah Skim ACB bertujuan mengeluarkan sijil perakuan sistem kualiti dan standard adalah seperti berikut: 2

i. Pengurusan Kualiti (QMS) i iv. Pengurusan Alam Sekitar (EMS) Pensijilan Produk (PC) Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) v. Badan Pensijilan Yang Telah Diakredit Di Bawah Program Sistem Pensijilan Hazard Analysis And Critical Control Point (HACCP) vi. v vi ix. Pengurusan Keselamatan Makanan(FSMS) Pengurusan Hutan (FMC) Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Badan Pensijilan Yang Diakredit Di Bawah Program Pensijilan Individu (PERSONNEL). Senarai nama syarikat yang telah diberi sijil perakuan sistem kualiti dan standard bagi tempoh tertentu akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh JSM dan akan dipaparkan dalam Laman Sesawang LHDNM dan juga Laman Sesawang JSM. 4. Perbelanjaan Yang Dibenarkan Untuk Potongan Cukai Dua Kali Ganda- Perenggan 34(6)(ma) ACP 1967 4.1 Perbelanjaan yang boleh diberi potongan cukai hendaklah yang bukan berbentuk perbelanjaan modal dan dilakukan khusus bagi tujuan memperolehi sijil perakuan sistem kualiti dan standard dari JSM serta sijil halal daripada senarai Badan Pensijilan yang ditentukan oleh Menteri. 3

4.2 Jumlah yang dibenarkan potongan adalah jumlah yang dikenakan oleh JSM atau Badan Pensijilan yang telah diakredit yang telah ditentukan oleh Menteri. 4.3 Yuran-yuran asas semasa yang dibenarkan potongan dua kali adalah: i. Yuran permohonan i iv. Yuran tahunan (untuk tahun pertama sahaja) Yuran taksiran (assessment fee) Lain-lain yuran yang dikenakan oleh JSM atau Badan Pensijilan untuk mendapatkan akreditasi iaitu sebelum sijil perakuan sistem kualiti dan standard dan sijil halal diperolehi. 4.4 Pada amnya setelah sijil perakuan sistem kualiti dan standard serta sijil halal diperolehi, apa-apa perbelanjaan yuran dikenakan oleh JSM atau Badan Pensijilan dalam tahun-tahun taksiran berikutnya hanya dibenarkan potongan di bawah seksyen 33(1) ACP 1967 adalah termasuk: i. Perbelanjaan pengawasan tahunan (annual surveillance fee). Perbelanjaan ini adalah untuk memastikan syarikat secara berterusan mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Standard Malaysia selepas pengiktirafan diperolehi. i iv. Yuran pembaharuan tahunan Yuran taksiran semula (re-assessment fee) Sebelum tempoh sijil perakuan luput, yuran taksiran semula dikenakan bagi penilaian semula. Lain-lain yuran yang dikenakan oleh JSM atau Badan Pensijilan selepas sijil perakuan sistem kualiti dan standard serta sijil halal diperolehi. 5. Perbelanjaan Yang Dibenarkan Untuk Potongan Cukai (Sekali) - Perenggan 34(6)(m) ACP 1967 5.1 Perbelanjaan yang boleh diberi potongan hendaklah yang bukan berbentuk perbelanjaan modal dan dilakukan khusus bagi tujuan memperolehi sijil perakuan akreditasi untuk sebuah makmal pengujian 4

atau sebagai Badan Pensijilan yang dikeluarkan oleh JSM. Jumlah yang dibenarkan potongan adalah bersamaan jumlah yang dikenakan oleh JSM. 5.2 Perbelanjaan yang dibenarkan potongan adalah yuran asas semasa, yuran yang dikenakan oleh JSM sebelum dan selepas sijil perakuan dikeluarkan oleh JSM. Jenis-jenis yuran adalah sama seperti tersebut di perenggan 4.3 dan 4.4 di atas. 6. Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan - Perenggan 34(6)(ma) Dan Perenggan 34(6)(m) ACP 1967 i. Perbelanjaan yang berkaitan dengan konsultansi seperti perjalanan, penginapan dan makanan untuk mendapatkan sijil perakuan tersebut; i Latihan kepada pekerja bagi proses untuk mendapatkan sijil perakuan tersebut; dan Lain-lain perbelanjaan yang dilakukan bagi tujuan memperolehi sijil perakuan dan akreditasi dan amaun perbelanjaan tersebut adalah jumlah yang tidak dikenakan oleh JSM. 7. Pengiraan Cukai Syarikat boleh menuntut perbelanjaan yang dibenarkan di bawah perenggan 34(6)(ma) dan 34(6)(m) ACP 1967 di dalam akaun untung rugi. Perbelanjaan itu boleh dibenarkan tolakan di dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. Contoh 1: Syarikat Amal Sihat Sdn Bhd berjaya memperolehi sijil perakuan sistem kualiti dan standard pada 10 Oktober 2010 di bawah program akreditasi Food Safety Management System (FSMS) oleh Badan Pensijilan yang telah diakredit oleh JSM. Untuk memperolehi sijil perakuan tersebut, syarikat telah melakukan perbelanjaan berikut dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2010 kecuali yuran permohonan dilakukan dalam tempoh asas tahun taksiran 2009. Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun. 5

Perbelanjaan RM Yuran permohonan 5,000 Yuran tahunan 5,000 Yuran taksiran [3 @ RM1,000] 3,000 Yuran konsultansi 4,000 Latihan untuk pekerja 3,000 Jumlah 20,000 Di bawah perenggan 34(6)(ma) ACP 1967, Syarikat Amal Sihat Sdn Bhd hanya layak diberi potongan cukai dua kali ganda bagi yuran permohonan, yuran tahunan dan yuran taksiran berjumlah RM26,000 [RM13,000 x 2] dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2010. Perbelanjaan yuran permohonan yang dilakukan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2009 disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2010 di mana sijil perakuan itu dikeluarkan. Tiada apa-apa potongan diberikan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2009. Perbelanjaan konsultansi dan latihan merupakan perbelanjaan yang tidak layak diberi potongan cukai. Contoh 2: Selepas memperolehi sijil perakuan sistem kualiti dan standard pada 10 Oktober 2010, Syarikat Amal Sihat Sdn Bhd telah melakukan perbelanjaan sebanyak RM6,000 bagi yuran pembaharuan tahunan dan perbelanjaan pengawasan tahunan (dua kali dalam setahun) dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2011. Syarikat hanya boleh menuntut potongan cukai bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan berjumlah RM6,000 dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2011. Contoh 3: Atomik Sdn Bhd telah melakukan perbelanjaan bagi mendapatkan sijil perakuan akreditasi untuk sebuah makmal pengujian di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh JSM sebanyak RM6,200 dalam tahun 2010 dan RM10,000 dalam tahun 2011. Atomik Sdn Bhd berjaya mendapatkan akreditasi 6

itu dan JSM telah mengeluarkan sijil perakuan akreditasi pada 1 November 2011. Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun. Di bawah perenggan 34(6)(m) ACP 1967, syarikat hanya boleh menuntut potongan cukai bersamaan dengan perbelanjaan berjumlah RM16,200 dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2011. Perbelanjaan berjumlah RM6,200 yang dilakukan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2010 disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2011 di mana sijil perakuan akreditasi itu dikeluarkan. Contoh 4: Meriah Sdn Bhd menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun. Pada 21 Mei 2010, syarikat berjaya memperolehi sijil perakuan akreditasi sebagai suatu Badan Pensijilan untuk aktiviti produk pengguna di bawah skim akreditasi MIBAS oleh JSM. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, syarikat telah melakukan perbelanjaan pengawasan tahunan, yuran pembaharuan tahunan, yuran pentadbiran untuk pindaan sijil, yuran permohonan untuk tambahan skop yang berjumlah RM4,500. Semua perbelanjaan tersebut telah dikenakan oleh JSM. Di samping itu perbelanjaan sebanyak RM3,000 untuk konsultansi dan latihan kepada pekerja bagi penerangan berkaitan aktiviti produk pengguna dilakukan dalam tahun 2011. Syarikat layak menuntut potongan cukai bersamaan dengan perbelanjaan berjumlah RM4,500 dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2011. Perbelanjaan untuk konsultansi dan latihan kepada pekerja berjumlah RM3,000 tidak layak diberi potongan cukai bagi tahun taksiran 2011. 8. Prosedur Tuntutan Tuntutan ke atas potongan perbelanjaan di bawah perenggan 34(6)(m) dan 34(6)(ma) ACP 1967 hendaklah dibuat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran yang berkenaan. 9.1 Syarikat tidak perlu memohon kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia kerana tiada borang permohonan yang perlu diisikan. 7

9.2 Tuntutan potongan cukai hendaklah dibuktikan melalui sijil perakuan yang diperolehi dari Jabatan Standard Malaysia atau Badan Pensijilan yang telah diiktiraf oleh Menteri. 9.3 Sijil tersebut dan dokumen yang berkaitan dengan tuntutan potongan cukai hendaklah disimpan dengan baik oleh syarikat yang menuntut dan dikemukakan apabila dikehendaki oleh pegawai LHDNM bagi tujuan audit. LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 13 Mac 2012 S.K.: LHDN.01/35/(S)/42/51/286-29 8