FAKTOR PENYUMBANG KEPADA TINGKAH LAKU DEVIAN DALAM ORGANISASI: SOROTAN LITERATUR

Similar documents
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

Faculty Of Information and Communication Technology

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU ASERTIF DENGAN KOMITMEN ORGANISASI DALAM KALANGAN STAF SOKONGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) HAWA OMAR

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

Jurnal Psikologi Malaysia 31 (2) (2017): 1-11 ISSN

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

Hubungan antara Trait Personaliti dengan Tingkah Laku Kepimpinan. Nurul Hudani Md. Nawi *, Ma'rof Redzuan, Hanina Hamsan, Mohd Ibrani Adam Asim

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Agenda 4.2: LAPORAN KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TAHUN 2014

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

KEKUATAN HUBUNGAN MOTIF, SIKAP DAN LATIHAN PERGURUAN DENGAN PROFESIONALISME KEGURUAN PELAJAR TAHUN AKHIR PROGRAM PENDIDIKAN IPTA

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

CADANGAN PELAKSANAAN ASSESSMENT CENTRE 1GUNASAMA

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ECONOMIC VALUATION OF CONSERVATION OF LIVING HERITAGE IN MELAKA CITY, MALAYSIA CHIAM CHOOI CHEA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN. Nama: Nur Hakimah Binti Md Sallehuddin (No. K.P/Pasport: )

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

CABARAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DI SEKOLAH KURANG MURID (Head School s Instructional Leadership Challenges in Small School)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR DAN KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBANGUNAN MODEL PENERAPAN ETIKA DAN NILAI (ENI) BERASASKAN AKTIVITI INKUIRI : APLIKASI INTERPRETIVE STRUCTURAL MODELLING (ISM)

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Method. descriptive form in conducting the research since the data of this research

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA TINGKAH LAKU DEVIAN DALAM ORGANISASI: SOROTAN LITERATUR 1 Maizan Mat@Muhammad, 2 Azham Bachok@Hj Mohd Yassin, maizan@kuis.edu.my, azhambachok@live.com 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS 2 Universiti Putra Malaysia, UPM ABSTRAK Tingkah laku devian di tempat kerja bukanlah satu isu baru di dalam sesebuah organisasi. Tingkah laku devian adalah isu universal yang melibatkan pelbagai organisasi dan pelbagai kumpulan pekerja, sama ada sokongan ataupun profesional. Masalah tingkah laku devian ini berbahaya kerana ia membawa implikasi negatif kepada organisasi; sama ada secara sosial ataupun ekonomi. Artikel ini mempunyai satu objektif utama iaitu meneliti punca-punca atau faktor-faktor penyumbang kepada tingkah laku devian yang berlaku dalam organisasi. Sorotan literatur dilakukan bagi mendapat maklumat yang lebih tepat serta pemahaman yang lebih mendalam berkaitan terminologi serta pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan. Tindakan carian artikel-artikel yang berkaitan dilakukan melalui pelayaran pengkalan data Google Scholar, Open Access Theses and Disertation (OATD), Researchgate, UPM etheses, Malaysian Theses Online (MyTO), Science Direct, Emerald Insight dan Springer Link dengan menggunakan kata kunci; devian, tingkah laku devian dan tingkah laku devian di tempat kerja/organisasi. Hasil penelitian kepada kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat banyak punca dan faktor berlakunya tingkah laku devian seperti personaliti pekerja, persepsi pekerja terhadap organisasi, tekanan dan bebanan kerja, kepuasan kerja, persekitaran dan budaya di tempat kerja, corak kepemimpinan serta tahap spiritual pekerja. Kata kunci: Tingkah laku devian, organisasi. 1

1.0 PENGENALAN Fenomena tingkah laku devian di tempat kerja semakin hari menjadi isu yang semakin popular dan semakin menarik perhatian penyelidik. Perkara ini menunjukkan bahawa budaya dan persekitaran kerja menjadi semakin tidak kondusif untuk suatu hasil perkhidmatan yang berkualiti dan bersih. Isu ini telah lama dibincangkan dan sering dirujuk dengan menggunakan pelbagai terma. Antara terma yang selalu digunakan termasuklah kelakuan tidak produktif, salah laku dan anti sosial (Kaptein, 2001; Mohd Samsuddin, 2006; Estes & Wang, 20018). Justeru, terma ini boleh difahami sebagai satu bentuk tindakan atau dtingkah laku yang dilarang atau bertentangan dengan nilai dan norma sesuatu organisasi (Appelbaum, Iaconi, Matousek, 2007; Appelbaum & Roy-Girard, 2007). Tingkah laku devian di tempat kerja boleh difahami sebagai satu keinginan yang sengaja untuk menyebabkan kerosakan pada sesuatu organisasi secara lebih khususnya, tempat kerja. Lebih tepat lagi, tingkah laku devian ini merujuk kepada tingkah laku yang secara sengaja dilakukan untuk menentang norma-norma institusi dan mengancam keharmonian dalam sesuatu organisasi itu. Pekerja sering mencipta satu set tanggapan terhadap tempat kerja mereka; di mana kita seperti ada satu bentuk kontrak psikologikal dengan organisasi. Apabila tanggapantanggapan tersebut tidak dipenuhi, akhirnya pihak pekerja mungkin merasakan seolah-olah kontrak psikologikal tersebut telah dilanggar oleh pihak majikan. Pelanggaran kontrak ini akhirnya menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya yang berkaitan dengan tempat kerja. Tingkah laku devian di tempat kerja mungkin wujud hasil daripada persepsi pekerja terhadap majikan atau organisasi yang tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada mereka. Pekerja ini kemudiannya mula menunjukkan tingkah laku yang tidak baik sebagai satu bentuk pemberontakan atau balas dendam terhadap organisasi hasil persepsi tadi. Tingkah laku devian ini mungkin juga dipandang sebagai satu bentuk timbal balas negatif daripada pekerja. Ini dapat difahami dengan lebih mudah sebagai satu balasan negatif daripada pekerja kepada layanan negatif yang diterima daripada pihak majikan. Walaubagaimana pun terdapat situasi tertentu yang mana, pekerja bertindak memprotes dengan melakukan tingkah laku devian sedangkan persepsi pekerja terhadap majikan adalah salah. 2

Tingkah laku devian di tempat kerja boleh ditonjolkan dalam beberapa bentuk atau jenis; sama ada tingkah laku itu ganas ataupun tidak. Namun semuanya akan menjejaskan produktiviti organisasi. Tingkah laku devian; interpersonal mahupun organisasi (Robinson & Bennet, 1995; Robinson & Curtis, 2012), kedua-duanya walaupun mempunyai dua tujuan yang berbeza namun tetap memberi kesan negatif yang sama terhadap organisasi. Organisasi dengan tingkah laku devian boleh menyebabkan kegagalan dan kelumpuhan seluruh prestasi organisasi (Dunlop & Lee, 2004; Bolin & Heatherly, 2001). Ini kerana tingkah laku devian dalam organisasi akan membawa kepada ketidakfungsian pekerja dalam melaksanakan etika kerja, dan kesannya organisasi menanggung beban kos yang timbul (Everton, Jolton, & Mastrangelo, 2007; Harvey, Heames, Richey, & Leonard, 2006). Tingkah laku devian interpersonal boleh melemahkan hubungan sosial sesama pekerja akibat daripada tekanan psikologikal yang dialami oleh mangsa tingkah laku devian tersebut (Appelbaum, Deguire, & Lay, 2005; Estes & Wang, 2008). Seterusnya perkara ini akan memberi imej buruk kepada organisasi dan implikasi negatif terhadap organisasi itu sendiri serta pekerja-pekerjanya. Antara contoh tingkah laku devian di tempat kerja adalah berdiam diri, mengkhianati rakan sekerja, lepak siber. Tingkah laku devian yang lebih besar impak seperti gangguan seksual, rasuah dan pecah amanah. Terdapat banyak kajian yang dilihat telah memberi fokus kepada pekerja-pekerja sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Walaubagaimanapun penelitian dari aspek psikologikal masih perlu dikaji kerana daripada sorotan literatur yang telah dibuat, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan pemahaman dalam aspek ini. 1.1 Tujuan Beberapa kajian lepas memberi fokus dan cuba memahami punca atau faktor pencetus kepada tingkah laku devian di tempat kerja. Untuk tujuan itu, sorotan literatur telah dilakukan untuk menilai sejauh mana punca-punca tersebut memainkan peranan dan menyumbang kepada pelbagai bentuk tingkah laku devian yang semakin berleluasa dalam organisasi hari ini. Tumpuan utama diberikan kepda kajian-kajian lepas yang berjaya mengenalpasti hubungan di antara punca-punca tersebut dengan tingkah laku devian, yang mana ianya mungkin mampu 3

meramal bentuk tingkah laku devian yang mungkin berlaku, seterusnya memberi idea kepada pihak terlibat berkaitan cara yang paling sesuai menanganinya. 2.0 METODOLOGI Sorotan literatur telah dilakukan melalui carian dalam beberapa pengkalan data seperti Google Scholar, Open Access Theses and Disertation (OATD), Malaysian Theses Online (MyTO), Science Direct, Researchgate, UPM etheses, Emerald Insight dan Springer Link. Sebanyak 30 artikel telah dicari dengan menggunakan kata kunci deviant, deviant behaviour dan workplace deviant behaviour. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 6 artikel adalah daripada Google Scholar dan selebihnya adalah daripada database Open Access Theses and Disertation (OATD), Malaysian Online Theses (MyTO), Science Direct, Researchgate, UPM etheses, Emerald Insight dan Springer Link. Pemilihan artikel dihadkan kepada yang memberi fokus penyelidikan dan perbincangan berkaitan faktor-faktor penyumbang kepada tingkah laku devian. Artikel yang tidak memberikan pengertian operasional yang jelas tentang tingkah laku devian telah dikecualikan daripada pemilihan literatur untuk tujuan kertas konsep ini. Akhirnya, 10 artikel yang paling tepat terutama dari aspek definisi operasional dan pembolehubah telah dikenalpasti dan dipilih sebagai rujukan utama untuk tujuan penyelidikan akan datang. Jadual 1: Taburan jumlah artikel dan pengkalan data carian literatur Pengkalan Data Jumlah artikel Google Scholar 6 Open Access Theses and Disertation 5 (OATD) Malaysian Online Theses (MyTO) 4 Science Direct 4 Researchgate 5 UPM etheses 1 Emerald Insights 3 Springer Link 2 4

Antara faktor pengecualian sesuatu artikel sebagai rujukan adalah seperti berikut: i. Kajian yang terlalu lama, melebihi 5 tahun ke belakang. ii. Pemilihan pembolehubah tidak bersandar yang berbeza, tidak menepati pemilihan pembolehubah tidak bersandar yang akan digunakan untuk kajian. iii. Skop dan populasi kajian tidak bertumpu kepada organisasi. iv. Artikel penuh tidak dapat dicapai, walaupun tajuk dan abstrak kajian menepati tujuan yang dicadangkan. Untuk tujuan pemilihan artikel, beberapa kriteria telah dikenalpasti dari awal seperti berikut: Kriteria pemilihan artikel: i. Definisi operasional konsep yang tepat; tingkahlaku devian di tempat kerja, pekerja daripada organisasi. ii. Pembolehubah tidak bersandar; Organisasi: kepemimpinan, suasana tempat kerja, budaya kerja, sokongan organisasi, Individu: tekanan kerja, kepuasan kerja dan etika kerja. Pembolehubah bersandar; tingkah laku devian pekerja. iii. Kajian terkini iaitu dalam tempoh 5 tahun (2013-2018). Kriteria pengecualian artikel: i. Populasi kajian bukan dalam kalangan pekerja organisasi. ii. Konteks kajian bukan organisasi atau lingkungan tempat kerja (contohnya, masyarakat umum, kampung). iii. Kajian yang melebihi tempoh 5 tahun ke belakang. 3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Daripada penelitian yang telah dilakukan, terdapat hubungan yang signifikan antara beberapa faktor seperti personaliti pekerja, tekanan dan beban kerja, kepuasan kerja, persepsi pekerja terhadap sokongan organisasi, persekitaran dan budaya kerja, etika kepemimpinan dan tahap spititual pekerja dengan tingkah laku devian. 5

Antara kajian terkini yang meneliti tingkah laku devian di tempat kerja ini adalah kajian yang telah dilakukan oleh Ana Sofia Aryati et. al. (2017) di mana pengkaji cuba melihat pengaruh etika kepemimpinan ke atas tingkah laku devian pekerja dalam organisasi. Fokus terperinci kajian adalah tentang persekitaran etika (ethical climate) dan komitmen organisasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan beretika dapat mewujudkan satu suasana dan persekitaran kerja yang positif. Ini dibuktikan dengan hubungan yang negatif di antara kepemimpinan beretika dengan tingkah laku devian dalam organisasi. Hasil kajian ini juga telah menunjukkan bahawa kepemimpinan beretika juga dapat memberi impak yang signifikan terhadap pengurangan kes tingkah laku devian dalam organisasi. Leweherilla Novalien C. (2017) telah melakukan satu kajian berkaitan tingkah laku devian di Maluku, Indonesia mendapati bahawa budaya dan etika persekitaran tempat kerja memainkan peranan penting sebagai faktor pencetus tingkah laku devian seperti hadir lewat ke tempat kerja, pulang awal, keluar tanpa izin, ponteng kerja dan melepak semasa waktu kerja. Malah terdapat juga tingkah laku devian yang lebih serius seperti kes gangguan seksual dan tingkah laku merosakkan organisasi seperti pecah amanah serta rasuah. Kajian ini menyokong dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Azlina Yassin (2011), di mana etika persekitaran merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi peningkatan tingkah laku devian dalam kalangan pekerja industri perkilangan. Selain etika persekitaran. Kepuasan kerja dan penghargaan kendiri juga menjadi punca kepada tingkah laku devian yang ditunjukkan oleh pekerja. Hasil kajian oleh Bora Yilditz dan Lutfihak Alpkan (2015) pula mendapati bahawa persepsi pekerja tentang organisasi merupakan faktor ramalan kepada sikap mereka, yang akhirnya sikap tersebut bertukar menjadi punca kepada tingkah laku yang ditonjolkan termasuklah tingkah laku devian. Dalam penelitian kajian ini, tingkah laku devian yang ditunjukkan oleh pekerja adalah hasil daripada sikap negatif dan persepsi negatif pekerja terhadap organisasi. Pengkaji telah membuat penelitian ini kesan daripada kajian-kajian terdahulu yang telah menunjukkan bahawa tingkah laku devian di tempat kerja semakin menjadi ancaman kepada organisasi terutama dari aspek kos sosial dan ekonomi. Selain itu, persepsi pekerja tentang sokongan organisasi terhadap kerja yang mereka lakukan juga boleh mempengaruhi sikap serta tingkah laku mereka. Perkara ini telah dikaji oleh Mazni Alias (2013) yang mana hasil kajian tersebut telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi pekerja terhadap sokongan organisasi dengan tingkah laku devian. Persepsi 6

pekerja tersebut adalah salah satu faktor perantara kepada kepuasan kerja. Apabila pekerja telah membuat tanggapan bahawa organisasi tidak memberi sokongan terhadap usaha yang mereka lakukan, ini menyebabkan kepuasan kerja mereka akan menurun dan seterusnya dipamerkan melalui tingkah laku devian. Hasil kajian oleh Ibnu Khaldoun bin Ahmad Zakuan (2014) telah membuat kesimpulan bahawa organisasi seharusnya memberi perhatian terhadap konflik peranan dalam kalangan pekerja. Perkara ini adalah kerana konflik peranan merupakan satu elemen yang berpotensi sebagai faktor penyumbang kepada peningkatan tingkah laku devian dalam organisasi. Selain itu, tekanan kerja, bebanan kerja, kesamaran peranan turut mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku devian. Walau bagaimanapun, kajian oleh Wan Ummu Hanuni binti Wan Din (2015) yang telah memberi fokus kepada pekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara tekanan kerja dengan tingkah laku devian pekerja. Hasil kajian telah membuka ruang untuk kajian-kajian baru yang boleh meneliti konteks serta populasi yang berbeza serta faktor-faktor lain yang mungkin berpotensi sebagai punca kepada tingkah laku devian pekerja. Namun hasil kajian yang terdahulu oleh Hadi Farhadi (2011) menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara tekanan kerja dengan tingkah laku devian di tempat kerja. Walaubagaimanapun dalam penelitian pengkaji, terdapat perbezaaan tingkah laku devian berdasarkan faktor demografik. Di sini menunjukkan perbezaan individu turut mempengaruhi bentuk tingkah laku devian dalam kalangan pekerja. Selain daripada itu, kepuasan kerja juga turut menyumbang kepada peningkatan berlakunya kes-kes berkaitan tingkah laku yang melanggar nilai dan norma organisasi tersebut. Terdapat satu kajian yang telah memberi fokus kepada kepentingan faktor spiritual dalam menangani tingkah laku devian di tempat kerja. Menurut Aminah Ahmad dan Zoharah Omar (2014) menjelaskan bahawa faktor spiritual memainkan peranan penting dalam pembentukan sikap dan tingkah laku pekerja. Pekerja yang mempunyai tahap spiritual yang tinggi akan menunjukkan tingkah laku positif dan tidak melanggar nilai serta norma organisasi. Seterusnya perkara ini dapat membentuk persekitaran kerja yang bebas devian. Kesimpulannya, kajian ini telah memberi satu gambaran bahawa kekurangan nilai spiritual boleh menjadi punca kepada peningkatan tingkah laku devian di tempat kerja. 7

Sayed Mohammad Bagheri dan Hamed Mohammadi Shahroodi (2014) pula melihat hubungan di antara persepsi pekerja terhadap keadilan dalam organisasi dengan tingkah laku devian. Pengkaji membuat penelitian berkaitan tiga komponen utama keadilan dalam organisasi; distributive justice, procedural justice dan interactional justice. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pekerja terhadap keadilan organisasi memberi kesan yang signifikan kepada pekerja untuk sama ada terlibat atau tidak dengan tingkah laku devian di tempat kerja. Kajian ini telah membuktikan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara dua pembolehubah tersebut; persepsi terhadap keadilan organisasi dan tingkah laku devian. Terdapat juga kajian yang mengenalpasti faktor kepemimpinan sebagai satu punca berlakunya tingkah laku devian dalam kalangan pekerja. Suzanne Van Gils et.al (2013) dalam kajian mereka telah menjelaskan bahawa kepemimpinan adalah merupakan faktor pendesak dan faktor penghalang kepada berlakunya tingkah laku devian. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa etika kepemimpinan yang rendah dilihat sebagai satu faktor penggalak kepada tingkah laku devian dalam kalangan pekerja yang tinggi moralnya berbanding dengan pekerja yang rendah penilaian moralnya. 4.0 KESIMPULAN Tingkah laku devian merupakan satu masalah yang wujud dalam organisasi, yang memerlukan perhatian serta tindakan semua pihak untuk menanganinya. Ini kerana tingkah laku devian tersebut, tidak kira sama ada tingkah laku devian interpersonal atau organisasi boleh melemahkan prestasi organisasi secara keseluruhan. Ia juga boleh memberi imej buruk terhadap organisasi. Terdapat pelbagai faktor atau punca yang menyebabkan berlakunya tingkah laku devian dalam kalangan pekerja di sesebuah organisasi seperti personality pekerja, tekanan dan beban kerja, kepuasan kerja, persepsi pekerja terhadap sokongan organisasi, etika kepemimpinan, persekitaran dan budaya kerja serta tahap spiritual pekerja itu sendiri. Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi mencari punca yang paling kritikal kepada masalah ini dan seterusnya mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini. 8

RUJUKAN Appelbaum, S. H., Deguire, K. J. and Lay, M. (2005) The relationship of ethical climate to deviant workplace behaviour. The International Journal of Business in Society. 5 (4). Aminah Ahmad and Zoharah Omar, (2014). Reducing Deviant Behaviour through Workplace and Job Satisfaction. Asian Social Sciences 10(9):107-112 http://dx.doi.org/10.5539/ass.v10n19p107 Ana Sofia Aryati, Achmad Sudiro, Djumilah Hadiwidjaja and Noermijati Noermijati. (2017). The influence of athical leadership to deviant behavior mediated by ethical climate and organizational commitment. International Journal of Law and Management. 60 (2): 233-249. Azlina Yassin. (2011). Deviant behaviour at workplace. Thesis UUM: Malaysia. Bagheri S.M. and Shahroodi H.M., (2014). The Relationship between organizational justice and deviant behaviour in the workplace (Case study: Employees in university of Isfahan). Asian Journal of Research in Social Sciences and Humanities. 4 (9): 201-216. DOI: 10.5958/2249-7315.2014.00982.4 Bora Yilditz and Lutfihak Alpkan, (2015). A Theoretical Model on Proposed Predictors of Destructive Deviant Workplace Behaviors and the Mediator Role of Alienation. 4th International Conference on Leadership, Technology, Innovation and Business Management. Faridahwati Mohd Shamsudin, Chandrakantan Subramaniam, and Hadziroh Ibrahim, (2011). HR practices and deviant behaviour at work: An exploratory study. 2011 International Conference on Business and Economics Research IPEDR Vol. 16. IACSIT Press: Singapore. F. Omar, F. W. Halim, A. Z. Zainah, H. Farhadi, R. Nasir and R. Khairudin. (2011). Stress and job satisfaction as antecedents of workplace deviants behaviour. World Applied Sciences Journal 12 (Special Issues of Social and Psychological Sciences for human Development): 46-51. Gill, H., Meyer, J.P., Lee, K., kang-hyun Shin, and Chang-Young Yoon. (2011). Affective and continuance commitment and their relations with deviant workplace behaviors in Korea. Asia Pasific Journal of Management. 28 (3): 595-607. Gils, S. V., Quaquebeke, N. V., Knippernberg, D. V., Dijike M. V. and Cremer D. D. (2013). Ethical leadership and follower organizational deviance: The moderating role of follower moral attentiveness. The Leardership Quaterly. 26: 190-203. Golpavar, M. (2015). Unconventional functions of deviant behaviors in the relationship between job stress and emotional exhaustion: Three study findings. Current Psychology. 35 (3): 269-284. Golparvar M. and Nadi M. A. (2011). Mediating role of organizational loyalty in relation between work ethic with deviant workplace behaviour. Journal Ethics in Sciences & Technology. 6 (1): 43-52. 9

Hadi Farhadi. (2011). The role of job stress, job satisfaction and individual differences on workplace deviant behaviour. Thesis UKM: Malaysia. Hadi Farhadi, Fatimah Omar, Rohany Nasir, Maryam Zarnaghash, and Mehrdad Salehi, (2015). The role of demographic factors on workplace deviant behaviour. International Conference on Social Sciences & Humanities (ICOSH-UKM2012). Journal of Social Sciences and Humanities. Special Issue 2 032-039. Henle, C. A., Giacalone, R. A. and Jurkiewicz, C. L. (2005) The role of ethical in workplace deviance. Journal of business Ethics. 56: 219-230. Ibnu Khaldoun bin Ahmad Zakuan. (2014). Workplace deviant behavior: Study on bank employees in Klang Valley. Thesis UUM: Malaysia. Ili Nabila Norsilan, Zoharah Omar, and Aminah Ahmad, (2014). Workplace deviant behaviour: A review of typology of workplace deviant behaviour. Middle-East Journal of Scientific Research 19 (Innovation Challenges in Multidisciplinary Research & Practice) 34-38. DOI: 10.5829/idosi.mesjr.2014.19.icmrp.6 Leweherilla Novalien C. (2017). The antecedents of deviant workplace behaviors on the employees of Regional Apparatus Organization (ODN) in Maluku Province, Indonesia. Russian Journal of Agricultural and Socio-Economic Sciences. 06 (19):165-174. Mahmut Demir. (2011). Effects of organizational justice, trust and commitment on employees deviant behaviour. An International Journal of Tourism and Hospitality Research. 22 (2). Malini a/p Sathappan, Zoharah Omar, Aminah ahmad, Azizi Hamzah and Ismi Arif. (2016). Exploring types of deviant workplace behaviour in a public organization in Malaysia. Journal of Social Sciences Research. 10 (3). Mazni Alias, Predictors of workplace deviant Behavior and the mediating role of job satisfaction. Thesis UPM: Malaysia. Misbah Nasir dan Ambren Bashir. (2012). Examining workplace deviance in public sector organizations in Pakistan. International Journal of social Economics. 39 (4). Mohammad Nisar Khattak, Mohammad Bashir khan, Tasneem Fatima, Syed Zulfiqar Ali shah. (2017). The underlying mechanism between perceived organizational injustice and deviant behaviors; Moderating role of personality traits. Asia Pacific Management Review. xxx: 1-11. Muharrem Tuna, Issam Ghazzawi, Murat Yesiltas, Aysen Akbas Tuna and Siddik Arslan. (2015). The effects of the perceived external prestige of the organization on employee deviant workplace behaviour, the mediating role of job satisfaction. International Journal of Contemporary Hospitality Management. 28 (2): 366-396. Na-Ting Liu dan Cherng G. Ding. (2012). General ethical judgements, perceived organizational support, interactional justice, and workplace deviance. The International Journal of Human Resourse Management. 23 (13). 10

O Neil, T. A., Lewis, R. J. and Carswell, J. J. (2011). Employee personality. Justice perceptions, and the prediction of workplace deviance. Personality and Individual Differences. 51 (5): 595-600. Rahman, S., Ferdausy, S. and Karan, R. Relationship among emotional intelligence, deviant workplace behaviour and job performance: An empirical study. Portuguese Journal of Management Studies. XVII (1). Wan Ummu Hanuni binti Wan Din. (2015). Occupational stress and deviant workplace behavior among customer services employees of call center in Malaysia. Thesis UUM: Malaysia. 11