TAHAP PERSEPSI PENERIMAAN MURID MENENGAH RENDAH DAN ATAS TERHADAP PROSES PENEROKAAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN KOLEKSI SUMBER-SUMBER SEJARAH

Similar documents
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA IMPACT OF ASEAN FREE TRADE AREA AND ASEAN ECONOMIC COMMUNITY ON INTRA-ASEAN TRADE

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKEW ARMENDARIZ RINGS AND THEIR RELATIONS

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

DI SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPERLUAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH UNTUK GURU-GURU SENI DISARAWAK

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

ABSTRAK. Tamil pelajar Tingkatan 6. Pendekatan penyelidikan yang digunakan ialah kaedah

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

BAB 4 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

An Investigation into Teacher Practice of Jigsaw Technique in Teaching Narrative for Eight Graders of SMPN 1 Menganti

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

PENILAIAN ESEI BERBANTUKAN KOMPUTER MENGGUNAKAN TEKNIK BAYESIAN DAN PENGUNDURAN LINEAR BERGANDA

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA GENDER, PASSAGE CONTENT AND TEXT TYPES IN READING COMPREHENSION AMONG ESL LEARNERS

Assessing School-based Learning: A Developmental Framework for Student Teachers

THE ROLES OF INTEGRATING INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) IN TEACHING SPEAKING AT THE FIRST SEMESTER OF ENGLISH STUDENTS OF FKIP UIR

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Research Journal ADE DEDI SALIPUTRA NIM: F

Transcription:

B TAHAP PERSEPSI PENERIMAAN MURID MENENGAH RENDAH DAN ATAS TERHADAP PROSES PENEROKAAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN KOLEKSI SUMBER-SUMBER SEJARAH LEVEL OF LOWER AND UPPER SECONDARY SCHOOLS STUDENTS ACCEPTANCE PERCEPTION TOWARD DOING HISTORICAL RESEARCH USING COLLECTION OF HISTORICAL RESOURCES Email: kavizakaviza@yahoo.com Accepted date: 18-11-2018 Published date: 15-12-2018 Volume: 3 Issues: 22 [December, 2018] pp.49-56] International Journal of Education, Psychology and Counseling eissn: 0128-164X M.Kaviza Journal website: www.ijepc.com To cite this document: Kaviza, M. (2018). Tahap Persepsi Penerimaan Murid Menengah Rendah Dan Atas Terhadap Proses Penerokaan Sejarah Melalui Penggunaan Koleksi Sumber- Sumber Sejarah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3 (22), 49-56. Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid menengah rendah dan menengah atas. Kajian ini berbentuk tinjauan secara deskriptif yang menggunakan soal selidik yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap persepsi penerimaan dalam kalangan murid menengah rendah dan menengah atas terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber berada pada tahap sederhana. Selain itu, tahap persepsi penerimaan murid menengah atas terhadap proses penerokaan adalah lebih tinggi berbanding dengan murid menengah rendah. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa guru-guru perlu melaksanakan proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber dengan lebih intensif di dalam kelas. Kata Kunci: Proses Penerokaan Sejarah, Penggunaan Koleksi Sumber-Sumber Sejarah, Tahap Persepsi Penerimaan, Murid Menengah Rendah dan Atas Abstract: The purpose of this study is to examine the level of acceptance perception of doing historical research using collection of historical resources among lower and upper secondary school students. The design of this study is a descriptive survey method and using questionnaire as research instruments which has to verified by the content experts and have a good reliability value. Simple random sampling techniques have been used in this study. The 49

findings of this study indicate that the level of acceptance perception of doing historical research using collection of historical resources among lower and upper secondary schools students at the moderate level. Therefore, the upper secondary schools students showed higher acceptance compared to lower secondary schools students. Therefore, the findings of this study can help the history teacher to plan more interesting and meaningful historical research using collection of historical resources in the classroom. Keywords: Historical Research, Historical Resources, Level Of Acceptance Perceptions, Lower And Upper Secondary Schools Students Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai perubahan mengikut arus pendidikan pada peringkat global selaras dengan perkembangan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2015). Sehubungan dengan itu, mata pelajaran telah dinaikkan taraf sebagai mata pelajaran teras yang wajib lulus pada peringkat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 setanding dengan kedudukan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai syarat pensijilan. Tidak dinafikan bahawa mata pelajaran mempunyai struktur disiplin yang tersendiri yang melibatkan aspek inkuiri, pengumpulan sumber, kemahiran pemikiran, penjelasan, pemahaman dan empati (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2003; 2015) yang menggalakkan proses penerokaan dengan mengkaji kebenaran dan kesahihan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dengan menggunakan koleksi sumber-sumber. Bertitik tolak kepada struktur disiplin ini, proses penerokaan telah direkabentuk dalam kurikulum yang memerlukan murid-murid menyiasat sesuatu peristiwa dengan lebih mendalam melalui pelaksanaan kerja kursus dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan pelaksanaan peperiksaan Kertas Tiga dalam Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Sejarah yang dilaksanakan secara berterusan bagi menyediakan pengalaman kepada murid untuk membuat pentafsiran (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2017). Latar Belakang Kajian Sumber-sumber merupakan bahan-bahan yang yang bertulis yang menyediakan maklumat tentang sesuatu peristiwa yang digunakan sebagai bahan bukti dalam membuat pentafsiran (Suntharalingam, 1985; Hazri Jamil, 2003). Sumber-sumber terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder seperti laporan, surat, majalah, buku, manuskrip, rekod, dan sebagainya yang boleh didapati dalam bentuk bercetak mahupun dalam bentuk digital (Brown & Dotson, 2007; Hazri Jamil, 2003). Melalui penggunaan koleksi sumber-sumber, murid-murid dapat menganalisis dan membuat interpretasi terhadap sesuatu peristiwa atau sesuatu isu bagi memupuk dan memperkukuhkan identiti diri serta semangat setia negara seperti yang disarankan dalam matlamat kurikulum (PPK, 2015). Di samping itu, proses penerokaaan dengan menggunakan pelbagai koleksi sumber-sumber dapat membentuk murid untuk memainkan peranan sebagai seorang ahli sejarawan dalam membuat proses penaakulan kritis dan rasional (Cowgill II & Waring, 2017; Johansson, 2017; Patterson, Lucas & Kithinji, 2012). 50

Pernyataan Masalah Oleh kerana proses penerokaan telahpun dilaksanakan dalam kurikulum, namun tahap persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber masih belum diketahui dalam kalangan murid sama ada pada peringkat menengah rendah mahupun pada peringkat menengah atas. Hal ini kerana muridmurid dikehendaki menjalankan kajian dengan meneroka koleksi sumber-sumber yang lain selain daripada penggunaan buku teks yang memerlukan murid-murid lebih peka dan mahir untuk menganalisis bahan-bahan tersebut (Barton & Levistik, 2003; Nokes, Doles & Hacker, 2014). Proses penerokaan yang melibatkan pelbagai jenis sumber-sumber merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baru dan kebanyakan muridmurid berkemungkinan mendapati proses penerokaan merupakan sesuatu yang amat rumit dan sukar untuk dilakukan (Getman-Eraso & Culkin, 2017), murid-murid juga beranggapan bahawa mereka tidak mampu dan berkebolehan untuk menjalankan proses penerokaan tersebut secara mendalam (Reisman & Fogo, 2016; Nokes, 2014) dan murid juga berpendapat bahawa mereka lebih selesa dengan proses penghafalan maklumat melalui penggunaan buku teks sebagai kaedah pengajaran sedia ada (Fitzgerald, 2009; Ramoroka & Engelbrecht, 2015; Tarman & Kuran, 2015). Maka, dalam kajian ini, pengkaji mendapati terdapat satu keperluan untuk meninjau tahap persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid menengah rendah dan murid menengah atas. Objektif Kajian Objektif kajian ini dalam kajian ini adalah seperti berikut: 1. Apakah tahap persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid menengah rendah dan menengah atas. Soalan Kajian Soalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut: 1. Apakah tahap persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid menengah rendah? 2. Apakah tahap persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid menengah atas? Metodologi Kajian Kajian berbentuk tinjauan secara deskriptif ini melibatkan populasi murid menengah rendah iaitu murid Tingkatan Tiga yang menjalankan kerja kursus dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan populasi murid Tingkatan Lima yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mata Pelajaran Sejarah Kertas Tiga. Seramai 346 orang murid Tingkatan Tiga dan 341 orang murid Tingkatan Lima dari sekolah menengah harian yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah-berstrata daripada sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia telah dijadikan sampel kajian ini. Pengkaji telah mendapatkan data bilangan murid daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri tersebut bagi menentukan jumlah saiz minima sampel kajian yang diperlukan dalam kajian ini agar dapatan kajian ini dapat digeneralisasikan kepada populasi murid yang dikaji (Kreijie & Morgan, (1970). Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang terdiri daripada 20 item yang telah diadaptasi daripada kajian Nurliah Jair, (2008) yang telah disahkan oleh dua orang pakar penilai dalam bidang pendidikan serta mempunyai nilai kebolehpercayaan (Cronbach Alfa = 0.81) yang baik dan diterima untuk tujuan kajian ini (Nunnally, 1978). Data statistik deskriptif dalam 51

kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS versi 24. Interpretasi skor min dan tahap persepsi penerimaan dilakukan berdasarkan adaptasi daripada kajian Jamil Ahmad, (2002) seperti ditunjukkan pada Jadual 1. Jadual 1: Interpretasi Skor Min dan Tahap Persepsi Penerimaan Skor Min Tahap 1.00 2.33 Rendah 2.34 3.66 Sederhana 3.67 5.00 Tinggi Sumber: Adaptasi daripada Jamil Ahmad, (2002) Dapatan Dan Perbincangan Kajian Bahagian ini membincangkan dapatan dan perbincangan kajian ini berdasarkan dua soalan kajian yang dinyatakan. Soalan Kajian 1 Berdasarkan Jadual 2, skor min persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber (M=3.38, SD=0.81) dalam kalangan murid menengah rendah berada pada tahap sederhana. Selain itu, kesemua item dalam persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumbersumber dalam kajian ini berada pada tahap sederhana. Sungguhpun begitu, item Saya lebih mudah untuk memahami sesuatu peristiwa melalui proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran menunjukkan skor min yang tertinggi (M=3.62, SD=1.02), diikuti dengan item Saya suka mengikuti pembelajaran mata pelajaran melalui proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber (M=3.59, SD=1.16) dan item Proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber membuatkan saya lebih ingin belajar dalam mata pelajaran (M=3.58, SD=1.09). Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tahap persepsi penerimaan yang sederhana terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid menengah rendah. Hasil dapatan kajian ini selaras dengan kajian Nokes, (2014) yang mendapati murid-murid di sekolah menengah mempamerkan sikap yang positif terhadap kaedah pembelajaran Document based Lesson yang dijalankan sebagai intervensi dalam kurikulum. Tambahan pula, hasil kajian ini adalah selari dengan pendapat VanSledright dan Kelly, (1998) yang melaporkan murid prasekolah mampu dan berkebolehan untuk menganalisis dan mentafsir sumber-sumber bagi memahami sesuatu peristiwa dengan lebih baik. Maka, proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber adalah berpotensi dilaksanakan dalam kalangan murid-murid menengah rendah iaitu dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Tiga. Jadual 2: Tahap Persepsi Penerimaan Terhadap Proses Penerokaan Sejarah Melalui Sumber-Sumber Sejarah dalam Kalangan Murid Menengah Rendah Bil Item Skor min SD Tahap 1 Proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber membuatkan saya lebih ingin belajar dalam mata pelajaran 3.58 1.16 Sederhana 52

2 Saya suka mengikuti pembelajaran mata 3.59 1.09 Sederhana pelajaran melalui proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumbersumber 3 Pembelajaran mata pelajaran melalui proses penerokaan dengan menggunakan 3.48 1.15 Sederhana koleksi sumber-sumber amat menyeronokkan, mudah dan realistik 4 Saya dapat meningkatkan pemahaman dalam mata pelajaran melalui proses 3.20 1.17 Sederhana penerokaan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber 5 Saya suka melakukan proses penerokaan 3.49 1.13 Sederhana melalui penggunaan koleksi sumber-sumber 6 Saya lebih mudah untuk memahami sesuatu 3.62 1.02 Sederhana peristiwa melalui proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumbersumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran 7 Proses penerokaan melalui penggunaan 3.15 1.03 Sederhana koleksi sumber-sumber di dalam kelas menjadi lebih berkesan 8 Proses penerokaan melalui penggunaan 3.39 1.11 Sederhana koleksi sumber-sumber amat berguna dalam proses pembelajaran mata pelajaran 9 Proses penerokaan melalui penggunaan 2.91 1.10 Sederhana sumber-sumber berupaya meningkatkan kemahiran mentafsir dengan lebih baik 10 Proses penerokaan melalui penggunaan 3.38 1.00 Sederhana koleksi sumber-sumber memudahkan proses pembelajaran mata pelajaran Jumlah 3.38 0.81 Sederhana Soalan Kajian 2 Berdasarkan Jadual 3, skor min persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber (M=3.48, SD=0.74) dalam kalangan murid menengah atas berada pada tahap sederhana. Selain itu, kesemua item dalam persepsi penerimaan terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kajian ini berada antara tahap sederhana hingga tinggi. Sungguhpun begitu, terdapat empat item dalam persepsi penerimaan dalam kalangan murid menengah atas terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber ini berada pada tahap tinggi iaitu bagi item Saya suka melakukan proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber (M=3.80, SD=1.07), Saya lebih mudah untuk memahami sesuatu peristiwa melalui proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran (M=3.75, SD=1.11), item Proses penerokaan melalui 53

penggunaan koleksi sumber-sumber di dalam kelas menjadi lebih berkesan (M=3.876, SD=1.10) dan item Proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber amat berguna dalam proses pembelajaran mata pelajaran (M=3.83, SD=1.07). Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa tahap persepsi penerimaan yang sederhana terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid menengah atas. Hasil dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Hover, Hicks dan Dack, (2016) yang menjelaskan kepentingan dan manfaat pengingtegrasian penggunaan sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang berupaya untuk meningkatkan pemahaman dan pemikiran yang lebih dalam kalangan murid. Pendapat ini adalah konsisten dengan kajian Tally dan Goldenberg, (2005) yang menjelaskan kemahiran pemikiran dapat dipertingkatkan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber digital dalam kalangan murid. Penekanan kepada aspek pemahaman dan pemikiran adalah selaras dengan saranan dalam kurikulum. Maka, proses penerokaan perlu digalakkan dalam kalangan murid sekolah menengah pada semua peringkat agar matlamat kurikulum yang ditetapkan dapat dicapai dengan lebih baik. Jadual 3: Tahap Persepsi Penerimaan Terhadap Proses Penerokaan Sejarah Melalui Sumber-Sumber Sejarah dalam Kalangan Murid Menengah Atas Bil Item Skor min SD Tahap 1 Proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber membuatkan saya lebih ingin belajar dalam mata pelajaran 3.07 1.08 Sederhana 2 Saya suka mengikuti pembelajaran mata 3.65 1.10 Sederhana pelajaran melalui proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumbersumber 3 Pembelajaran mata pelajaran melalui proses penerokaan dengan menggunakan 3.17 1.04 Sederhana koleksi sumber-sumber amat menyeronokkan, mudah dan realistik 4 Saya dapat meningkatkan pemahaman dalam mata pelajaran melalui proses 3.53 1.07 Sederhana penerokaan dengan menggunakan koleksi sumber-sumber 5 Saya suka melakukan proses penerokaan 3.80 1.07 Tinggi melalui penggunaan koleksi sumber-sumber 6 Saya lebih mudah untuk memahami sesuatu 3.75 1.11 Tinggi peristiwa melalui proses penerokaan dengan menggunakan koleksi sumbersumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran 7 Proses penerokaan melalui penggunaan 3.76 1.10 Tinggi koleksi sumber-sumber di dalam kelas menjadi lebih berkesan 8 Proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber amat berguna 3.83 1.07 Tinggi 54

dalam proses pembelajaran mata pelajaran 9 Proses penerokaan melalui penggunaan 3.28 1.05 Sederhana sumber-sumber berupaya meningkatkan kemahiran mentafsir dengan lebih baik 10 Proses penerokaan melalui penggunaan 3.53 1.01 Sederhana koleksi sumber-sumber memudahkan proses pembelajaran mata pelajaran Jumlah 3.48 0.74 Sederhana Kesimpulan Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap persepsi penerimaan murid menengah rendah dan murid menengah atas terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber berada pada tahap sederhana. Sungguhpun begitu, tahap persepsi penerimaan murid menengah atas adalah lebih tinggi berbanding dengan murid menengah rendah terhadap proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber. Hal ini kerana murid Tingkatan Tiga tidak berpengalaman dalam menjalankan penerokaan disebabkan mereka hanya didedahkan semasa pelaksanaan kerja kursus PT3, sebaliknya bagi murid Tingkatan Lima pula mereka perlu menjalankan penerokaan bagi memastikan mereka dapat lulus dalam peperiksaan SPM Kertas 3 secara berterusan daripada Tingkatan Empat. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa semua murid perlu didedahkan dengan proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber sejak dari Tingkatan satu secara berterusan. Justeru, guru-guru perlu merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik yang melibatkan penggunaan koleksi sumber-sumber sebagai langkah awal untuk memperkenalkan proses analisis dan pentafsiran dapat dilakukan dengan mendalam secara berperingkat-peringkat. Hal ini dapat mengubah persepsi penerimaan murid yang lebih baik terhadap pelaksanaan proses penerokaan melalui penggunaan koleksi sumber-sumber dalam kalangan murid di sekolah menengah yang dapat meningkatkan minat untuk belajar secara tidak langsung. Rujukan Barton, K.C., & Levistik, L.S. (2003). Why don t more history teachers engage students in interpretation? Social Education, 67(6), 358-358. Brown, C.A., & Dotson, K. (2007). A Case Study Using Digital Primary Source Documents. TechTrends, 51(3), 30-37. Cowgill II, D.A., & Waring, S.M. (2017). Historical Thinking: An Evaluation of Student and Teacher Ability to Analyze Sources. Journal of Social Studies Education Research. 8(1), 115-145. Fitzgerald, J.C. (2009). Textbooks and Primary Source Analysis. Social Studies Research and Practice, 4(8), 37-43. Getman-Eraso, J., & Culkin, K. (2017). Close Reading: Engaging and Empowering History Students through Document Analysis on e-portfolio. International Journal of e- Portfolio, 7(1), 29-42. Hazri Jamil. (2003). Teknik mengajar Sejarah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Hover, S.V., Hicks, D., & Dack, H. (2016). From Source to Evidence? Teachers Use of Historical Sources in Their Classrooms. The Social studies, 107(6), 209-217. 55

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Johansson, P. (2017). Learning study as a clinical research practice to generate knowledge about the learning of historical primary source analysis. Educational Action Research, 25(1), 167-181. Krejcie, V.R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychologist Measurement. Duluth: University of Minnesota. Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2017). Laporan Analisis Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Nokes, J.D. (2014). Elementary students Roles and Epsitemic Stances during Document Based History Lessons. Theory & Research in Social Education, 42, 375-413. Nokes, J.D., Dole, J.A., & Hacker, D.J. (2007). Teaching High School Students to Use Heuristics While Reading Historical Texts. Journal of Educational Psychology, 4(9), 1-13. Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2 nd Ed). New York: McGraw Hill. Nurliah Jair. (2008). Penggunaan Peta Konsep Terhadap Peningkatan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Kalangan Murid Tingkatan Dua. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Patterson, N.C., Lucas, A.G., & Kithinji, M. (2012). Higher Order Thinking in Social Studies: An analysis of Primary Source Document Use. Social studies Research and Practice, 7(2), 68-85. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2015) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Ramoroka, D., & Engelbrecht, A. (2015). The Role of History Textbooks in Promoting Historical Thinking in South African Classrooms. Yesterday & Today, 14, 99-124. Reisman, A. (2012). The Document-Based Lesson : Bringing Disciplinary inquiry into high school history classrooms with adolescent struggling readers. Journal of Curriculum Studies, 44(2), 233-264. Reisman, A., & Fogo, B. (2016). Contributions of Educative document based curricular materials to quality of historical instruction. Teaching and Teacher Education, 59, 191-202. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M). Sdn Bhd Tally, B., & Goldenberg, L.B. (2005). Fostering Historical Thinking with Digitized Primary Resources. Journal of Research on Technology in Education, 38(1), 1-21 Tarman, B., & Kuran, B. (2015). Examination of the Cognitive Level of Questions in Social Studies Textbook and the Views of teachers Based on Bloom Taxonomy. Educational Sciences: Theory & Practice, 15(1), 213-222. VanSledright, B.A., & Kelly, C. (1998). Reading American History: The Influence of Multiple Sources on Six Fifth Graders. The Elementary School Journal, 98(3), 239-265. 56