PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI.

Similar documents
FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

yang menghadapi masalah Down Syndrome. Mereka telah menghadiri satu program

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING. Fazlina Binti. Abd Rahiman. Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

HUBUNGAN ANTARA KUALITI GURU BAHASA ARAB DAN KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR DALAM BAHASA ARAB

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

HUBUNGAN ANTARA KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK DENGAN PENCAPAIAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PENGGUNAAN BAHAN ILUSTRASI OBJEK PADANAN ABJAD (IOAP) BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGECAM HURUF KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu JPBM (Malay Language Education Journal MyLEJ)

Abstrak. Penerapan Rutin Berfikir dalam Membina Penguasaan Kosa Kata Murid. Khuraisah Mohd Abthar

TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

RANCANGAN KURSUS. Muka surat : 1 daripada 6. Nama dan Kod Kursus: Komputer dalam Pendidikan Kimia(MPS1343) Jumlah Jam Pertemuan: 3 x 14 = 42 jam

KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH RENDAH

Abstrak. Masalah Pembelajaran Bahasa bukan Saintifik dalam Pembelajaran Sains

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING STYLES AND ENTREPRENEURIAL COMPETENCIES AMONG STUDENTS IN A MALAYSIAN UNIVERSITY

SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

AN INVESTIGATION INTO THE FACTORS AFFECTING SECOND LANGUAGE LEARNERS CLASSROOM PARTICIPATION

Noor Chahaya Ngosman Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN OBJEK PADU MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TYPES OF WRITTEN FEEDBACK ON ESL STUDENT WRITERS ACADEMIC ESSAYS AND THEIR PERCEIVED USEFULNESS

AMALAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (LDP) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH MANJUNG

KEMAHIRAN EMPLOYABILITY:TANGGAPAN GURU TERHADAP PENERAPANNYA DI SEKOLAH SATU KAJIAN KES

PENGGUNAAN GAMBAR RAJAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH GERAKAN LINEAR SITI NOR HIDAYAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN DI TATI UNIVERSITY COLLEGE

SULIT FP511: HUMAN COMPUTER INTERACTION/SET 1. INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) structured questions. Answer FOUR (4) questions only.

PEMBELAJARAN MOBILE BAGI KURSUS JAVA DI POLITEKNIK

Konflik Kerja-keluarga, Kesihatan Mental dan Kecenderungan Tukar Ganti Kerja dalam Kalangan Guru

KESESUAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN, INTERAKSI GURU-PELAJAR, KOMITMEN BELAJAR DAN KESELESAAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIOLOGI

PROFORMA KURSUS Course Proforma. FAKULTI PENDIDIKAN Faculty of Education SEMESTER I, SESI

PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN GURU DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DAERAH KOTA STAR, KEDAH DANIEL CHAN

SIMILARITY MEASURE FOR RETRIEVAL OF QUESTION ITEMS WITH MULTI-VARIABLE DATA SETS SITI HASRINAFASYA BINTI CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGIKTIRAFAN MS ISO 9002 TERHADAP PSIKOLOGI DAN SITUASI KERJA GURU-GURUDAN KAKITANGAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN

MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN GURU PELATIH TAHUN DUA FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MD ZAKI BIN MD GHAZALI

STUDENTS SATISFACTION LEVEL TOWARDS THE GENERIC SKILLS APPLIED IN THE CO-CURRICULUM SUBJECT IN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NUR HANI BT MOHAMED

PENGAMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

TEACHING WRITING DESCRIPTIVE TEXT BY COMBINING BRAINSTORMING AND Y CHART STRATEGIES AT JUNIOR HIGH SCHOOL

Dian Wahyu Susanti English Education Department Teacher Training and Education Faculty. Slamet Riyadi University, Surakarta ABSTRACT

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI FIZIK BAGI TAJUK DAYA DAN GERAKAN ROHANA BINTI AMIN

PENGGUNAAN PERISIAN PAINTER DALAM PEMBELAJARAN ASAS LUKISAN DIKALANGAN PELAJAR FSM, UPSI

PROBLEMS IN ADJUNCT CARTOGRAPHY: A CASE STUDY NG PEI FANG FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR

ISU KRITIKAL PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH: PANDANGAN PAKAR

BODJIT KAUR A/P RAM SINGH

GARIS PANDUAN BAGI POTONGAN PERBELANJAAN DI BAWAH PERENGGAN 34(6)(m) DAN 34(6)(ma) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 BAGI MAKSUD PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN

TAHAP PERANCANGAN BAHAN SUMBER, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH ZON BANDAR DAERAH SEGAMAT, JOHOR RAJA ROZITA BINTI RAJA ARIFF SHAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEMBANGUN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK PROBABILITY SPM

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR DI KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL, PONTIAN NORAINIZA BT SAINI

Masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional

PROGRAM I SEE YOU ; APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI DALAM MATAPELAJARAN SAINS PMR DI SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT, JOHOR ABSTRAK

KEBOLEHAN PENULISAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 HINGGA 9 TAHUN SURAYAH BINTI ZAIDON

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMAT

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKASURAT PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JUDUL: PEMBANGIINAN E-PETA MINDA BERTAJUK REDOX REACTION IN ELECTROLYTIC CELL AND CHEMICAL CELL KIMIA TINGKATAN LIMA

IMPROVING STUDENTS SPEAKING ABILITY THROUGH SHOW AND TELL TECHNIQUE TO THE EIGHTH GRADE OF SMPN 1 PADEMAWU-PAMEKASAN

KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

UNIVERSITY ASSET MANAGEMENT SYSTEM (UniAMS) CHE FUZIAH BINTI CHE ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN SUSUNATUR DAN PERANCANGAN TAPAK BAGI KESELAMATAN KEBAKARAN (ARIAL 18 ) NORAINI BINTI ISMAIL FAKULTI ALAM BINA UNIVERSITI MALAYA 2007

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DI KALANGAN GURU PELATIH KIMIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENERAPAN STRATEGI PENGUTARAAN MASALAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

A SURVEY ON UTM TESL UNDERGRADUATES READING PREFERENCE: BETWEEN HYPERTEXTS AND BOOKS

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAJUK KESELAMATAN KOMPUTER TINGKATAN 4

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK PELAJAR MELAYU SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH PONTIAN MOHD FAIZAL BIN MAZALAN

NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH

Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains UiTM/Asasi Undang-Undang UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTIVENESS OF PROBLEM-BASED LEARNING - TEACHING ALGEBRA AMONG FORM FOUR STUDENTS

THE EFFECT OF USING SILENT CARD SHUFFLE STRATEGY TOWARD STUDENTS WRITING ACHIEVEMENT A

KOLABORASI DALAM PEMBELAJARAAN BERASASKAN MASALAH MELALUI PENDEKATAN LESSON STUDY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COOPERATIVE LEARNING TIME TOKEN IN THE TEACHING OF SPEAKING

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. Perbandingan bilangan dan peratusan calon (mendaftar) STPM 2009 dengan calon STPM 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH SAINS PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Impact of Learner-Centred Teaching Environment with the Use of Multimedia-mediated Learning Modules in Improving Learning Experience

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KESALAHAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Novi Riani, Anas Yasin, M. Zaim Language Education Program, State University of Padang

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF MODEL STAD TERHADAP PENCAPAIAN TAJUK PEPEJAL GEOMETRI DAN MOTIVASI MURID BERPENCAPAIAN SEDERHANA

DFVBCPIft-m ASD (VALUATION OF A FIBRE OPTIC i.earning mudi.hi:: for iethnology-based. it mm. SVlViA t i s AI IIMS. i u»y I tuwv!...

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2014, Bil. 2 Isu 4

INCREASING STUDENTS ABILITY IN WRITING OF RECOUNT TEXT THROUGH PEER CORRECTION

KESEDIAAN PENGAJAR DAN PELAJAR TERHADAP PROGRAM KOUZA MEETING DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA BERANANG NURIMAN BIN YUSOP

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP SAINTIS DAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM SAINS (SEKOLAH MENENGAH) GHANDISWARI A/P PANIANDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GAYA KEPIMPINAN PENGETUA WANITA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI JOHOR BAHRU KASTHURI A/P KRISHNAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA. Oleh:

EXTENSIVE READING AND ITS IMPACT ON STUDENTS COMPREHENSION, VOCABULARY AND READING ATTITUDE

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

ILLOCUTIONARY ACTS FOUND IN HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE BY JOANNE KATHLEEN ROWLING

THE ROLE OF ENGLISH TEACHERS ON HELPING PASSIVE LEARNERS IN CLASSROOM (A Study at The Ninth Grade Students of SMP N 31 Andalas Padang)

CHAPTER III RESEARCH METHODOLOGY. A. Research Type and Design. questions. As stated by Moleong (2006: 6) who makes the synthesis about

Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBSM PENGENALAN

Transcription:

PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MATA PELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI Norhasyimah Hamzah 1 *, Roziyati Omar 2, Arihasnida Ariffin 3, Siti Nur Kamariah Rubani 4 & Tamil Selvan Subramaniam 5 1,2,3,4,5 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 1* hasyimah@uthm.edu.my Abstrak Pembelajaran dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah semakin mencabar dalam persaingan dan merapatkan jurang dalam penggunaan teknologi pendidikan yang semakin moden. Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian yang digunakan dapat menarik minat dan dapat meningkatkan persepsi terhadap daya ingatan pelajar Tahun 4 dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Sampel kajian terdiri daripada 92 orang responden dari sekolah-sekolah berbeza di tiga buah sekolah yang berada di sekitar zon Bandar di daerah Mersing, Johor. Instumen kajian adalah menggunakan soal selidik yang mengandungi 26 item. Kajian rintis dijalankan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing dengan jumlah responden seramai 30 orang pelajar. Nilai min daripada hasil kajian bagi minat ialah 4.93 dan bagi item daya ingatan nilai min ialah 4.66 menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (Version 22.0). Hasil Kajian mendapati penggunaan kaedah nyanyian berada pada tahap yang tinggi. Data analisis meliputi skor min, peratusan dan korelasi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah nyanyian sesuai dipraktikkan dikalangan pelajar sekolah rendah kerana ianya bukan sahaja mampu menarik minat malahan dapat menambah daya ingatan pelajar menguasai sesuatu topik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Kata Kunci: kaedah nyanyian; reka bentuk dan teknologi; daya ingatan Abstract Learning in Technology and Design subjects in schools is increasingly challenging of the competition and bridging the gap in the use of increasingly modern educational technology. The purpose of this study is to show the use of singing methods that can be used to attract and increase the perception towards the memory of Year 4 students in Technology and Design subjects. The sample of this study consists of 92 respondents from different schools in three schools located near the City zone in Mersing district, Johor. The research instrument is using a questionnaire containing 26 items. Pilot study was conducted at Mersing Integrated Religious Primary School with 30 respondents. The mean value of the study result for interest is 4.93 and the value of memory value is 4.66 using the Statistical Package for Social Sciences (Version 22.0). The findings show that the use of singing methods is at a high level. Analysis data includes mean score, percentage and correlation. This shows that the use of the song method is practiced among primary school students as it not only attracts interest but also adds the memory of the students to mastering a topic in Technology and Design subjects.

1.0 PENGENALAN Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa pihak pengajar terutamanya guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Yahya Buntat, 2014). Ini kerana, seseorang guru yang hebat bukanlah diukur hanya berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati para pelajar untuk belajar, malah dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut. Menurut Aritonang (2008), seseorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam proses pembelajaran terutamanya kepada para pelajar mereka.ini menunjukkan setiap guru perlulah mempunyai idea yang kreatif dalam menyampaikan ilmu pengetahuan agar para pelajar menunjukkan minat dan sekaligus meningkatkan motivasi mereka untuk mengikuti proses P&P. 2.0 KAEDAH NYANYIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Kaedah konvensional atau cara lama iaitu menghafal isi kandungan pembelajaran menjadi satu bebanan kepada para pelajar memandangkan ianya hanya ingatan sementara digunakan untuk mengingati sesuatu fakta dan teori. Oleh itu, satu kaedah yang lebih bersesuaian perlu diterapkan dalam proses hafalan ilmu pengetahuan agar ianya mudah diingati dan dalam disimpan dalam ingatan pelajaran lebih lama. Selain itu, kaedah hafalan merupakan satu kaedah yang paling dibenci dan sukar untuk pelajar yang kurang meminati subjek tertentu untuk menghafal. Menurut Noraini (2003), kaedah hafalan hanya sesuai bagi sesetengah pelajar dan ianya tidak praktikal bagi pelajar yang mempunyai masalah daya kreativiti. Mereka akan merasakan mengingati dan menguasai kemahiran merekacipta adalah perkara yang sangat sukar dan dibenci. Matlamat pendidikan kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan (KPM) amat jelas. Guru perlu bersedia mewujudkan perubahan bertujuan meningkatkan kualiti P&P. Guru yang bijak perlu mengenalpasti kaedah yang boleh merangsang minat murid untuk menyukai matapelajaran sekolah agar pembelajaran menjadi lebih berkesan, antaranya ialah menggunakan elemen nyanyian. Elemen nyanyian yang menggunakan latihan muzik mampu untuk meningkatkan daya ingatan pelajar memandangkan individu yang dilatih untuk menyanyi perlu menghafal lirik sebelum memulakan latihan nyanyian. Menurut Kraus (2014), latihan muzik boleh meningkatkan keupayaan daya berfikir untuk memproses bunyi. Pelajar yang belajar muzik lebih bersedia untuk memahami bunyi dalam latar belakang yang bising. Penambahbaikan dalam rangkaian bunyian yang rendah juga menguatkan ingatan dan pembelajaran kemahiran mereka.selain itu, kaedah nyanyian mendengar-dan-ulang boleh menyokong pembelajaran pelajar terutamannya menyanyi dalam bahasa asing dimana ianya ketara boleh meningkatkan pembelajaran pelajar (Karen, Ferreira & Overy, 2013) 3.0 METODOLOGI KAJIAN Populasi kajian ini melibatkan pelajar tahun 4 di tiga buah sekolah di daerah Mersing, Johor. Populasi kajian melibatkan pelajar tahun Empat berjumlah 120 orang pelajar. Sampel kajian seramai 92 orang pelajar dipilih secara rawak mudah berdasarkan jadual penentuan saiz sampel

oleh Krejicie dan Morgan (1970). Persampelan rawak mudah memastikan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau untuk digunakan bagi mewakili populasi. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dimana ianya melibatkan 26 item dan terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A terdiri daripada demografi responden, bahagian B adalah mengenal pasti minat pelajar terhadap penggunaan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan bahagian C adalah mengenal pasti persepsi pelajar terhadap daya ingatan melalui penggunaan kaedah nyanyian. Soal selidik bagi kajian ini menggunakan skala likert lima mata iaitu Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S), Sangat Setuju (SS). Manakala bagi kesahan soal selidik, pengkaji merujuk tiga orang pakar yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan P&P iaitu terdiri daripada dua orang pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan dua orang guru Bahasa bagi memastikan struktur bahasa yang digunakan adalah tepat. Keempat-empat pakar bersetuju bahawa item-item yang digunakan dalam soal selidik tersebut bersesuaian dan menepati objektif dan persoalan kajian ini. Bagi kebolehpercayaan instrumen, hasil ujian kebolehpercayaan adalah jelas menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan Cronbach-alpha adalah 0.7. Ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen soal selidik pelajar mempunyai kebolehpercayaan yang baik seperti yang ditegaskan oleh Uma Sekaran (2006), kebolehpercayaan bagi instrumen adalah tinggi sekiranya mempunyai nilai yang melebihi 0.6. Setelah semua prosedur bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dilaksanakan dimana satu kajian rintis telah dijalankan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. 4.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini melibatkan tiga buah sekolah rendah di daerah Mersing, Johor iaitu melibatkan 92 orang responden dengan menggunakan perisian SPSSVersion 22.0 dan tafsiran min bagi item-item soal selidik menggunakan analisis skala likert lima mata. 4.1 Bahagian A: Demografi Responden Bahagian A melibatkan data demografi responden iaitu diklasifikasikan kepada dua bahagian yang terdiri daripada item jantina dan nama sekolah. Penganalisaan diterjemah dalam bentuk kekerapan dan peratusan bagi menjelaskan jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini seperti dalam jadual 1. Jadual 1: Taburan kekerapan responden mengikut jantina Jantina Kekerapan (orang) Peratus (%) Lelaki 31 33.7 Perempuan 61 66.3 Jumlah 92 100.0 Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 92 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Pelajar lelaki mewakili jumlah yang kecil iaitu seramai 31 orang pelajar manakala peratusan pelajar perempuan 61 orang pelajar. Jadual 2 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut sekolah.

Jadual 2: Taburan kekerapan responden mengikut sekolah Nama Sekolah Kekerapan (orang) Peratus (%) Sek. Keb. Mersing Kanan (SKMK) 28 30.4 Sek. Keb. Bandar Mersing (SKBM) 32 34.8 Sek. Keb. Sri Mersing (SKSM) 32 34.8 Jumlah 92 100.0 Dapatan kajian daripada ketiga-tiga buah sekolah iaitu seramai 28 orang responden daripada SKMK, manakala SKBM dan SKSM mempunyai jumlah responden yang sama iaitu sebanyak 32 orang responden dan jumlah keseluruhan adalah 92 orang responden. 4.2 Bahagian B: Mengenal Pasti Minat Pelajar terhadap Penggunaan Kaedah Nyanyian dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Bahagian B pula merangkumi analisis dapatan kajian bagi mengenal pasti minat pelajar terhadap penggunaan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Jadual 3 menunjukkan analisis dapatan kajian bahagian B berdasarkan nilai skor min. Jadual 3: Nilai Skor Min Bagi Minat Pelajar Item Pernyataan Min 3 Saya berasa seronok belajar sambil menyanyi 4.96 4 Saya lebih bersemangat untuk belajar 4.97 5 Saya dapat belajar dengan mudah 4.96 6 Saya tidak bosan belajar sambil menyanyi 4.88 7 Saya tidak mengantuk ketika di dalam kelas 4.91 8 Saya dapat belajar dengan gembira 4.84 9 Saya dapat menjawab soalan guru dengan mudah apabila ditanya 4.96 10 Saya membuat ulangkaji sambil menyanyi di rumah 4.96 11 Saya lebih rajin untuk mengulangkaji 4.96 12 Saya dapat menyiapkan kerja sekolah dengan pantas 4.92 13 Saya menjawab soalan ketika ujian dengan mudah 4.91 14 Nyanyian menarik minat saya untuk belajar RBT 4.91 Skor Min Keseluruhan 4.93 Jadual 3 menunjukkan minat pelajar dalam penggunaan kaedah nyanyian bagi mata pelajaran RBT. Bahagian B menunjukkan dapatan kajian berkaitan minat pelajar Tahun 4 terhadap kaedah nyanyian yang dipelajari di bilik darjah. Analisis data menggunakan perisian SPSS Version 22.0. Tahap penguasaan pelajar tahun 4 dalam penggunaan kaedah nyanyian telah diukur melalui soal selidik dengan mengemukakan 12 item bagi mengenal pasti minat pelajar terhadap penggunaan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran RBT. Hasil analisis mendapati bahawa jumlah skor min keseluruhan bagi konstruk minat adalah 4.93 iaitu pada tahap tinggi seperti merujuk kepada jadual 3.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar tahun 4 yang terlibat memberi maklum balas bahawa mereka mempunyai tahap minat yang tinggi terhadap kaedah nyanyian yang digunakan dalam mata pelajaran RBT iaitu dengan nilai min skor 4.97 hingga 4.84. Berdasarkan jadual terdapat nilai min yang paling tinggi pada item empat iaitu saya lebih bersemangat untuk belajar di mana ianya telah mencatat nilai min 4.97. Manakala nilai min yang paling rendah iaitu sebanyak 4.84 berada pada item lapan iaitu saya dapat belajar dengan gembira. Dapatan kajian ini menunjukkanbahawa responden yang terdiri daripada pelajar tahun 4 mempunyai minatyang tinggi terhadap penggunaan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran RBT. 4.3 Bahagian C: Mengenal Pasti Persepsi Pelajar terhadap Daya Ingatan melalui Penggunaan Kaedah Nyanyian Hasil dapatan kajian bagi bahagian C iaitu mengenal pasti persepsi pelajar terhadap daya ingatan melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran RBT seperti jadual 4. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan nilai skor min yang diperolehi. Jadual 4:Nilai Skor Min Bagi Daya Ingatan Pelajar Item Pernyataan Min 15 Saya lebih fokus belajar ketika menyanyi 4.80 16 Penerangan guru lebih mudah difahami 4.76 17 Saya tidak perlu menghafal fakta yang banyak 4.77 18 Saya dapat menjawab soalan guru lebih pantas 4.74 19 Saya lebih berkeyakinan menjawab soalan guru 4.61 20 Nyanyian membantu saya membuat nota sendiri dengan mudah 4.58 21 Saya sering menyanyi di rumah untuk mengingati pelajaran 4.57 22 Saya lebih mudah menjawab latihan yang diberikan 4.57 23 Nyanyian membantu saya membuat kerja sekolah yang diberikan 4.58 dengan baik 24 Saya dapat menjawab soalan dengan mudah ketika peperiksaan 4.58 25 Saya lebih cepat mengusai topik 4.70 26 Saya dapat mengingat fakta penting dalam mata pelajaran RBT 4.64 Skor Min Keseluruhan 4.66 Hasil dapatan kajian mendapati bahawa jumlah min skor bagi konstruk daya ingatan adalah 4.66 (tahap tinggi). Keadaan ini menunjukkan responden yang terlibat menunjukkan bahawa melalui kaedah nyanyian dapat meningkatkan daya ingatan mereka dalam mata pelajaran RBT iaitu nilai min berada antara 4.57 hingga 4.80. Berdasarkan jadual 4, nilai min yang paling tinggi pada item 15 iaitu saya lebih fokus belajar ketika menyanyi mencatat nilai min 4.80. Manakala nilai min yang paling rendah iaitu 4.57 berada pada item 21 iaitu saya sering menyanyi di rumah untuk mengingati pelajaran dan item 22 iaitu saya lebih mudah menjawab latihan yang diberikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden yang terdiri daripada pelajar tahun 4 mempunyai persepsi daya ingatan yang tinggi terhadap penggunaan kaeadah nyanyian dalam mata pelajaran RBT. 5.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini melibatkan majoriti pelajar perempuan iaitu 61 orang dan lelaki hanya 31 orang pelajar. Hasil dapatan data demografi responden menunjukkan bahawa bilangan pelajar tahun 4 di daerah mersing majoriti adalah perempuan memandangkan agak sukar untuk pengkaji

mendapatkan bilangan responden sama rata antara lelaki dan perempuan. Secara keseluruhannya, kajian mendapati majoriti responden menunjukkan minat terhadap kaedah nyanyian dalam mata pelajaran RBT adalah pada tahap skor min yang tinggi, dimana hampir kesemua responden berminat untuk menggunakan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran RBT. Berdasarkan kepada analisis yang telah dilaksanakan terhadap responden, pengkaji mendapati responden bersetuju pada tahap minat yang tinggi terhadap penggunaan kaedah nyanyian dalam subjek RBT. Tahap minat yang ditunjukkan oleh pelajar ini sejajar dengan dapatan Afenorain (2013) yang membuktikan minat adalah daya penggerak yang mendorong pelajar supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Minat boleh menjadi punca kepada sesuatu kegiatan itu sendiri. Arah pemikiran dipengaruhi oleh pengalaman deria kesedaran pengamatan untuk membolehkan perubahan perhubungan diantara idea dengan proses pemikiran. Hasil dapatan kajian ini juga turut disokong oleh Abu (2008) menyatakan minat yang tinggi mampu mengatasi keupayaan yang terbatas. Para pelajar sebenarnya boleh dilatih untuk menjadi insan yang berkemahiran danberminat dengan apa yang mereka lakukan. Kesimpulannya pengkaji mendapati pembelajaran tidak hanya memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran semata-mata tetapi tahap minat yang tinggi di kalangan pelajar dapat membantu perkembangan pembelajaran dengan lebih berkesan. Manakala bagi daya ingatan pula tiga buah sekolah yang terlibat di daerah Mersing, Johor ini menunjukkan tingkah laku responden yang terlibat adalah baik dan penuh minat dalam aktiviti melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam proses P&P. Majoriti responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian berlangsung. Responden yang terlibat bersungguh-sungguh untuk mengingati lirik dan melodi yang diadaptasi dari lagu kanak-kanak. Lagu yang telah diadaptasi ini salah satu faktor yang mendorong mereka belajar dengan penuh minat. Dapatan kajian ini disokong oleh Afenorain (2013) dalam kajianya telah menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan dalam menarik minat murid sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Selain itu, nyanyian mampu meredakan tekanan mental dan fizikal pelajar (Hussin, 1993). Menurut Jamian (2016) dan Ling dan Tasir (2008), muzik dan lagu adalah suatu perkara yang hampir dengan pelajar dimana mereka menggunakan kaedah nyanyian sebagai satu cara yang boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk menghadiri kelas dan menumpukan sepenuh perhatian di dalam bilik darjah. 6.0 KESIMPULAN Secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa guru perlu sentiasa membuat refleksi terhadap amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan. Sebagai seorang pendidik, mereka hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan kaedah, strategi dan teknik dalam proses P&P yang terkini sebagaimana pengajaran Abad ke-21. Kaedah yang dilakukan perlu menjurus kearah penjanaan idea, memberi keyakinan kepada pelajar agar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memupuk persaingan yang sihat untuk terus maju dan berjaya dalam pelajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini, secara kesimpulan ianya menunjukkan kaedah nyanyian sememangnya memberi kesan yang sangat positif sekiranya diamalkan dalam P&P. Ini telah terbukti apabila pelajar begitu aktif dan seronok ketika P&P berlangsung.

Rujukan Abu, H. (2008), Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar PelajarUniversiti di Fakulti Pendidikan, UTM. Johor. Skudai: Jabatan Asas Pendidikan. UTM. Afenorain, (2013). Tesis Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Daya Ingatan Murid Tahun 4. Aritonang, K. T. (2008). Minat dan Motivasi Dalam Meningkatkan Hasil Belajar Siswa. Jurnal Pendidikan Penabur Hussin, K. (1993). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Jamian, A. R. (2016). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid- Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Karen M. L., Ferreira, F. dan Overy, K. (2013). Singing Can Facilitate Foreign Language Learning. Memory & Cognition. Kraus, N. (2014). Music Training Improves Memory, Reading Skills In Children. Nature World News.Com. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psyhological Measurement, 30, 607-610. Ling, T. L., & Tasir, Z. (2008). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi Lagu Dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu. Noraini, H. (2003). Menguatkan Ingatan. Tersedia Secara Online Juga Di: Http://Books.Google.Com.My [Dimuat-Turun Di Johor, Malaysia: 20hb Julai 2017]. Uma Sekaran. (2006). Metode Penelitian Bisnis. Jakarta: Salemba Empat. Yahaya, B. (2014) Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia, Journal Educational Pshycology And Counseling.